Monday, June 25, 2018

Aidilfitri 2018

Alhamdulillah,diberi lagi kesempatan menyempurnakan Ramadhan dan Syawal di kali in. Terima kasih Allah..walaupun tidak lengkap sebuah keluarga,namun aku punya sebuah keluarga besar yang penuh berkat dan kasih sayang.

Tak ada apa yang nak diberikan buat keluargaku. Aku korbankan seekor kambing untuk makan bersama di hari raya,alhamdulillah. Kesian abah, adik ipaq, abang dan pakya  berpenat lelah menyiapkannya. Tau..korang semua penat. Moga Allah sahaja memberikan ganjaran pahala buat kamu semua. 


Aku? tak ada kegembiraan buat aku selain dari berkongsi kegembiraan bersama keluarga abang dan adik kerana merekalah bahagia aku. 

Apa yang aku tahu? aku sediakan..persiapkan..hidangkan masakkan yang aku rasakan paling sempurna buat mereka. Hanya lelah aku berikan untuk bahagiakan mereka. Tiada istilah letih untuk beri yang paling terbaik buat mereka..itu lah aku. 

Tak pernah mengharapkan mereka memahami isi hati aku. Tak pernah mengharapkan mereka menghargai aku, cukuplah dengan kasih sayang dan kesudian mereka bersusah payah balik beraya bersama aku,abah dan keluarga di kampung. Itulah bahagia aku.


Tentang dia? usah kau tanya. Aku mengunci mulut dari berkata. Aku diam bukan aku marah. Aku diam bukan aku benci. Aku diam kerana aku telah tiada kata-kata untuk aku luahkan segala². 

Aku kaku kerana masih ada rasa sayang dalam diri aku untuk dia. Aku bisu kerana aku masih menyimpan harapan agar dia memperbaiki kehidupan dan kembali dalam hidup aku seperti dulu. Aku pejamkan mata, kerana aku masih mahu bermimpi dan impikan kisah aku dan dia. 

Aku masih disini begini, walaupun dia begitu. Aku masih sama seperti ini disini, walaupun dia di sana bagaimana. 

Dimanapun kamu, sedang apa pun kamu..aku doakan kau bahagia dengan caramu. Binalah kehidupanmu. Jika sudah tidak perlukan aku, khabarkan agar aku tahu dan tidak lagi menunggu.

suesephia
25/06/2018


Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...