Friday, August 19, 2016

Bila Pernah Ada cinta

Setiap dari kita punya rahsia hidup kita tersendiri dan sudah tentu segala rahsia kita semua berbeza. Perasaaan kita juga berbeza-beza dalam kbita menghadapi apa saja situasi mendatang. Melihat sesuatu perkara atau kejadian, pastinya mengingatkan kita akan kisah hidup kita sendiri.

Harini ini, aku melihat seorang kekasih yang akhirnya bertemu kembali kekasih lamanya. Dia yang telah mempunyai isteri dan anak-anak, secara kebetulan menemui  bekas kekasihnya yang juga telah berkeluarga. Susah untuk diungkap perasaan apa yang bersarang di kepala mereka berdua. 

Mungkin ada cerita yang masih tergantung, mungkin ada rindu yang pernah terbiar, mungkin ada sayang yang pernah wujud di hati-hati mereka atau..mungkinkah segalanya telah berubah hingga telah menutupi segala cerita mereka dulu? Tidak siapa pun yang tahu kecuali hati-hati itu sendiri. Bukan tidak memberi sepenuhnya cinta dan sayang kepada insan yang telah mereka kahwini, tetapi mungkin ada memori lama yang masih belum dipadamkan dari minda yang dicipta Nya selagi kita bernyawa. 

Walau apa pun, teruskanlah kehidupanmu sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang suami dengan penuh tanggungjawab terhadap pasanganmu masing-masing. Mungkin dialah jodoh yang telah ditakdirkan, jalanilah kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan. Semoga bahagiamu hingga ke syurga bersama, amin.


No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking