Friday, July 17, 2015

Silaturrahim

1Syawal..salam aidilfitri buat semua sahabat maya. Semoga aidilfitri kalian akan sentiasa meriah..dan dipenuhi warna warni indah.

Masak apa pagi raya..sue masak lodeh..rendang daging dan kuah kacang. Tepek gambar sekeping..

Sempena hari mulia..silaturrahim jangan dilupa. Walau jauh dimata..dihati tetap ada. Buat abah, adik beradik tersayang, insan2 yang pernah singgah dihati, ayah..mak dan adik di klang, kalian akan selalu dekat dihati. Semoga Allah merahmati kalian semua..dipelihara dunia dan akhirat..amin.

Sunday, July 12, 2015

Bengkak Mata Alergi

Assalamualaikum semua sahabat maya.. Harini 25 Ramadhan ya..cepatnya masa berlalu.
Menu apa masak harini? Sue buat kurma ayam, telur ikan goreng kunyit dan sayur kailan goreng..cukuplah tu rasanya. Tadi ke pasar..jumpa ubi..beli sekilo RM2 cadangnya nak buat kuih cek mek..hmm kalau rajin..insya Allah.

Alkisahnya..7/7 haritu mata tetiba bengkak. Pelik sangat Sebab rasanya xda kena gigit apa pun..cuma petang tu memag gatal sangat. Sebelum ni xda alahan dengan seafood ke apa bagai. Semua boleh makan je..hmm. Terus ke klinik..RM38 dapat inject..ubat tahan gatal..ubat surut bengkak dan ubat alergi. Balik alhamdulilah surut sikit..tapiii 2hari lepas tu bengkak balik. Pergi klinik kerajaan pulak pagi ni 12/7..kena inject lagi sekali. Haaa ambik...hihi

Doa betul2 agar xbengkak lagi mata ni..insya Allah. Nak jalan ke sana sini pun payah..kena pakai reben mannjang. 

Friday, July 3, 2015

Patung Bernyawa

Assalamualaikum.. 15 Ramadhan..alhamdulillah. Semoga Allah cekalkan hati dan beri kekuatan serta kesihatan untuk beribadat di bulan mulia ini.

Tersentap perasaan pagi Jumaat indah ini..bila Allah mencetuskan satu perasaan hiba di hati. Memori silam..mengharung kehidupan silih berganti ditayang depan mata..seolah2 satu filem berkisar dari satu babak ke satu babak rahsia hidupku.

Aku cuma insan biasa. Tangisan dan kesedihan adalah teman hidupku dari berzaman lalu..seolah2 satu takdir tersurat untuk ku. Tak perlu aku lari jauh..xperlu aku hindari..kerana tiap apa istimewa yg berlaku dalam hidupku akan disulami kepedihan dan keperitan. Membunuh perasaan sendiri yang tumbuh dalam diri adalah sangat perit. Menafikan kesedihan dan air mata adalah sangat menyiksakan.

Sudah terbiasa dengan kepedihan dan kesedihan, aku bagaikan patung bernyawa. Melangkah dengan tiada perasaan menjalani kehidupan seperti tiada apa berlaku.

Kamu menyaksikan kegembiraan..

Kamu menyaksikan senyuman..

Kamu menyaksikan kesempurnaan

Sedangkan aku menyimpan semuanya di dalam..

Membawa semuanya bersama aku seumur hidupku.

Aku tak akan menyerah.. Aku akan berusaha selagi terdaya..mencari kekuatan untuk terus bejalan menyusuri kehidupan mendatang. Aku akan tetap menjadi patung bernyawa yang sentiasa membahagiakan insan lain..percayalah aku mampu dengan izin Nya.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...