Sunday, April 14, 2019

Harga Seorang Wanita

Sedih..terkilan..terkedu bila sahabat baik terus memeluk dengan hibanya mengalirkan air mata. Ya Allah..kenapa? 

Kenapa layanan sebegitu kau hadiahkan kepada seorang isteri wahai lelaki yang bergelar suami? Kemanakah rasa belas kasihan..kasih sayang yang bertahun kau kongsikan? 

Aku tahu betapa sahabat aku itu menyayangi dan menghormati dirimu sebagai seorang suami. Melepaskan jawatan di sebuah institusi pembelajaran dan mengikut suami adalah satu keputusan yang paling sukar sahabat aku lakukan. Sanggup berjauhan dengan mak dan ayah yang selalu bergantung harap walau ada adik beradik lain. Mencuba bisnes sendiri dari rumah, supaya dapat menambah pendapatan keluarga disamping dapat menyempurnakan tanggungjawab sebagai ibu untuk anak² mu dan isteri kepada mu. Apa kau tahu semua tu?

Bukan mudah menjadi ibu kepada anak² yang bukan anak kandung dia, tapi sahabat aku sentiasa positif dan menyemai rasa kasih sayang buat anak² mu. Aku sendiri pernah menyaksikan keakraban anak² mu dengan 'mama'..panggilan buat sahabatku. Hinggakan aku sendiri mengaguminya, kerana aku sendiri tak mampu menjadi seperti dia.

Hari ini..sebegitu sekali amarahmu terhadap sahabatku..sebegitu bencinya kamu kepada sahabatku hinggakan kau menghalau dia dari rumah? Lelaki bagaimana kau ini.. suami bagaimana kau ini? 

Sahabatku juga adalah umpama adik ku. Sedih dia juga sedihku..kecewa aku juga kecewa dia. Tergamaknya kau membuang sahabatku seperti sampah? Begitukah harga seorang wanita dan isteri buat seorang lelaki dan suami? Tahukah engkau kesedihan dan kekecewaan sahabatku itu setelah semuanya dia lakukan untuk kau?

Aku sudah banyak kali menyaksikan kekecewaan dan kesedihan seorang wanita..dari sahabat² ku malah dari diri aku sendiri. Walaupun begitu, jangan terlalu leka..kerana aku jugak seringkali menyaksikan kebangkitan dan semangat seorang wanita yang telah disampahkan oleh suaminya yang disayangi. Sahabatku pasti akan bangkit kembali, beraksi di pentas yang kau sendiri tak pernah terfikir, kerana sahabatku punya semangat yang tak pernah padam apinya..semangat juang yang tidak mudah dikalahkan.

Wahai lelaki, kami wanita juga punya harga diri..walaupun pernah kau campakkan ke tapak kaki.

Tuesday, December 11, 2018

Hanya Kerana Dia

Hanya kerana dia pernah menghuni ruang isi hati ini suatu masa dulu. Dia telah menunjukkan cinta dan sayangnya. Dia juga telah bersusah payah berusaha menggilap kembali hati yang seakan mati….tenggelam dalam kesakitan berpanjangan. Hanya kerana dia yang mampu menunggu dan mempertahankan diri ini suatu masa dulu. Akhirnya ku membiarkan dia bertapak di hati ini walaupun keresahan menunggu.
 
Membiarkan ia terus berada di hati ini tanpa dia di sisi menyesakkan dada. Membenarkan semua kenangan indah tersimpan difikiran sebagai memori amat memeritkan. Merelakan diri ini terus mengingati dia berarti menutupkan semua rasa. Terbiar, tersisih tanpa khabar berita..dibuang tanpa kata..hati ini kembali lohong. Terima kasih atas segalanya.
 
Hati ini kembali sepi..hanya kerana dia.

Thursday, October 11, 2018

MATI

Sudah lama aku menyimpan luka,
Sudah lama aku memendam rasa,
Hilang sudah sebak hiba..

Salahkah aku? 
Terlalu jujur kah aku?
Zalim kah aku?
Bila aku meluah apa yang terbuku
Setelah kian lama semuanya beku

Maafkan lah aku kiranya bicara itu menggangu lena mu,
Maafkan lah aku kiranya kata itu terlalu keras untuk mu,
Maafkan aku jika aku terlalu..

Hanya kerana kau tidak tahu,
Betapa sulitnya aku..
Menahan segala rasa aku..
Menghitung hari tanpamu..
Mengharap belas kasihmu..

Sesungguhnya kamu..
Ya kamu!
Yang telah berjaya 
Matikan semua perasaan aku.



SUESEPHIA
10-10-2018