Monday, November 28, 2016

Having Fun Sayang

November 2016..cuti sekolah. Fly to Shah Alam, pick up Ikhmal and sekaligus bawa kakak bercuti di sana.Tak sempat berjalan ke mana pun sebab Uda pun ada kelas, Pak Uda pun bekerja. Lagipun, we set the holiday on weekday..jadi pasrah haha. 

By the way..alhamdulillah, semalam sempat jumpa Paklong. He treat us dinner with whole family. twelve of us with ikan kukus..tomyam..telur dadar..kailan ikan masin. Thank you so much Paklong. Semoga terus murah rezeki..insya Allah.

Today..mamy ask Uda to drop us at Giant Shah Alam. Anyway..hopefully she's having fun bina memori indah cuti sekolah walau hanya bermain dalam Giant Shah Alam dengan Ikhmal dan Izham. Have fun sayang mamy semua..


Sunday, November 27, 2016

Salam Sayang

Allahuakbar...
Tabahkanlah hati menempuh liku2 hidup. Setiap apa aturan dari Allah itu adalah terbaik untuk kita..sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita nampak atau tidak.

Subhanallah..
Tiada kata2 melainkan hanya doa..mampu berdoa..agar semua kepayahan menjadi mudah, segala kepahitan menjadi manis, segala kesusahan menjadi senang..agar tidak membebankan insan2 lain.

Alhamdulillah..
Terima kasih kepada insan2 yg sentiasa menyokong..support jiwa dan raga.. yg semakin merapuh. Sepenuh penghargaan dan juga kasih sayang buat kamu-kamu yg sentiasa berada di belakang, menjadi benteng supaya diri ini berdiri. Maafkanlah andai menyusahkan, ampunkanlah kira adanya kesilapan..kerana aku juga insan yg punya perasaan.

Terima kasih ya Allah. Ampunkan aku umatmu yang penuh alpa dan kekhilafan. Salam sayang..

Saturday, November 26, 2016

Mencari MrPilot

Alhamdulillah..dah mula cuti sekolah. Ambil masa sikit..bonding time dengan kakak dan adik bongsu. Fly ke KL melawat Pak Long dan Mak Uda. Tq abah dan ummi tlg hantarkan kami. Here we are at the airport..heading to Subang Jaya..insya Allah.

Suppose flight jam 4.05ptg..then reschedule 4.40ptg...then again reschedule to 5.10pth..oh my..oh my.. Takpalah..janji semua selamat..
insya Allah.

Takda nampak MrPilot lalu lalang pun...
Geng xleh move on surihatimrpilot yeay!


Friday, November 11, 2016

Tie & Die

Morning merepek!
Whatever happened..just let it be. Bersihkan hati..lupakan! buang dari ingatan..buang jauh dari hati yg selalu menyimpan perasaan..supaya masih ada ruang utk menyimpan perkara yang baik-baik berlaku dalam sejarah kehidupan.

Tali leher berjenama atau tali leher buatan China hadiah dari seseorang? which one you choose? only you knows what's the best for you right. Talk about me, barang pasar malam yg murah pun kalau elok di mata dan tak melanggar undang2 Allah..saya beli dan guna..itu saya. Tak ada kepentingan branded for me..yg hidup ala kekampungan ni. 

Whatever it is..ada pengajaran sikit disini. Apa saja hadiah or pemberian dari orang lain untuk kita, walau tak kena dengan taste kita..simpanlah buat kenangan. You don't have to tell them directly yg your hadiah is this and that. Accept it and use it..If u can't use it..just keep it safely with you. Orrr..if you really don't want to see it..just throw it away. Atau lagi satu kalau nak pahala berpanjangan. sedekahlah kepada org lain yg memerlukannya. Sekian merepek for this wonderful Friday morning.


Ejaz..mana tali leher you? 

