Thursday, December 31, 2009

Nantikan blog baru...Selamat Tahun Baru !

Yuu huu.... Setelah berhempas pulas belajar, ceduk sana sikit..ceduk sini sikit.. Akhirnya aku berjaya men'decorate' kan blog ni hehehe. Makasih Cik Cla.. dia yang ajar aku cara nak tukar skin ni..

Aku suka kaler ni..rasanya dah match ngan gambar pokok kayu mati kat atas tu..haha. Nanti aku rajin, agak2 dah jemu ngan skin ni..aku tukar la plak ngan yg baru. Hmm,apa yang penting aku puas hati ngan apa yg aku buat ni.. Ingatkan nak tunggu Ceq Na ajar..ex officemate aku,tapi dia jauh sangat di KB..padahal weekend pun mesti aku turun KB. Cuma tak sesuai masa jer ngan dia yang dok mengajar.

Mmm..lepas ni aku plan nak buat blog untuk online biznes. Harap-harap impian aku akan terlaksana..aku nak buat jugak. Apa jadi pun..nak buat jugak..hehe. Tak salah mencuba kan?? My dear friends out there, please support me...! hehehe.

Hey..aku terlupa esok dah nak masuk tahun baru 2010. Rasanya cepat sangat masa berlalu.. Kalau nak bercakap pasal azam..mm hampeh. Bertahun-tahun rasanya tak pernah complete for each year.. Tahun ni aku nak cuba memperbaiki diri aku dalam segenap segi..
Aku sebagai seorang hambaNya, aku sebagai seorang anak,
Aku sebagai seorang ibu, aku sebagai seorang pekerja,
Aku sebagai seorang sahabat, aku sebagai makhluk di muka bumi Allah ni.
Aku sebagai apa-apa lah lagi... InsyaAllah..

Wish all of you friends out there the same too...Happy New Year !!!

Friday, December 25, 2009

Merry Christmas..!

Merry x-mas pada semua kawan-kawan yang merayakannya..
Dari semalam dok plan nak g mana harini ngan baby..last last keluar jugak..

~Baby
Bangun pagi je otak dah berputar befikir nak bawa anak g jalan mana cuti hari ni. Akhirnya g TESCO jer.. Tapi takpa lah, si baby tu memang minat sangat ngan TESCO,ntah apa yang dia berkenan sangat aku mumynya pun tak tau. Yang wajibnya kalau g TESCO mestilah kena masuk KFC..adatla budak2 kan..tapi yang harunya bukan dia makan ayam banyak2 macam budak2 lain yang masuk KFC, yang dia nak cuma Chezzy Wedges tu jer ngan air milo..itu jer la. Hanya itu menu yang dia berkenan di KFC..yang lain hmmp haram tak layan.

Lepas makan2 kat KFC..dia berjaya habiskan 1 kotak cheezy wedges tu, apalagi window shopping la kat atas. Mula2 plan window shopping, pastu dah jadi door shopping..haha. Terbang 60 hinggit duit mumy..itu la..ini la..semua nak. Macam ni la kalau keluar takda perancangan..apa je yang ada depan mata, semua sapu bersih. Tapi bukannya beli benda2 yang takda faedah, beli T-Shirt sehelai, adik aku nak Rexona, beli buah, wedges, ais krim, ayam sekor, Vitagen pastu tah apa2 ntah barang kecik2.

~Ms Oon
Dalam tengah syok2 shopping..nampak pulak kawan lama masa kat office dulu, Ms Oon. Rindu giler kat dia..lama dah tak jumpa since aku resign kat tempat lama nu. Sempat la berpeluk jejak kasih dalam TESCO tu haha. Dulu, dia la selalu teman aku outstation g KL ngan JB. Selalu aku turun ngan dia la..Dia memang the very understanding one la..memang best kawan ngan dia. Aku tak rasa kekok walaupun dia dah agak berusia, kita orang enjoy outstation sama..g makan sama..window shopping sama..dok pun sebilik gak..save budget boss haha. Apa yang penting aku ngan dia saling menghormati antara satu ngan lain..huhu she is one of my best friend !!
Anak dia yang keje kat JB tu dah nak kawen dah..ujung bulan ni. Dia nak g JB la tu, sebok nak ajak aku turun sekali haha. Macam tau2 jer aku ni gatal kaki nak turun JB, almaklumlah dah rindu ngan mat terap kat JB tu..hihi.

