Tuesday, December 11, 2018

Hanya Kerana Dia

Hanya kerana dia pernah menghuni ruang isi hati ini suatu masa dulu. Dia telah menunjukkan cinta dan sayangnya. Dia juga telah bersusah payah berusaha menggilap kembali hati yang seakan mati….tenggelam dalam kesakitan berpanjangan. Hanya kerana dia yang mampu menunggu dan mempertahankan diri ini suatu masa dulu. Akhirnya ku membiarkan dia bertapak di hati ini walaupun keresahan menunggu.
 
Membiarkan ia terus berada di hati ini tanpa dia di sisi menyesakkan dada. Membenarkan semua kenangan indah tersimpan difikiran sebagai memori amat memeritkan. Merelakan diri ini terus mengingati dia berarti menutupkan semua rasa. Terbiar, tersisih tanpa khabar berita..dibuang tanpa kata..hati ini kembali lohong. Terima kasih atas segalanya.
 
Hati ini kembali sepi..hanya kerana dia.

Thursday, October 11, 2018

MATI

Sudah lama aku menyimpan luka,
Sudah lama aku memendam rasa,
Hilang sudah sebak hiba..

Salahkah aku? 
Terlalu jujur kah aku?
Zalim kah aku?
Bila aku meluah apa yang terbuku
Setelah kian lama semuanya beku

Maafkan lah aku kiranya bicara itu menggangu lena mu,
Maafkan lah aku kiranya kata itu terlalu keras untuk mu,
Maafkan aku jika aku terlalu..

Hanya kerana kau tidak tahu,
Betapa sulitnya aku..
Menahan segala rasa aku..
Menghitung hari tanpamu..
Mengharap belas kasihmu..

Sesungguhnya kamu..
Ya kamu!
Yang telah berjaya 
Matikan semua perasaan aku.



SUESEPHIA
10-10-2018




Kau Tak Akan Tahu

Kau tak pernah tahu betapa hancurnya hati aku..
dan selamanya kau memang tak akan pernah tahu.

Kau tak pernah tahu betapa lukanya perasaan ini..
dan selamanya kau memang tak akan pernah tahu.

Kau tak pernah selami betapa kosongnya jiwa ini..
dan selamanya kau memang tak akan pernah tahu.

Kerana jauhnya jarak kita.. kerana jauhnya hati-hati kita..
dan mungkin kerana sudah tiada sesuatu diantaranya..
 yang dinamakan cinta..

Sehinga itu lah, kau tak akan pernah tahu..



SUESEPHIA
11-10-2018

Monday, June 25, 2018

Aidilfitri 2018

Alhamdulillah,diberi lagi kesempatan menyempurnakan Ramadhan dan Syawal di kali in. Terima kasih Allah..walaupun tidak lengkap sebuah keluarga,namun aku punya sebuah keluarga besar yang penuh berkat dan kasih sayang.

Tak ada apa yang nak diberikan buat keluargaku. Aku korbankan seekor kambing untuk makan bersama di hari raya,alhamdulillah. Kesian abah, adik ipaq, abang dan pakya  berpenat lelah menyiapkannya. Tau..korang semua penat. Moga Allah sahaja memberikan ganjaran pahala buat kamu semua. 


Aku? tak ada kegembiraan buat aku selain dari berkongsi kegembiraan bersama keluarga abang dan adik kerana merekalah bahagia aku. 

Apa yang aku tahu? aku sediakan..persiapkan..hidangkan masakkan yang aku rasakan paling sempurna buat mereka. Hanya lelah aku berikan untuk bahagiakan mereka. Tiada istilah letih untuk beri yang paling terbaik buat mereka..itu lah aku. 

Tak pernah mengharapkan mereka memahami isi hati aku. Tak pernah mengharapkan mereka menghargai aku, cukuplah dengan kasih sayang dan kesudian mereka bersusah payah balik beraya bersama aku,abah dan keluarga di kampung. Itulah bahagia aku.


Tentang dia? usah kau tanya. Aku mengunci mulut dari berkata. Aku diam bukan aku marah. Aku diam bukan aku benci. Aku diam kerana aku telah tiada kata-kata untuk aku luahkan segala². 