Monday, November 7, 2016

Semalam Yang Hangit

Assalamualaikum..
Hmm..kalau dapat panggilan dari pihak atasan mesti nervous kan. Ada lah tu apa yang xkena..bertabahlah 😂

Dikala masa tu pulak kita tengah buat kerja luar (bukan mengular)..sila take note ya..hmm. Redha dan terima je lah dengan hati terbuka..ya..ya kan je lah. Nak deny pun xmampu.. Berubah ke arah yang lebih baik..insya Allah. Tapi kan..satu malam semalam dok teringat2 kata2 tu..mcm nyamuk dok tepi telinga ngo ngeng..ngo ngeng.... Aiishhh..ok..ok lah..saya terima dengan hati rela dan redha.

Sebenarnya,saya tgh dalam mood bekerja yg sangat efektif ni rasanya. Tapi bila dpt call yang macam ni... terus merudum jatuh tahap mood saya yg mencanak2 tu. Sebab apa..sebab this month will be the bussiest month for us..betul ke eja bz tuh?..ok belasah haha. Bulan ni macam2 aktiviti kena buat..dan memang happy gila bila bz mcm ni sebab boleh fokus. Bila ada gangguan yg macam ni..rasa sangat tak suka.

Ok..apa2 pun, kembali fokus. Merancang dan melaksanakan tugas dengan jayanya dengan penuh rasa tanggungjawab di dada gituu. Anggaplah macam kena gigit nyamuk..kejap je bengkak..letak minyak nanti ilang la kakaka... Bersiap..nak masuk office..babaiiii

Wednesday, October 19, 2016

Takdir..Redha

Assalamualaikum.. Adakalanya kita pernah merasa takut dalam menerima takdir Allah. Takut menghadapi hari mendatang..adakah aku sakit atau sihat? Adakah aku akan menyusahkan insan-insan kesayangan disekelilingku..? Adakah aku merasa bahagia atau derita menghambatku sentiasa..? Apakah itu..apakah ini..banyak bersarang dalam fikiran..

  Jika berbalik kepada redha dengan takdir..menerima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka dan pemberian dari Dia pasti disusuli dengan sebab yang telah tersedia..maka terima lah...terima lah segala ketentuanNya. Kalau pahit, telanlah..jika manis, hiruplah. Asalkan adanya rasa redha dan terima, berterima kasih dengan pemberianNya..mohonlah Allah peluk kita dengan kasih sayang Nya yang amat besar. Amin..

Saya Suri Hati Siapa?





Adodododoooooiiiiii...
Selepas drama korea Decsendant Of The Sun lakonan Song Jong Ki (Captain Yoo Si Jin) dan Song Hye Ko (Dr.Kang) berjaya mencuit hati dengan kisah-kisah cinta seorang askar dan doktor, akhirnya terjebak pulak dengan Suri Hati Mr.Pilot..haha..pleaseeeee lah. 

Lakonan Neelofa dan Fattah Amin yang bersahaja..nampak natural..nampak sweet sangatnya.. Keep it up Warda dan Ejas, love both of you !

Wednesday, August 24, 2016

24 Ogos 2016

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum..

Ya Allah,
Terima kasih di atas segala kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada aku, untuk aku rasai kemanisannya. Terima kasih juga di atas kedukaan dan kelukaan yang Kau hadiahkan kepadaku, agar aku dapat merasakan jauh atau dekat aku dengan Mu. 

Hari ini, usia meningkat lagi setahun..adakah aku mampu menjadi hamba Mu yang baik? Aku yang selalu leka dan lalai dengan kisah dunia, tentang perasaan cinta, kasih sayang sesama manusia..hingga terkadang aku lupa kasih sayang aku pada Mu..ampunkan aku Ya Allah. Sesungguhnya aku manusia yang tak pernah merasa cukup dengan pemberian Mu, sentiasa mahukan lebih dari Mu..sedangkan aku tidak pernah melebihkan Mu..ampunkan aku Ya Allah..  

Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunkan lah segala kesilapanku, aku tahu tak terhitung dosaku sepanjang hidupku Ya Allah.. walau dalam sedar mahupun tidak. Maafkanlah aku hamba yang hina yang selalu berdosa. Peliharalah aku dalam pelukan dan kasih sayangmu Ya Allah, jauhkan lah aku dari bala bencana dunia dan azab api nerakaMu Ya Allah. Tiupkanlah semangat dan tegurlah aku bilamana aku tersasar dari jalanMu... bimbinglah aku ke jalan syurgaMu biar aku sentiasa dekat denganMu. Janganlah lalaikan aku dengan hal keduniaan semata-mata, cuitlah aku andai aku terlena. KepadaMu aku berserah, amin..amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, August 19, 2016

Bila Pernah Ada cinta

Setiap dari kita punya rahsia hidup kita tersendiri dan sudah tentu segala rahsia kita semua berbeza. Perasaaan kita juga berbeza-beza dalam kbita menghadapi apa saja situasi mendatang. Melihat sesuatu perkara atau kejadian, pastinya mengingatkan kita akan kisah hidup kita sendiri.

Harini ini, aku melihat seorang kekasih yang akhirnya bertemu kembali kekasih lamanya. Dia yang telah mempunyai isteri dan anak-anak, secara kebetulan menemui  bekas kekasihnya yang juga telah berkeluarga. Susah untuk diungkap perasaan apa yang bersarang di kepala mereka berdua. 

Mungkin ada cerita yang masih tergantung, mungkin ada rindu yang pernah terbiar, mungkin ada sayang yang pernah wujud di hati-hati mereka atau..mungkinkah segalanya telah berubah hingga telah menutupi segala cerita mereka dulu? Tidak siapa pun yang tahu kecuali hati-hati itu sendiri. Bukan tidak memberi sepenuhnya cinta dan sayang kepada insan yang telah mereka kahwini, tetapi mungkin ada memori lama yang masih belum dipadamkan dari minda yang dicipta Nya selagi kita bernyawa. 

Walau apa pun, teruskanlah kehidupanmu sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang suami dengan penuh tanggungjawab terhadap pasanganmu masing-masing. Mungkin dialah jodoh yang telah ditakdirkan, jalanilah kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan. Semoga bahagiamu hingga ke syurga bersama, amin.


Monday, July 25, 2016

Coretan Rindu

Kerinduan itu
Memaksa aku menjadi..
buta mata..buta hati..
buta mata melihat
buta hati merasa
Tersedar di alam nyata
Hanya mimpi dalam hiba
Yang ditunggu tak tiba
Hingga mata ini berkelip lagi
dengan izin Ilahi. Suesephia 27/7/16; 3.45pm

Tuesday, July 19, 2016

Panggilan Pulau

Assalamualaikum..
Nak dijadikan cerita, last week Pakngah balik kampung bersama isterinya. Dah lama pakngah tak sempat balik..last sekali masa aruah mak takda haritu..means dalam 2tahun lepas.

>Maka..petang Jumaat tu kami plan nak p Aeon KB. Ngong ngeng..ting tong..dalam pukul 8.30mlm baru boleh bersiap semua orang. So..xbanyak tempat boleh round..cuma masuk H&M dan Polo ja. Depa belanja sakan..kami dua beranak window shopping dulu. Takda benda yg really catch my eyes..gitteww. Disebabkan masa xmengizinkan..kami plan mai lagi esoknya Sabtu and we make it happen hahaa. Memang mai sungguh lepas kerja..join pakngah and da geng. Alhamdulillah..kakak berjaya pau mamy 2 tshirt Padini..murah ja RM29..sib baik nakkk..haha.

So..ahad tu flight pakngah pukul 6.25pagi..maksudnya depa nak kena ada di airport dalam 5.25pg gitu lah sebab nak solat Subuh kat sana lagi. Maka, jam 4.35 pg tu kami dah keluar rumah okeh. Me..driver as usual keh keh. Sampai airport 5.20pg gitu..angkat barang..then bye peluk cium..

