Monday, December 9, 2013

Penting kah?

Salam maghrib sahabat..
Terasa ingin berbicara tentang kepentingan. Mungkin hari ini lebih merujuk kepada kepentingan terhadap seseorang..ataupun individu tertentu.

Percaya atau tidak..?
Selalunya bila kita berasa seseorang itu amat penting untuk kita, maka kita pasti mencuba memberikan keistimewaan..tidak kira dari segi apa sekalipun...

Percaya atau tidak..?
Kita pasti mempunyai ruang dan peluang untuk setiap sesuatu yang penting untuk kita. Walau kesempitan dan perlu mengorbankan masa kita..sama ada masa kerja..masa tidur..masa rehat..walhal wang ringgit..pastinya kita korbankan..kerana 'keistimewaan & kepentingan' yang kita labelkan untuk mereka.

Percaya atau tidak..?
Kadangkala kita menyebelahi mereka tanpa sempat berfikir untuk berpihak kepada yang lain..kerana mereka sangat penting kepada kita...

Percaya atau tidak..?
Kita akan tidak mampu memberikan sebarang alasan atau 'tidak' untuk setiap permintaan mereka. Pastinya apa juga permintaan mereka akan menjadi keseronokan untuk kita.

Percaya atau tidak..?
Pastinya ada insan lain yang mungkin tidak berkongsi kegembiraan dengan apa yang kita korbankan..

Percaya atau tidak..?
Pastinya ada insan lain yang sebenarnya juga layak untuk diberi perhatian...

Percaya atau tidak..?
Ada juga insan lain yang meraih jawapan ya untuk setiap permintaan mereka..

Kerana mereka juga mempunyai kepentingan tertentu yang pastinya tidak dilihat jelas di mata..tapi mungkin jelas jika dilihat dari mata hati.

Dan pastinya..
Kerana mereka juga insan yang punya rasa...

Kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah yang dilahirkan ke dunia..

Kerana mereka juga seperti kita..seorang manusia.

9/12/2013
7.25ptg
Suesephia

Tanggungjawab

Salam semua..
Baru2 ni mak..abah..su dan anak ke kl. Dah seminggu ke sana..seronok la! Abang dan adik bawa jalan sana sini..Putrajaya la..I ct lah..waa suka kakak.

Sabtu lepas..depa nak balik tak bagitau. Bergegas balij tengahari..masak. Ayam masak merah dengan sayur goreng pun jadi lah ;)

Sunday, December 8, 2013

Aku Bernama Ibu

Walau singkat sebuah pertemuan
Mungkin hadir atas dasar paksaan
Namun hati rela..tetap bersedia
Niat kerana Allah dalam memberi
Demi bahagia yang dicari

Wahai anak-anak ku
Mungkin realitinya tidak seperti sebuah cerita
Mungkin hadir ibu tanpa rela
Mungkin kasih tidak kamu terima
Mungkin sayang tidak kamu rasa..
Yang indah atau cela
Nilailah dari hati kecil kurniaan Nya

Maafkan ibu ini
Yang hanya menumpang kasih mu
Yang tiada punya segala harta dunia
Yang ada cuma kasih sayang serata

Relakan ibu ini
Melihat dirimu di sana
Mendengar cerita puncak jaya mu
Meniti kerinduan walau hanya sesingkat itu pertemuan kita.

Wahai anak-anak ku
Walau tak pernah di ingati diri ini
Walau tak pernah di sayangi diri ini
Walau tak pernah mendalami diri ini
Hakikatnya..aku bernama ibu.

Suesephia
8/12/2013
7.50ptg

Monday, November 18, 2013

Berkorban Bahagia

Bahagiakah..
Jika selalu berkorban..
Demi membahagiakan..

Suka kah..
Jika tak jemu bersusah..
Untuk kesenangan..

Rela kah..
Jika hati diselami gundah..
Untuk ketenangan..

Biarlah..
Andai takdir indah pemiliknya..
Biarlah bahagia berkorban hingga ke syurga
Biarlah redha jiwa hingga hujung nyawa..