Aku kaku kerana masih ada rasa sayang dalam diri aku untuk dia. Aku bisu kerana aku masih menyimpan harapan agar dia memperbaiki kehidupan dan kembali dalam hidup aku seperti dulu. Aku pejamkan mata, kerana aku masih mahu bermimpi dan impikan kisah aku dan dia. 

Aku masih disini begini, walaupun dia begitu. Aku masih sama seperti ini disini, walaupun dia di sana bagaimana. 

Dimanapun kamu, sedang apa pun kamu..aku doakan kau bahagia dengan caramu. Binalah kehidupanmu. Jika sudah tidak perlukan aku, khabarkan agar aku tahu dan tidak lagi menunggu.

suesephia
25/06/2018


Wednesday, January 31, 2018

Hanya Jika Kau Tahu

Jika kau tahu apa yang aku lalui dulu, tentu kau tahu betapa kuatnya aku.

Jika kau tahu apa yang aku rasai dulu, sudah tentu kau kasihankan aku.

Bukan untuk mengharap simpati darimu. Hanya untuk aku khabarkan betapa tabahnya aku jalani hidup sedari dulu..

Itu hanya jika kau tahu..

Hari ini 30 Jan 2018

Januari 2018..
Bulan yang penuh dugaan. Kakak suspect apendiks-warded-abah eksiden motor-luka kaki tak sembuh2 sampai sekarang-abah jatuh! Harini abah jatuh..

Aku tengah tukar baju, nak hantar adik pergi kerja pukul 12. Aku dah janji dengan Ummi nak keluar sekejap sama-sama sambil nak beli barang dapur. Ummi tersalah tekan remote kereta,so alarm bunyi. Abah tidur di sofa,mungkin terkejut. Tapi dia bangkit cepat sangat meluru terus ke pintu depan..dengan kaki sakit dia tu. Mungkin sebab tu abah tetiba pening, memusing dah akhirnya longlai..jatuh. Ummi sempat panggil dan paut kepala abah. Adik aku jerit panggil..'kakkkkk!'. Dari suara tu aku dah tahu,something wrong.

Pantas aku keluar bilik,pandangan aku terus pada ummi dan adik yg memangku abah di muka pintu rumah..Ya Allah. Aku panggil2 abah..mata dia terbuka..hanya bunyi uuh ahh saja yang aku dengar..dia tak bagi respon. 

Aku pandang ummi, aku kata..'pegi hospital.' Kami gosok2 belakang abah...dia kata dia pening. Ya, dia kata..so ada respon. Kami bangkitkan dia duduk..tertunduk,abah nak muntah. Aku nampak keluar muntah warna merah, darah ke?? Ummi kata abah ada makan anggur..ok fine..syukur bukan darah.

Lama juga ambil masa..aku dan ummi urut belakang abah dan leher..lengan semua. Sampailah abah boleh beri tindakbalas biasa..macam biasa..bercakap..bergurau. Ok, kami  lunch sama2. Abah makan sup ikan haruan, supaya luka kaki cepat baik. 

Keadaan abah masih belum baik sepenuhnya. Masih sedikit pening dan tak selesa sehingga sekarang 3.10ptg. Rehat, tidur..Vivie pun sama temankan atok.


Monday, January 29, 2018

Memori

Hari ini 29/1/2018, aku kembali bercerita memori usang sekitar tahun 2003-2007. Waahh..tak sangka semuanya macam video bermain diruang mata.

Satu persatu cerita terbuka, satu per satu rahsia ternyata.. Biarlah, sebab dia juga ummi ku setelah aku kehilangan emak pada April,2014.

Bodohnya aku ketika itu, menelan segala kepayahan yang kau berikan. Satu..satu..hadiah kenangan pahit dalam sejarah hidup aku bermula dari kisah kita. Kau namakan 'kita' tapi kau cipta kisah kau-aku. Tapi, aku masih mengharap kau berubah kerana rasa 'kita' masih wujud dalam diri aku.