Dari cerita di atas, semestinya korang tau diri ini sngat penat. Pergi enjoy sana sini bagai..dan lepas kakak p sekolah pukul 7.10pg tu..saya nekad untuk pitam dengan syoknya bertemankan tilam empuk..bantal banyak2 atas katil..wooii gila best! Memang sangat lena..tiba2 tersedar tengok jam 8.30pg..ooh masih awal..baru 1jam tidur..golek2 sambung lagi.

Tetiba..dengar suara org panggil 'Mamy'..celik mata pandang tingkap..dlm sedar tak sedar dengar lagi sekali 'Mamy'..mcm suara adindaku memanggil. Tengok jam pukul 10.30pg..wahhh memang tidur lama sangat! Campur terkujat dengar suara dan terkujat tengok jam dah 10.30pg..automatik mata terbuntang unyuk mulakan hari baru. Tapii..siapa yang kejut saya masih menjadi misteriii :)

Thursday, July 14, 2016

Ayah - Ae Man

Permintaan dari anak-anak RAYSA, katanya nak share lagu ni ---> AYAH dari Ae Man
Latar belakang kita semuanya berbeza..mungkin lirik lagu ini sedikit sebanyak menyentuh hati salah seorang dari mereka, kita pun tak tahu kan. Apa pun yang terjadi, mereka sangat positif meneruskan kehidupan dengan panduan dan landasan agama yang diterapkan kukuh di dalam diri masing-masing. Doakan mereka agar menemui jalan yang lurus dan semoga Allah permudahkan jalan hidup mereka sehingga berkerjaya, berumahtangga dan meneruskan kehidupan dengan bahagia ke akhir hayat nereka..amin. Meh kita layannn lagu Ayah ni...






Kelas Blog Kedua Bersama Anak-Anak RAYSA

Assalamualaikum..

Hari ni hari raya ke 9..dah mula masuk office. Apa yang best? hari ni ada kelas pertama selepas Ramadhan dan selepas raya..dan yang paling best lagi bersama anak-anak RAYSA (Rumah Anak Yatim Siti Aminah), Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Seronoknya bila kami dah pernah belajar bersama-sama dalam 10-12 sesi kelas terdahulu sebelum ini. Telah wujud Silaturrahim ececehhh..... Jom layan gambar je lah..tulis banyak-banyak bukan korang nak baca kannnn...

Majlis raya bersama






Kelas Blog Sesi II bermula..






Semoga hubungan bersama anak-anak ini berkekalan ke akhir hayat..amin.

Monday, June 27, 2016

Hati Mati

bila hati mati
segala rasa turut pergi
segala rindu terbang tinggi
segala cinta tiada lagi

jangan pernah salahkan aku
bila kedegilan aku terlalu
kerana kau mengajar aku
hingga diri celaru keliru

bila hati mati
tiada tangis lagi
yang ada cuma mimpi.


...
27/6/2016;12:28tgh

Tuesday, June 21, 2016

Tart Nenas..Tart Blueberry

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua sahabat maya. Eh ada ke yang mengikuti blog sue haha..perasan ja.

Takpalah..yang penting harini nak cerita..cerita penat yang memang penat. Rasanya kalau dulu, setakat buat biskut raya sikit-sikit macam ni takda masalah. Tapi kalini lain macam penatnya. Pinggang sakit..betis sakit..

Rasanya ni kes meneran kulit tart ni.. Addoiii..memang sangat terasa. Mungkinkah kerana faktor usia? ? Woohoo...makin meningkat usia..makin menjadi-jadi penat hehe.

Yang penting..tart-tart memang mabeles dari segi rupa alhamdulillah. Rasa..bukak puasa karang kita try. Jom skodeng rupa tart..

Kepada rakan..sahabat yang nakbbuat tart lepas ni..selamat mengetart ya hehe :)

Friday, June 3, 2016

Pulut Durian

Assalamualaikum...hmm baru2 ni abah bagitau nak makan pulut durian. Anak dia pun mulakan operasi..ngeh ngeh..maka taddaaaa alhamdulillah..

