Tuesday, June 1, 2010

Sebuah Kemaafan

Salam..
Hmm..jam dah 3.30pagi ni. Aku kena halau ngan anak..ada ke patot dia soh mumy tido kat bawah..kah kah. Bila dah transfer tido..tetiba plak xlena. Tak tau apa nak buat..pe lagi on pc la...hehe.

Dah hilang penat aku travel dgn train.. mak aiii penat sangat rasanya. Selalunya aku amik tempat tido..tapi kali ni aku amik seat.. Ya Allah..penatnya terasa. Ntah aku tido berdengkur ke hapa bunyi dah kuar aku pun xtau..haha. Hmm..Alhamdulillah, apa yg di plan berjalan lancar di JB :).. Masa aku kat sana..ada lah beberapa insiden yang telah menumpahkan air mata aku. Aku bukannya manja sgt pun tapi adakala aku lebih senang melahirkan perasaan aku melalui air mata.. walau kegembiraan sekalipun apalagi kesedihan. Bila reda air mata aku, aku akan mula menulis.. apa saja terlintas di fikiran aku untuk membuang segala babak tadi supaya tak bersarang dalam kepala.

Hasilnya...
"Adakala kita rasa amat terluka hingga tak ingin maafkan kekhilafan orang yang kita sayang. Tapi siapa kah kita untuk menghukum sebegitu rupa kan? Sedangkan Allah Maha Mengampun..selalu mengampunkan dosa hambanya & sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya. Aku lembutkan hati & perasaan aku untuk memaafkan orang-orang yang aku sayang. Sesungguhnya aku berterima kasih kepada Allah kerana anugerahkan kasih sayang & kesabaran yang tinggi dalam diri aku."

Jadi.. jangan marah bila aku menulis, kerana ianya adalah lahir dari hati aku. Terima kasih orang-orang yang aku sayang.. sesungguhnya aku bahagia dapat berkongsi kasih sayang ikhlas dari kamu semua. Terima kasih kerana membahagiakan aku.. Aku sentiasa berdoa agar kebahagiaan itu selalu milikmu..InsyaAllah.

4 comments:

  1. betul tu kak su..rasa cam faham2 je..pape pun all d best 2 u..kan ku tunggu berita gembira darimu

    ReplyDelete
  2. aku insan biasa~InsyaAllah..semoga perkhabaran gembira itu akan hadir suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. Fahmi Yusoff~perfect comment..no other words to explain details.. :)

    ReplyDelete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...