Sunday, August 30, 2020

24 OGOS 2020

Tanggal 24 Ogos hadir lagi untuk kesekian kali pada tahun 2020. Alhamdulillah aku masih lagi diberi nyawa oleh Dia untuk meneruskan sisa-sisa hidup, diberi kesihatan untuk mencari rezeki aku dan anak. 

Alhamdulillah. 
Diberi perasaan untuk merasa perihnya kembali berdiri sendiri walau goyah, diberi kesembuhan dari luka hati yg  parah, diberi rasa berdosa yang penuh dijiwa kerana gelodak jiwa amarah, biarlah aku pasrah.

Tak perlu mengingati tarikh hari lahir ku sebagaimana masa-masa lalu, kerana aku bukan lagi aku yg dulu..dan kerana aku bukan lagi dengan perasaan aku yang dulu. 

Tiap manusia mahu berubah. Aku juga mahu berubah namun aku juga punya salah. Cuma aku tak mampu lagi mengalah dan terus mengalah membiarkan keadaan memijak aku. 

Aku keluar dari situ atas kehandak aku. Moga Allah ampunkan dosa² ku, yg sentiasa lalai dalam tidurku, kealpaan dunia terus menerus disisiku, ampunkan aku. Aku hamba hina hanya mampuengadu pada Mu.

DEC 2012


Hari ini, aku menulis lagi..
Hari ini, aku bangkit lagi..
Dengan penuh pengharapan..
Dengan penuh kesabaran..

Melihat kegembiranmu..tanpa aku
Mendengarkan keceriaanmu..tanpa aku
Semoga semua keindahan itu milik mu..
Selamanya..itu doa ku.
  
   Tersuratnya...
   Senyuman terukir diwajahku
   Cuba lari dari kenyataan
   Mencuba untuk tidak merasa beban
   Mencuba untuk bangkit tanpa sakit
   Agar segalanya nampak sempurna
   Di mata yang menilai..

   Tersiratnya..
   Hati ini luluh..terkilan..
   Bilamana tidak tahu dimana aku..
   Kaku.. Kosong.. Sepi.. tanpamu..
   Hanya Dia yang tahu..
  
Terkadang aku tertanya..
Tertelankah semua kepahitan..
Mampukah sayang kita berpanjangan..
Inikah harapan yang dicari..
Inikah bahagia aku?


DEC 2012-SUESEPHIA

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...