Ni nak bgtau..pulut tu kalau nak tanak, boh je dalam rice cooker. Air kena 1 ruas jari atas beras pulut ya..elok ja pulut masak..cantik. .tak lembik..tak pula kurang masak. Kalau masak atas dapur..kerak banyak benau.. Kalau kukus takda problem..memang mabeles.. Jom makan..tak leh tenung lama-lama..bismillahirrahmanirrahim..

Tuesday, May 10, 2016

Monolog Cinta Kuantan

Assalamualaikum..
Seronoknya bila dapat berkumpul bersama rakan sahabat especially dari fasa II tu pun sebab konvoi sebab kami ada kursus di Vistana Hotel, Kuantan. Kali ni 4 buah kereta..kereta adi, saufik dan abg am..kereta pok shad,nusi, mael, mahani dan dilla..kereta mus, din, kirin dan jai..lastly my dear 'bigboss'..me, cla, fauzan dan husnu.

Seronoknya berkonvoi bersama sebab sikap dan rasa tanggungjawab yang tebal dalam diri kami semua. Kalau satu kereta tercicir, yang lain tunggu..kalau ada kereta yg bermasalah, yang lain turut membantu tanpa buat muka..itu yg paling best setakat ni. Sebab my 'bigboss' pun pernah kantoi battery kong tahun lepas masa nak balik dari Kuantan..haha drag masa 3jam kat sana sebelum konvoi gerak..minta maaf ya kawan2...tq memahami dan membantu! Yeah..great team with a great members!

Masuk Hiway

Bukan nak berluma-lumba di hiway tapi memikirkan perjalanan masih jauh, masing2 memecut dengan jayanya. Harap xda dapat surat layang dari abang polis nanti..insya Allah. Eerr..tapi lebih 110km selalunya..pejam mata! Kirin snap me in action ekeke..

Alhamdulillah..kami sampai awal..11.30pagi. Lunch sekejap dan terus masuk kursus di Vistana Hoyel Kuantan. Pandangan dari Vistana Hotel Kuantan Room 635.

Learning time..hangkut sebanyak mana ilmu sehabis boleh. Fokus!

Swimming pool yang memang lawa dan menggoda ngehee..tapi xdapat nak buat apa. Tengok je lah..sambil telan air liur haha..

Ada diajar sesi fotografi asas menggunakan HP..jadi manfaatkan. Shoot selagi mampu haha..





Insya Allah..akan ada Monolog Cinta Kuantan II. Harini dapat off sehari..rest sekejap. Pastu kena kemas rumah yang macam kapal karam. Semoga dipermudahkan..amiin

Monday, May 2, 2016

Kenangan & Pengalaman

Assalamualaikum..

Bercadang drive ke KL melawat nenek saudara yang confirm kanser..tengah melalui kimo..subhanallah. Semoga nyai terus kuat dan tabah menempuhi nya dengan sabar. Kami hanya mampu memandang..tidak merasa keperitan dan segala kepayahan. Semoga Allah permudahkan urusan nyai.

Bertolak dari Kelantan jam 8.30pagi..mulai masuk ke Karak dalam 3ptg..alhamdulillah. Perjalanan sangat smooth..xsempat berhenti makan. Masing2 excited kot haha.. Sampai je makan kat rumah uda..alhamdulillah.

Esoknya..melawat nyai di Klang.

Pernah ada cerita disini. Pernah ada suka duka disini. Segalanya disimpan menjadi kenangan dan pengalaman. Biarlah rahsia..satu masa tetap akan terbuka.

Tuesday, April 26, 2016

Taktau Nak Masak Apa

Assalamualaikum..

Wallahhhh..kalau pagi2 dah terus blur ni memang dasyat..sampai xtau nak masak apa untuk lunch harini. Sebab sue selalu masak pagi2 siap2 semua sebelum pergi kerja..huwaaaa tensi mak.

Breakfast dah siap buat mee goreng basah sotong..slurppp. Tengahari jadi xleh fikir..addehhh tulonnnnnn!

Idea..idea..please come to mommy..please..!

Monday, April 25, 2016

Mencabar Diri

Assalamualaikum.. Harini 24/4/2016 ada BizFest 2016 di Grand River View Hotel. Kadang2 perlu juga join program macam ni untuk beri pendedahan dan anjakan dalam pemikiran kita towards own business.

Dengan tips2 yang sangat menarik dari Puan Nurul Huda dari Tyra Wholesales, Ms Samantha dari Lazada, Hairudin Omar dari AdeqSue dan yg paling vouge Dato Seri Vida dengan QuPutehnya..sangat melonjak2kan jiwa raga untuk terus meneruskan perniagaan sendiri dan berusaha selagi terdaya.

Panduan..cerita jatuh bangun dalam perniagaan..dan tips2 dari mereka yg tlh berjaya tu menyuntik semangat baru dalam diri supaya sentiasa bersedia dan bersemangat. Jangan tunggu orang lain..kita mulakan dulu. Set dalam kepala our BIG WHY? Kenapa kita perlu buat semua tu? Untuk siapa? Kenapa? Then buat perancangan..apa yg kita akan buat secara sistematik dan praktikal. Lagi satu...hubungan dengan Allah kena jaga. Jangan biarkan kolam jiwa kita kosong atau penuh dengan something negatif. Begitu juga hubungan dengan kedua ibu bapa.

Semoga apa panduan dan perkongsian dari mereka semua dapat aku fahami..dan diaplikasikan dalam urusan seharian..insya Allah. Semoga ruang2 kosong dan lohong juga dapat di isi bagi dapat hasil yang memuaskan..insya Allah.

Friday, April 22, 2016

Melepaskanmu..Goku

Assalamualaikum..
Terus terang cakap..tiap kali melepaskan binatang peliharaan untuk jualan terutamnya kambing..akan ada satu perasaan yang tak boleh digambarkan.

Perasaan tu ada..tak tau nak bagi nama apa. Satu perasaan yang halus..dihujung hati yg dalam..nak kata sedih mungkin iya jugak..tapi ada lagi gabungan rasa dalam tu yang tak boleh dinilai dengan kata2. Sebab tu abah memang akan 'hilang' tiap kali adanya proses jual-beli..takda kat rumah..pergi kedai..pergi pasar..ada je lah kerja dia huhu...

Anak mu ni abah pandai menipu..pandai menipu perasaan sendiri. Cuba bertabah walau hakikatnya tidak..cuba keraskan hati walau hakikatnya luluh..cuba berlagak tenang walau hati di dalam bagai gendang dipalu dum dam..dum dam... Serius..memang menipu! Memang sedih wey..

Moga 'goku' hidup gembira bersama tuan baru..kalau dipilih untuk akikah pun beroleh barakah..alhamdulillah. Terima kasih Goku..mamy love u!

Thursday, April 21, 2016

Cuaca Panas..Ruam Panas

Assalamualaikum..
Cuaca nowdays sangat lah panas..siang bawak ke malam subhanallah. Siang berpeluh..malam pun lagi lah sama.. Lepas solat maghrib & isyak je terus masuk bilik..on aircond. Nak layan tv kat luar pun jadi malas. Masuk bilik..dah jumpa bantal..hmm babai lah..confirm zzzzzz..

Dua malam lepas, kakak naik bintik2 mcm ruam..whole body tu. Terbeliak biji mata mamy tengok. Terus ajak dia g mandi lagi sekali..then letak calomine lotion. Dah..mamy langsung tak leh tido terus malam tu..sbb xsedap hati. Esoknya ingat nak bawak dia g klinik..so xpayah g sekolah tapi dia xmo. Ok set..janji lepas sekolah pukul 5ptg..nak xnak kena pergi jugak...badan dah menggerutu. Anak pompuan weyyy..kalau berparut sana sini..gattai sana sini..jatuh saham hehe..

Petang tak petang lah..lepas maghrib baru nak pi cari doktor ngeh ngeh..lembab betul mamy.