Sayang kau kata, tapi kau ubah cerita jadi duka. Cinta kau kata, tapi kau ubah ia jadi dusta. Kehidupan kau kata, tapi entah yang kau cuba bina.

Lantaran duka, sengsara, kepedihan, kesakitan yang semakin berulang demi hari, berganti bulan, berganti tahun..buatkan aku mampu keluar dari kebodohan aku. Aku ingin perbetulkan kehidupan aku. Lorong jalan hidup ciptaan 'kita' itu terlalu asing buat aku! Aku perlu pandu arah lorong yang cerah, bukannya menanti sendiri dalam kegelapan.

2007 tahun aku mula melangkah jauh dari 'kita'. Aku keluar dari hidup yang asing itu, aku keluar dari kebodohan aku, aku terbang jauh dari sengsara itu.

Ya, aku mampu berubah. Aku tekad, kuatkan hati dan semangat berjuang sendirian. Hingga aku mampu berdiri seperti aku sekarang. Aku mampu bangga dengan apa yang aku miliki walaupun hanya kecil dari pandangan mata orang, tapi itulah kejayaan terbesar aku. Aku yakin Allah masih sayangkan aku dan mahu aku berubah demi masa depan aku dan anak.

Kau? aku dah maafkan. Kau jalanlah terus dengan kehidupan, binalah impian kau bersama dia. Dia yang pernah hadir antara 'kita' dulu kan? Ada yang ingin aku khabarkan pada kau, aku tak pernah menyesal menjadi sebahagian hidup kau, aku mampu menjadi apa yang aku ada sekarang kerana semangat dan hati aku yang keras, sebagaimana setelah 'kita' berubah menjadi kau-aku. Aku bahagia menjadi aku.

Monday, January 22, 2018

SAYANG ABAH

Assalamualaikum..Januari 22,2018. Anak dah balik dari Hospital KB..alhamdulillah. Hampir 2 hari di wad,akhirnya boleh balik. Terasa badan letih sangat, memang dah plan nak tido awal. Jadi, pukul 9.30mlm terus masuk bilik dengan anak..on aircond..bawak beetenang dan kroh..kroohh.. dengkuran itu memang sinonim dengan aku.

Dalam pukul 10.30mlm, ternampak bayang orang masuk ke bilik tergesa-gesa sambil bagitau, 'kak, abah eksiden..ada motor lain langgar. Kaki luka..lengan luka'. 

Allahuakbar..automatik badan ringan bangkit melayang terus ke pintu depan, mata melilau cari abah..takda. Dalam kelam kabut boleh kau xnampak abah yang tgh basuh kaki, yang penuh darah. 

Ok,satu luka di betis nampak  agak dalam dan berlubang..entah kena apa tak sempat nak fikir. Sisi jari ibu kaki pun ada jugak luka besar dan di lengan kesan geser ke jalan tar..kesiannya abah..sarat mata menakung air ok..😢

Paksa abah..'jom g hospital'. Tak tunggu abah jawab ya pun..terus salin baju..sauk tudung ntah hapa-hapa..pakai jaket..capai kunci kereta. Terus p angkat tangan abah..g kat kereta. Tak mau dengar alasan ok..itu sebab tangan cepat jalan.

Sampai di KECEMASAN, depa cuci luka..balik..tapi kesian abah. Alhamdulillah cuti lulus 3hari utk jaga semua pesakit di rumah..abah dan kakak. Tapi kakak dah sihat banyak alhamdulillah. 

Cuma abah lukanya kena cuci setiap hari. So far Klinik Muhaimin kat Tumpat tu memang terbaik. Doktor memang teliti masa cuci luka ok..semua dia korek dan hiris buang kalau ada sel kulit mati. Dia cucuk bius, dia lap darah..basuh dengan iodin dan banyak lagi dia buat.

Aku? aku memang tengok dengan teliti jugak apa doktor buat dan aku pun cuba tenangkan abah. Masalahnya bila lama2, rasanya perut aku ada kumbang dok terbang2 pastu langgar dinding perut..lepas tu muka jadi panas..makin lama makin naik nak sampai ujung rambut. Ok,aku minta diri nak duduk di kerusi tepi katil abah, takut terpitam huwaaaa. Apa jenis manusia la ni..itu sebab lah tak dilahirkan sebagai seorang doktor barangkali. 