18/11/2013, 8.08mlm
Suesephia

Wednesday, October 30, 2013

Kian Kosong

Ada panas..ada hujan..
Rasa hangat..kadang dingin..

Siang diteman mentari..
Malam kesorangan si rembulan..

Embun kian menitis
Sang mata enggan layu
Tidur  tentu tiada cintamu
Lena tanpa lenggok suaramu..

Tenanglah wahai sang hati..
Layu lah wahai sang mata..
Pejamlah..
Berseronoklah di alam mimpi..
Kerna realiti..kini hanya tinggal fantasi..

Monday, October 28, 2013

Tidak Sempurna

Bila berlembut..
Mudahnya dipijak..

Bila berkeras..
Lagaknya persis si degil..
Tak mahu diajar..
Enggan belajar..

Segalanya tidak sempurna..
Ke kanan salah..
Ke kiri serong..
Lalu..bagaimana?
Entah macamana?

Monday, October 21, 2013

Magic

8th October 2013

I can feel the heat..
I wish there is a magic tonight..
Which can blow the wind..
To fly you right here in front of me..

My heart bumping..
Wish that the real you stay close to me..
The smell of your skin..
Hoping that you are here beside me..

Hold my tears..
Keep my feelings..
Till i meet u again..
One sweet moment..
One day..

Friday, October 11, 2013

Cinta Hati

Cinta tidak pernah ada sempadan
Di mana permulaan?
Di mana pengakhiran?

Hakikatnya..
Permulaan yang pasti ada pengakhirannya..
Hadir pastinya dengan kerelaan
Perginya dengan keredhaan
Tiada yang mampu menyangkal


Tuesday, October 8, 2013

Full Day

Salam..

Penuhnya hari mendatang..bagaikan tiada hentian.. Hmm ayat tu lah yang mampu menerangkan segalanya. Mana taknya..drive ke Kuantan untuk berkursus dari pukul 5.30pagi..selepas Subuh je terus gerak ambik member sehinggalah sampai ke Jerteh pukul 7.00pagi. Jumpa geng2 pulak ..breakfast dan kumpul kat situ konvoi 6buah kereta. Alhamdulillah..sampai ke MS Garden Hotel di tengah2 bandar Kuantan pukul 3ptg lebih kurang..huwaaa jalan jam kat tengah bandar ! 

Yang paling best...kursus kali ni memang meletopssss! syok..dan takda boring langsung. Kami berkursus dengan GEM-ASIA Seminars Sdn Bhd, majikan2 diluar sana yang nak kan yearly training yang bermakna dan meningkatkan tahap pickup..huoh macam kerete turbo tu..boleh lah kerjasama dengan Gem-Asia ni. Serious..strongly recommend this company..memang happening gila..dan tetap energetic dari 27-30hb Oktober 2013.


Tamat sudah kursus..nak drive balik waaa rasa macam nak nanges je. Harap2 xmengantuk..dan berupaya drive ahaha..macam la teruk sangat. Bukannya apa..biasa manja kannn..asal masuk je kereta..krooh krooh tidoq..mana taknya my abah punya drive macam kita di buai2 suruh tido..lentok tu. My dear hubby..walaupun dia suka speed semacam je..tapi rasa selamat bila my sayang ada di sisi..hah nak buat cemana?? cer jawab cer jawab...(baik punya alasan bagi..nak cover ang punya tidoq haha). 

On the way balik..kami singgah sana sini..mula2 rombongan cik kiah berenti memborong jagung. Jagung mentah ada..jagung rebus ada..jagung bakar pun ada. 7 ketoi sepuloh hinggit..okay la kan, bawak balik untuk mak abah  dan si kenit kakak tu. Ok..misi tercapai.. Mokcik kayo..kate makcik jual tu haha. Mesti makcik2 kat gerai2 sebelah tu jeles kan..mau taknya 4biji kereta berenti sekaligus haha..dah rezeki makcik harini. Kami beli ya ..jagung. Semoga rezeki makcik melimpahruah hendaknya..amin.



Selesai cerita jagung..kami drive lagi. Sehinggalah tiba di area Pantai Kelulut..memborong kerepok pulak.. Tak cukup dengan keropok mini lekor..lekor biasa..keropok kering..ikan masin..ikan kering..eh bagai2 lah ada. Keropok mini lekor tu dah siap goreng dan boleh dimakan terus..itu yg syoknya tu. Tadi dah pekena sebatang jagung bakar..sambil drive pun abis jugak..lepas tu keropok goreng pulak aiyyaahhhh..pingsan mak !


Selesai memborong keropok, kami melekat kat stereng lagi memandu. Sampai di Jabi lebih kurang Maghrib..kita berenti layan sate. Ya ampunnn..saya mengaku memang muka xmalu. Belum sampai oder kami punya..geng adik2 lelaki tu punya sate saya belasah dulu haha. Nak kata lapar..jagung sudah..keropok pun sudah..perut ni memang xmakan saman lah..makan sate je ahhaa. Eh lupa pulak nak komen..sate tu memang sedap okay..sapa sampai Jabi tu boleh singgah..kalau menghala balik ke Jerteh..kedai tu sebelah kiri.,depan dia ada masjid xsilap :)


Pemanduan diteruskan..hantar member di Pasir Putih..berhenti solat. Lepas tu terus memecut balik ke KOta Bharu..hah ambik kau..pukul 10malam baru dapat tengok muka anak yg tengah tidoq! si kenit kakak..mummy miss you..tapi kalau berjumpa kita orang ni sparring aje ahaha!

Ok babaiii..sekian cerita kali ni..bukan senang nak dapat mood bercerita macam mak nenek ni okkay. Nak kena cari cik mah mood yang jarang2 sekali muncul :p

Thursday, October 3, 2013

Celaru

Dikala hati resah gelisah
Minda tak mampu menggamit memori indah
Segalanya berkabus putih

Tanpa mampu menzahirkan
Tanpa mampu menidakkan
Perasaan yang berbalam

Alunan melodi kedamaian
Tiada lagi terngiang
Hanya keresahan bertandang
Mengundang jiwa kosong
Celaru..


Thursday, September 19, 2013

Lawatan Hampa

Salam..
Ghairah dalam blogging ni datang sekejap2..xtau nak buat macamana haha. Kejap rajin update..jap malaa..jap rajin balik..jap tak update langsung pun ada jugak keh keh..pingsan kalau nak layan. Lantak kan aje...

Harini ada cerita best..mood rajin!
Plan nak melawat adik di kolej dia dengan mak & kenit kakak. Masak pasta mushroom..hah tuu dia..kira plan baeeek lah ni kan. Almaklum..khamis mak kata boleh melawat..ok set!

Sesampai kami bertiga kat sana..kata pak guard tu harini bkn masa melawat. Masa melawat esok puan..9pg sampai pkl 6ptg..OMG! Nak gelak pun ada hak hak. Last2 tinggalkan kat adik semua serba sedikit utk dia makan..alang2 dah sampai kat sana hihi.

Hilang arah tuju..bawa mak & kakak p malan kat taman. Jemput makan..taddaaa!

Monday, September 2, 2013

Jamuan Raya 2013

Wallllaaaaa... Uih macam apa je memulakan ayat..xsessuai hokkay..hmm assalamualaikum sahabat semua ehehe..sopan bunyinya ;)

Baruni..sue join dgn.kawan2 office buat majlis hari raya. Wuuuuiii meriah xhengat! Sorang bawak sikit..last2 haa amek kau..penuh semeja. Nak makan xlarat pulak. Rasa tu sikit..rasa bi sikit..daa full. Agaknya semua org ikhlas bawak makanan kan..jom layannnzzz.

#perut penuh burb..alhamdulillah ;)

Tuesday, August 27, 2013

Upsidedown Pizza

Salam..
Harini puasa Syawal yang kedua..alhamdulillah.

Petang tadi kan masa kat office...sementara tunggu jam bergerak tik tok..tik tok nak punch out..tiba2! Haaa..suspen je nih. Teragak nak tengok image pizza hah suddahh!