Alhamdulillah..nasib baik xda apa2. Memang sebab faktor cuaca sebab terlalu panas..so badan dia berpeluh dan lembab. Nothing serious sebab xda demam dan sebagainya kalau nak kata campak. Tengahari xboleh balik mandi bagai..cuma tukar baju ja dari 6pagi sampai 5petang. Lagi2 kalau ada Pendidikan Jasmani pagi tu..memang simpan peluh sampai pukul 5ptg la jawabnya. RM36 dapat sabun berubat..ubat makan gatal..krim sapu..alhamdulillah. Insya Allah..semoga Allah permudahkan..amin.

Wednesday, April 13, 2016

Dunia Semata

Assalamualaikum..

Minggu yang memenatkan pastinya..huru hara dan ditambah dengan emosi yang tak stabil..jerawat pun mengintai..muka pun kusam..haii macam2.. This week macam2 kejadian..personal matter..office matter..kelas yang bertukar jadual..satu lagi masalah baru timbul is drama korea ahaha..peace!

Reason last memang tak bole blah..ahaha. Untuk release tension..sesaja..bukan selalu. Kapten Yu Sijin tetap menjadi pujaan hatiku ecececehh. Kalau adikku terbaca ni..muntah hijau dia. Kakak takpa..dia geng ngan mamy..teman tengok Descendant Of The Sun..tengkiuu kakak layan mamy mu yang sengal ngee

See..see..sambil buat kerja pun jadii ahaha..xleh concentrate kih kih

Audit dari pihak SKMM dan TM untuk projek Kampung Wifi..so far so good. Semua dah lulus..alhamdulillah. Sampai ke petang encik-encik berkampung di sini..berpanas tadi semestinya. Tak sempat nak babai..tadi depa dah abis, kita dok kalut ada kelas. Terima kasih encik-encik TM..SKMM dan MSD..best team ever..hehe.

Bismillahirrahmanirrahim..nak masuk tido. Moga mimpi2 indah.. Sekian..kisah dunia semata malam ni..peace.

Monday, April 11, 2016

Sama Tapi Tak Serupa

Assalamualaikum..

Sesungguhnya..bila tonton episod cerita ni..teringat pada 'dia'..

Dahulunya...dia seorang pelindung..setiap kali ada masalah, dialah tempat mengadu. Dia akan muncul memberi cahaya..dimana saja saat aku terhenti tersadung langkah. Dia sangat penyayang..setiap bait kata2 yg penuh kasih sayang, setiap perbuatannya menunjukkan kasih sayang. Dia tidak pernah mengalah..setiap tindak tanduknya berasaskan akal dan perasaan yang belas dan jelas. Dia sentiasa kemas dan bersedia..berani. Setiap apa tingkahnya, berasaskan akal yang waras dan kesempurnaan seorang lelaki untuk aku. Menanti jawapan aku tanpa jemu..mendengar keluhan aku dengan sabar..melayan kerenahku dengan matang..itu lah dia..

Cuma...
Kini jasadnya seakan hilang.. Yang tinggal cuma bayang-bayang. Sentiasa ada di belakangku mungkin tanpa sedar.

Apa keadaannya..bagaimana kehidupannya..hilang tapi ada. Ada dihati tapi tidak dimata. Ada dijiwa mungkin semakin melupa.. Kerana aku masih mahu hidup.. Berjalan merentasi masa..walau tanpa rasa cinta nyata. Mata berkaca usah kau teka mengapa..kerana aku juga punya jiwa. Ingin bercinta dan dicinta dia.

Apa yang aku tahu..dia bukan dia yang dulu.. Dia yang..semakin menjauh dari aku. Dia yang cuba menghilang dari radar hatiku. Itu lah dia..


#Descendantsofthesun
#captainyusijin
#bigboss
#koreanlovedrama

Sunday, April 10, 2016

Descendants Of The Sun..terjebak!