~Arni
Tiba2 paha aku begetar..hand phone vibrate laa... Arni plak sms katanya dia suspect denggi & warded kat HBKB. Laa baru hari ini aku tau, dia kata lupa nak bagitau aku. Lepas jer beli barang, aku angkut la adik aku ngan baby g spital. Terus g melawat dia.. teruk jugak lah tengok keadaan dia. Tangan masuk air, muka dia menggelupas..katanya ritu naik ruam. Kesian arni.. she's pregnant her 1st baby..pastu kena denggi plak. Nampak dia cam lemah sikit. Aku teman la dia jap, kupaskan dia apple yg aku bawak..tunggu dia makan jap..aku takleh nak dok lama, budak 2ekor tu takleh masuk hihi. Kena tunggu kat luar..sebab age below 12. Anyway aku puas hati jugak la sebab dapat pergi sebaik saja dapat tahu dia kat spital. Apa-apa pun, aku doa dia cepat sembuh dan semoga Allah selamatkan baby dia jugak. Amin...

~Sinopsis
Dalam sehari jer ada dua keadaan berbeza yang aku lalui.. satu dengan berita gembira & yang satu lagi ngan berita kurang gembira. Itu belum habis 1 hari lagi.. ni baru kul 4ptg, ntah apa lagi yang akan kita lalui selepas ni. Walau apa pun terjadi, hidup perlu diteruskan !!!

Tuesday, December 22, 2009

Buai Laju-Laju











Assalamualaikum...

Dah jadi rutin sekarang ni bila tiba hari minggu je kena bawa anak & adik pergi jogging.. Bukan jogging sangat pun..melayan si kecik ni jer.. mmm follow je la. Lagipun seronok tengok dia main..macam happy sangat. Hati ibu mana tak senang tengok anak happy kan..! Tengok la muka ceria dia tu.. Bila dia dah boring main buai, dia cari gelongsor pulak, sampai tetonggeng-tonggeng dia kat dalam gelongsor tu..hihi. Sempat lak aku snap gambar dia masa tengah menggelongsor nak turun.
Masa pergi taman pagi tu, cuaca sejuk sangat.. angin pun kuat. Itu yang semua pakai baju tebal macam kat Genting plak rasanya haha. Satu hari nanti nak bawak gak dia g Genting Highland, mesti dia seronok sangat..InsyaAllah, tunggu dia besar sikit. Dia suka sangat pakai sweater ni, dapat tutup kepala dia. Hmmp..tapi kejap je rr, lepas tu bila dah nampak buai semua dah lupa. Bukan dia je naik buai, dengan mumy nya pun 'di paksa rela' naik buai sekali. Risau gak aku dibuatnya runtuh tiang buai tu..naya aku..hahaha. Demi anak, turut kan jer la..
Yang penting aku akan cuba bahagiakan dia sedaya mana yang aku mampu. Memang aku ibu yang agak tegas dalam mendidik anak. Tapi aku masih tau batas dan naluri keibuan masih tebal.. dalam aku garang-garang tu kadang aku kesian gak bila dia start nangis..hehe. Selalunya mak & abah akan tegur kalau dia tengok aku garang sangat ngan anak. Last-last aku gak yang kena marah..sungguh tak patut. Takpa lah.. doa aku semoga dia menjadi anak yang solehah & sentiasa ingat aku.. ibu yang membesarkan dia. InsyaAllah..
Amin.

Saturday, December 19, 2009

Kenapa Aku??

Mungkinkan keadaan cuba memisahkan untuk yang berhak?
Aku sendiri tak tahu di mana silap aku sehingga aku kembali dalam kepayahan ini. Meminta pada yang bukan hak..menagih kasih yang bukan empunya. Bukan aku mencari semua ini..bukan salah aku! Kasih sayang itu yang menutup kekhilafan dia..

Kadang-kadang aku benci ngan diri aku sendiri. Tak habis-habis ditimpa malang, tersepit dalam keadaan sulit ni membuatkan aku benci dengan kehidupan aku, benci dengan diri aku sendiri.

Aku sendiri tak mampu melepaskan dia setelah aku tahu segala-galanya;
Hanya kerana aku tak mampu luputkan segala kenangan aku dengan dia, Hanya kerana telah tumbuh rasa kasih dan sayang yang dalam pada dia, Hanya kerana dia telah membuka kembali pintu hati ku setelah hampir 2tahun terbiar rapat tertutup, Hanya kerana dia telah memberi harapan untuk menyayangi aku seumur hidup, Hanya kerana dia memberikan kasih sayang yang aku rasakan amat sempurna untuk aku..

Hanya kerana diri dia adalah dia..
Yang berjaya menambat kemas hati aku di hatinya..
Dengan sedar dia lupa siapa dirinya.
Tapi kenapa aku yang dia pilih untuk menjadi pelakon dalam pentas itu?
Nyatanya aku telah terjebak walau tanpa kerelaan aku..
Kini aku kembali mewarnai pentas duka milik dua hati gembira.

Itulah kehidupan

Assalamualaikum..

Pagi ni aku bawa kete abah g check tayar sebab slalu sangat takda angin..pastu alang-alang dah dok kat situ basuh la sekali. Dah kotor sangat, berapa lama dah tak kena air..air ujan kena la..hihi.

Ni first time aku cuci keta kat situ. Aku dok perati la sorang pakcik yang keje kat situ, orangnya agak berumur, dah ada uban, dia pakai kopiah..terselit rokok kat bibir dia. Rasanya umur dia dah lebih kurang umur abah kot. Pelahan je dia buat keje tapi sangat teliti.dia lap air kat body kete..pastu dia vakum. Sangat teliti orangnya walaupun perlahan. Rasa kesian terdetik kat hati aku tengok dia wat keje.
Aku tengah bayangkan kalau abah yang buat keje tu..mesti aku sedih sangat. Mesti aku marah ngan dia kalau dia nak buat keje-keje macam tu.

Bila tekenangkan kisah macam ni la yang buatkan aku susah hati. Macam abah ngan mak takpa lah dah dapat pencen bulan-bulan. Mesti mereka rasa senang sebab tak menyusahkan anak. Cuma aku sebagai anak ni..dah la dok sekali ngan depa plak so, dah tanggungjawab aku nak bagi duit tiap-tiap bulan utk diaorang.

Cuma apa yang aku bimbangkan klau esok-esok aku dah tak boleh keje macamana? dah la takda pencen..sekarang ni pun keje tapi tak sempat nak menabung.. esok2 bila anak dah sekolah nak pakai duit lagi. Kalau selagi aku masih mampu keje tak per la,bila dah tak mampu keje lagimacamanaya? Tak tercapai akal ku nak memikirkannya. Bila dah tua nanti nak harapkan duit jatuh dari mana plak..mungkin kena cari keje yang ada pencen kot...WAJIB difikirkan...

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah untuk semua..

Alhamdulillah Allah selalu memerhatikan hambanya, cuma aku sebagai hamba ni selalu lalai dengan suruhanNya.

Syukur aku pada Tuhan kerana telah memilih aku untuk berhijrah dari kehidupan lampau..yang penuh kesengsaraan..kepedihan..yang memang tak dapat aku luahkan dengan kata-kata..betapa aku membenci kehidupan lalu..sehinggakan tiada air mata untuk dititiskan lagi.

Menemui kehidupan yang lebih sempurna itulah matlamat utama aku. Hidup bahagia bersama keluarga itu lah yang aku cari..kasih sayang yang kekal abadi. Allah Maha Mendengar rintihan hambanya yang teraniaya..InsyaAllah..

Thursday, December 17, 2009

Sahabat aku..

Assalamualaikum..