Apa lagi..calling & roger pakcik google. Pakcik google datang ala2 waiter menghadiahkan imej2 pizza yang amat mengiurkan..eh betul ke ayat tu! Memandangkan perut yang sedang menyanyi keroncong..imej pizza tu bagaikan penari cantik manis..melenggang lenggok depan mata..air liur pun meleleh dah.. Tak sanggup uuu.. (sambil lentikkan jari).

Berkejar balik rumah..lepas berbuka..mandi..solat..mulakan operasi lah. Cari kat gudang gerobok mak tu apa yg boleh pakai..maka terjadilah 'Upsidedown Pizza' hiiiyah! Disebabkan penyakit lembab..hah perut dah kenyang..pukul 10malam pun pizza xsiap bakaq lagi haha.

Pagi esoklah gamaknya kita kendurikan upsidedown pizza ni ya Abah..Mak..anakku! Eh..semua org dah tido..keh keh. Nite..mimpi yang indah2..

#jangan lupa baca doa tidor..Bismikallah humma ahya wa'amut :)

Monday, August 26, 2013

Kenduri Kahwin

Salam..
Sue baru selesai sahur jap tadi..alhamdulillah. Baru nak start posa 6 Syawal heheh..org lain dah siap raya, kita baru nak posa. Takpa..selagi belum habis bulan Syawal..pulunn..jom posa ;)

Lupa pulak nak share alkisah kenduri kawen salah seorang sahabat yang berbangsa Siam. Alhamdulillah..kaum Siam di Kelantan amat menghormati dan tahu adat budaya kaum lain yg beragama Islam. Dia dah pesan awal2..'katering orang melayu..jemput datang'..alhamdulillah..terkedek2 sue sampai heheh.

Dah siap janji dengan geng2 Pejabat Penerangan..join sekali dengan assistant Sue..kami berlima. Seriously..memang happening! Pengantin mix Siam & India.. Gambar dgn pengantin dalam kamera member..ini je yg sempat. Jom kenduri!

# lupa nak share..rumah bapa pengantin ni cantik sangat macam rumah tradisi kaum Siam. Sempat naik atas.. Indah dan damainya..lihatlah keharmonian kaum2 kita di Malaysia.

Hah sudahhh..dah macam karangan sejarah..haha. Ok jom..sue share gambar2 kenangan!

Monday, April 1, 2013

Anak..anak..

Salam...
Macam getik je kan..post kat fb kata nak aktifkan diri berblogging..update blog selalu. Tapi sekejap je..pastu longlai hihi!

Jiwa tak kental betul lah.. Tak macam abg2 pejuang negara yang menentang musuh menyelamatkan serta mendaulatkan negara Malaysia dalam Operasi Daulat di Sabah. Haaa amek kau..tetiba je emosi hehe. Sempena Hari Polis..maka semangat anak polis tetap ada!

Alkisah harini..ada 4ekor anak baru datang rumah. Disebabkan adanya kambing2 yg semakin membiak..maka sue sepakat dgn abah utk beli cik puan & tuan angsa bagi membantu mengawas kawasan. Mahal Ya Rabbi...RM160 utk 4 ekoq. Harapan mamy..4ekor dak angsa ni sihat walafiat supaya dpt mamy recruit jadi pak / mak guard utk pagar kambing ngeee ;-)

#sesuaii sangat amik degree dalam HRD okay..recruit je kerja nya..

Adab Sopan

Salam...
Phewww..tajuk post kali ni xleh blah betul hahah.. Sebut pasal adab sopan..memang ramai yg sangat ambil berat pasal ni. Tak kira lah antara kita sesama manusia atau kita dengan makhluk Allah yg lain.

Adab kita dgn manusia lain..tegur menegur..sapa menyapa & tolong menolong. Dalam perhubungan kita, dah tentu wujud salah & cela..sebab kita ni manusia, xboleh lari dari kesilapan. Namun..kita mampu merendahkan diri mohon maaf atau kita juga memaafkan.

Sama ada kita sedar atau tidak..kita berjalan tanpa membawa cermin disisi kita. Dah tentu kita xnampak apa kekurangan dan kesalahan diri kita melainkan..ada yang ikhlas memberitahu.

