Friday, April 2, 2021

Pahitnya Sebuah Kenyataan

Bismillahirrahmanirrahim
Aku tak tahu dari mana nak mula.. Yang pasti kisah aku semakin ke penghujung. Setelah dihamparkan segunung impian, lalu kau ditinggalkan harapan. Untuk aku keluar dari fasa kekusutan ini bukan mudah. 


Sejujurnya, aku dah tamatkan fasa meratap menangis hiba..sayu dan diam seribu bahasa atas apa yang telah terjadi. Aku juga telah tamatkan fasa mengungkit dan berkira,kenapa aku begini..kenapa begitu, kenapa laluan aku begini, kenapa..kenapa dan kenapa? 

Hanya kerana aku ajarkan diriku erti REDHA. Aku ajarkan diri aku untuk kembali tenang setelah badai besar, terima semua takdir yg Allah dah tetapkan untuk aku. Walau aku tiada jalan pintas, aku ambil masa yang agak lama untuk kembali mengenal diri, bangkit mencari diri sendiri yang hilang, cinta yang tak kesampaian dan mengutip semua bintang yang berguguran..tetapi aku tetap bangkit..untuk keluar dari semua kekusutan dan kesakitan masa lalu.

 Jalan yang Dia telah lorongkan untuk aku memang berliku dan penuh duri, tapi Dia memberikan banyak ketabahan dan keberanian untuk aku melangkah walau  tempang. Walau tak segagah dan segah orang lain,tapi aku tetap berjalan dengan cara aku. Memang tidak mewah, tapi aku pastikan aku sentiasa bergerak maju tapak demi tapak, selangkah demi selangkah.. Dengan rahmat dan lindunganNya..aku masih tegak berdiri disini. Terima kasih Allah..kerana sentiasa bersama aku walau aku tak layak untuk semua itu. Walau aku hanya memberi sedikit, tapi sentiasa Kau hadirkan aku dengan banyaknya rahmatMu. Kerdilnya aku dan amalanku jika dibandingkan kasih sayang dan rahmatMu.

Ketahuilah, kepayahan aku untuk keluar dari semua perasaan, impian dan harapan itu. Janganlah paksa aku untuk kembali lagi ke sana,seperti dulu. Adakah hanya kerana aku boleh berdikari dan bergerak sendiri? Adakah hanya kerana aku ini sangat sempurna pada pandangan mata mu? atau apakah sebenarnya yang kau cari dari aku? setelah semua harapan dan impian itu kau runtuhkan.

Jutaan kemaafan aku pohon. Dikali ini.. hati ini telah patah, jiwa ini telah lohong. Katakanlah apa mahu mu, aku sudah menetapkan pendirian dan perjalananku sedari lama selepas aku bangkit dari tidur yang lena..ya, aku tidur dalam impian dan harapanmu. Setelah aku bangkit, aku teruskan semuanya tanpa ragu, tanpa air mata, tanpa keluh kesah...aku berjaya bangkit dengan izinNya.

Cukuplah. Belajarlah untuk terima dan redha. Terimalah kenyataan walau pahit, kerana aku telalh melaluinya dan aku berjaya laluinya. Kau pun pasti akan mampu laluinya..

(suesephia, 30.03.2021)

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...