Hmm..xtau la rini..kenapa la rasa macam malas sangggat!! Memang malas tahap maksimum la. Pagi tadi masa kuar ok jer..dah sempat g pasar tlg beli sayur kat mak, tolong bank in cek mak, belikan breakfast untuk orang2 kat umah nun.. consider rajin laaa tu.

Bila jejak je kaki dalam ofis maak aiii..memang terasa maaaaalaas sanngat..pergh.
Nampak lak tepon ofis, hmm apa lagi..call kacau kengkawan yang kat Bachok nu..hehe..kacau Fahmi kat Melawi..Muni plak ada gak melepek kat situ..hihi nasib baik depa layan aku..kalau tak mesti aku kecik ati. Sebab masa tu memang aku rasa macam nak 'di layan' hahaha...Kawan kat ofis ni Sila..pun sama gak melayan..

Nasib baik Allah kurniakan kengkawan yang baik hati.Dia orang sumanya semput thing hehe, sporting & the very2 best fren. Walaupun semuanya lebih muda dari aku..tapi diaorang smua seolah2 diajar menghormati org yg lebih tua.. Eh itu maknanya aku ni tua ke??? ooohhh tidak.... Itu maknanya aku ni boleh geng ngan org yg lebih muda dari aku...hahaha

Memang aku agak fening sikit rini..anyway tema ksih kawan2 ku sebab selalu memahami aku...Makasih Sila, Fahmi & Muni..!

Wednesday, December 16, 2009

Baby World

Rasa Cinta_280809

Ketika cinta itu hadir, ia bersinar umpama matahari menemani siang, umpama bulan menerangi suram malam.. Sayangnya cahaya cinta itu kian malap..tatkala dusta menguasai, mata mencurah pilu, hati bisu berbicara..langkah kaki kian longlai..
tertunduk kaku..kosong!

Cinta yang dinanti milik orang.. hati yang dinanti ada empunya.. sanggupkah aku berkongsi rasa.. larat kah kaki ini melangkah.. onak dan badai di hadapan menanti pasti.. sangsi dengan ketabahan diri.. takut dengan bayang sendiri..

Mampukah aku berkongsi kasih.. dengan pemilik hatinya.. ?


Anak itu

Tersuratnya dia punya seseorang bergelar ayah..curahkan kasih sayang..mencari rezeki membesarkan darah daging sendiri..

Tapi kasihan anak itu, melihat dia; merenung dengan mata galaknya, bibir munggil petah berbicara, tangan mulus menyapu helaian rambut di dahi licinnya, melompat girang.. bagai tiada apa yang mengusik hatinya..

Demi Tuhan, sesungguhnya hati ibu tersentuh..melihat dirimu tanpa belai kasih dia..tanpa senda gurau dia..sabarlah anak, ibu akan pastikan segala-galanya indah buatmu..biar hidupmu terus terbang menggapai awan..dengan sinar kasih cinta kita..walaupun tanpa dia..

Kasih Ilahi

Ketika sujud menghadap Tuhan
Menginsafi kekhilafan diri
Meruntuh hiba di hati
Memohon ampun sepenuh hati

Dosa lampau
Menggamit kenangan memilukan
Jiwa kosong tanpa pegangan
Cahaya hilang dalam terang

Menggapai tangan dalam kelam
Tanpa arah tujuan
Sesat dalam mencari arah
Dibuai arus dosa dunia

Langkah terhenti
Kesilapan lalu
Mencemar sang hati
Di penuhi titik dosa

Berdoa dalam kepasrahan
Yang mampu ku lakukan
Sucikan diri dengan tenang
Terima kasih Tuhan...

Tuesday, December 15, 2009

My baby you..


More Free Music at MP3-Codes.com

aku..dia dan kamu..

Pertama kali...

Assalamualaikum...

Mmm 1st time ni aku menulis dalam blog..
Jeles tengok kengkawan lain ada blog sendiri..pasni bole le upload apa2 yang menarik..yang tragis..yang suka..yang gembira dalam idup. Nanti buleh le kita share pengalaman idup..
Yessss..aku boleh! Bak kata baby..'mumy hebat'.. hehe what a nice words from a 3yrs old girl..!


Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...