Penerimaan diri kita dengan cermin kedua juga perlulah diambilkira. Sepatutnya..kita memandang dari sudut positif dgn menerima teguran dan berusaha utk memperbetulkan keadaan bukannya menambah kekusutan.

#aku pun bukan baik sangat pun untuk menjadi cermin kedua..tapi aku suka kalau ada cermin besar yang boleh tampal kat dinding buat hiasan dinding muhahha..ok bai!

Thursday, March 21, 2013

Sekeping foto..sebuah cerita ;)

Salam...
Malam2 ni dok geledah gambar2 dalam hp..terjumpa beberapa keping gambar yg agak menarik utk dikongsi ehehe. Memng menitik air liur nengoknya...manis..masam..pedas sikit.. Macam2 rasa..waaahh gituu!

Sue kalau p Pengkalan Kubor kat Tumpat mesti beli rojak buah atau ore kelate panggil 'colek buah' haaa...bukan culik ya. Saya ulang sekali lagi colek..bukan culik hehe.

Namanya 'colek buah pakcik bismillah'..
Sebab apa namanya macam tu..? Sebab pcik ni sangat lah bagus..setiap kali dia nak potong buah, dia akan baca Bismillahirrahmaa nirrahim.. Sue memang jatuh cinta dengan kuah rojak pakcik yg mmg best!

#semoga pakcik sentiasa murah rezeki dan dibawah lindungan Allah hendaknya..amin.

Ya..saya faham.

Salam..sekadar luahan hati..

Ya..saya faham awak sibuk..
Ya..saya faham awak perlukan masa..
Ya..saya faham awak ada komitmen..
Ya saya cuba faham..

Perlukah saya teruskan iya saya..
Sekiranya awak langsung tak mahu memahami saya?

# Saya cuba tebalkan kesabaran saya..dengan 'ya, saya faham' supaya tiada berlaku ketidaksefahaman. Sekian.

Monday, March 18, 2013

Great time..great love..

Salam..
Tak ada apa yang indah dalam hidup ini melainkan mengasihi dan dikasihi...mencintai dan dicintai.. Segalanya seakan nampak sempurna & indah! Kasih sayang sesama manusia..serta kasih sayang sesama makhluk ciptaan Dia yang Esa.

Alhamdulillah..kita diciptakan dengan penuh  perasaan kasih & sayang..seronok tengok kakak dengan Olie..just look at the pic! Sangat mesra..it's l.o.v.e!

#Sue share 3 dak kenit yg notty..

Friday, March 8, 2013

She & hers..

Salam...teruk kan?
Dah berhabuk..bersawang baru nak update blog..huhu. Nowdays busy sangat..sangat..sangat.
Bukan apa program 1Citizen berjalan di tempat kerja.. So,every Friday have to teach community how to be more sopan & beretika bila online..waaah gitu!
Anak pun dok je la kat rumah Fri & Sat..kesian dia..walhal that is her weekend. Tak tau nak kata apa..what to do.. Tinggallah dia dengan 'la-la' nya..kekadang sampai lunyai si la-la tu dikerjakan kakak huhu..
Maafkan mamy ya sayang..ambil byk masa utk kerja. For all of us jugak kan..later we plan for a holiday ya!
Love u..

Wednesday, January 23, 2013

Hati Ini

Segala pujian hanya untuk Mu Ya Allah...
Kerana telah menghidupkan aku kembali..

Adakala hati ini tidak setenang kebiasaan..
Ada yang mengusik kejernihan..
Ada yang mencuit di sudut nan dalam..

Ya Allah..tabahkan lah hati ini..
Dalam menempuh apa jua rintangan yang tertulis..

Sesungguhnya..
Ada ketikanya hati ini tidah setabah biasa..
Ada ketikanya air mata ini tak mampu bertahan disitu..
Ada ketikanya kaki ini..seakan mahu melangkah pergi..

Ya Allah..
Peliharalah hati ini..
Agar sentiasa tabah..
Redha dengan takdir Mu..

Amin..

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...