First time tertengok cerita ni..terus jatuh hati dengan plot dan jalan cerita yg sangat interesting..sweet..pada masa yg sama sangat menyentuh hati. Tak pernah pulak follow cerita korea..tapi kalini minta maaf. Makcik terjebak dengan kapten dan doktor lawa nih..!

ok bye..kih kih

Wednesday, April 6, 2016

Rindu

Disudut hati nan dalam
Ada rindu yang tersarang
Entah untuk apa
Entah untuk siapa
Entah bila akan terpadam rindu itu

Suesephia; 6/4/2016; 6.45ptg

Friday, April 1, 2016

Kasih Sayang

Assalamualaikum..

Teringat pulak waktu melepaskan anak-anak bulu..err anak-anak kambing di kandang kepada pembeli. Sayu je rasa hati..serius! Walaupun kadang-kadang geram dengan kenakalan depa kat kandang..gaduh sana-sini tapi bila lepaskan macam ni..nampak pulak depa pergi huhu...sedih!

Semoga depa boleh dapat hidup yang lebih baik bersama owner baru..insya Allah. Sampai sini saja tanngungjawab mamy! bye..


Kelas BLOG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..harini masih bersama anak-anak dalam kelas pertama Blog weehaaa! Sangat hapeningnya dengan riuh rendah anak-anak tanya itu ini. Suka..best..gembira..syiok dapat mengajar. Jom layan gambar kelas hehe

Semoga pembelajaran harini dapat dimanfaatkan oleh semua anak-anak sama ada untuk tujuan menulis dalam personal blog mahupun blog perniagaan. Amin..

Wednesday, January 20, 2016

Sensitif Tak Bertempat

Assalamualaikum..
Hmm..sensitif betul lah depa ni. Mesej yg nak disampaikan tu kena paham..bukannya nak suruh peluk anjing. Aiish...pasai gambar ni pun kecoh kat group whatsapp.. Kalau keluar gambar bagai2 ala lucah tu rajin pulak komen murni2 ya.

Kadang2 xpaham perangai manusia nih.

Monday, January 11, 2016

Usaha Dan Tawakal

Asaalamualaikum.. Bukan mudah untuk mengenali kebolehan diri. Ianya mengambil masa yg agak lama untuk diri seseorang. Mungkin dengan adanya tekanan atau masalah membuatkan kita lebih menonjolkan kebolehan diri atau mencari kemahiran baru, memaksa kita mencuba sesuatu yang baru.

Pada awalnya sue fikir, apa yang boleh buat/jual untuk menambah sumber kewangan tanpa menggunakan modal besar?..mungkin hanya gunakan kemahiran yang ada. Aruah mak mahir buat cookies dan kek, maka sue berusaha menggunakan kemahiran yg diperturunkan oleh aruah mak untuk menapak ke tahap baru dengan membuat cupcake, biskut raya & kek jugak. Alhamdulillah..maka terhasil lah www.sufehomerecipe.com.my. Walaupun tidak secara meluas,namun sedikit sebanyak dapat memberi side income..alhamdulillah.

Kita tak tahu setakat mana kemampuan diri kita kalau kita tak cuba kan? Percaya atau tidak..sue mampu hasilkan kek2 yang agak cantik..dan memuaskan hati pelanggan..alhamdulillah.

carrot cake

choc moist cake

fondant cake

blackforest cake

Banyak lagi hasil kerja tangan sue..boleh add ke Group FB Sufe Home Recipe kalau ada yang berminat. Yang penting usaha dan tawakal kepada yang Maha Esa. Ada usaha dan tawakal part 2 menyusul..insya Allah.

Saturday, January 2, 2016

2016

Sesi persekolahan bakal bermula
Cahaya mata penyuluh jiwa
Timbalah ilmu sebanyak mungkin
Ilmu dunia dijaga, ilmu akhirat di dada
Jaga nama orang tua mu
Capailah cita2 mu
Bersama redha Allah, amin.

Wahai hati..bertabahlah untuk tahun-tahun akan datang. Moga ada cahaya..ada sinar di kesuraman.
Suesephia; 2/1/2016,6.35pm.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...