Cepat baik hendaknya luka Abah. Ya Allah sembuhkanlah Abah..abah yang selalu ada sebagai sokongan disaat aku jatuh atau bangun sekarang ni selepas pemergian mak. Pincang aku sebenarnya tanpa abah..tapi aku cuba.


 

Wednesday, January 17, 2018

Aku Cuma Ada Dia

16-01-2007 lahirlah seorang putri, alhamdulillah..bakal kesayangan mamy. Hari ini 16-01-2018 genap usia 11tahun. 

Dari semalam kakak sakit perut, mamy tak tahu nak kata apa. Mamy ingatkan kakak xmakan nasi seharian di sekolah..pok pek mamy merepek. Sakit perut kalini lain macam..mencucuk cucuk katanya. 

Jam 2.30ptg mamy bawa ke Klinik Muhaimin, tapi Dr. refer ke Hospital Tumpat. Sebaik saja sampai, ambik sampel darah..sampel urine..masuk drip dan xray. Kegusaran mamy tak boleh nak sorok lagi..telinga menangkap ja kata-kata Dr. tapi pasrah.

Jam 5ptg, Dr. keluarkan surat utk refer ke HRPZ II di Kota Bharu..allahuakbar. Redhakan saja..suspect apendik. Rasa berdosa pulak seorang ibu, apa makanan yang hidangkan utk anak hingga kena apendiks? tak sempat nak fikir. 

Tinggalkan kunci kereta pada abah, ambil apa yg patut dalam kereta,tisu basah, tisu, botol air..selipar terus gerak naik ambulan temankan kakak. Kita pergi sama-sama,jangan bimbang mamy ada..

Sebaik saja sampai di hospital..Wad Anggerik,Bed 17. 

Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah urusan anak ku. Jadikanlah semua yang terbaik untuk dia Ya Allah. Aku cuma ada dia..😔

Saturday, January 13, 2018

13 JANUARI 2018


Assalamualaikum..
 Hari ke 13 bagi bulan Januari tahun 2018.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyaksikan kebesaranNya. 
Masih melangkah dengan penuh semangat walaupun adakalanya goyah..
Masih mampu tersenyum walau adakalanya pahit..

Hidup harus punya harapan bukan?
Agar kita tidak pernah lelah..
agar kita tidak pernah mengalah...




Redup

Tiada sang suria
Awan bertambah kelam
Redup...
Langit bakal menangis

Redup mata
Menyimpan seribu duka
Menyorok segala rasa
Bukan tak cinta
Tapi hati masih meronta.

Redup hati
Jauh di sudut
Ada yang terperuk meringkuk
Bukan tiada lagi rindu
Cuma hati hilang mampu

Redup..
Semuanya seakan redup
Saat langit menangis..
mata dan hati ini turut menangis.. 

Thursday, January 11, 2018

Mengharap..Berharap

Allahuakbar..
Hmm..mengeluh bukan caranya. Mengenang kembali cerita lama juga bukan jalannya. Mengharap pada kisah dan harapan lama juga tiada kesudahannya.
 

Menghabiskan ruang kalut hidup yang kau hadap saat ini adalah realiti. Hadapi dengan penuh tabah hati. Jaga diri, jaga hati..awasi segala ruang sempit yang masih kosong belum terisi,agar kau mampu tenang menghadapi hari-hari sukar mu.. Agar kau mampu menepis segala tohmahan yang bakal mengundang. Ingatlah pada Yang Satu, supaya tidak pernah lari dari landasan kebenaranNya.

Sesungguhnya dugaan datang lagi..tapi kau masih disini, tanpa sesiapa disisi.

Wednesday, January 10, 2018

Pergi Lagi

Alhamdulillah..sekian kalinya anak-anak bertukar tangan. Moga ada rezeki yang lebih baik bersama tuan yang baru insyaAllah, mamy doakan.
Terima kasih menjadi anak-anak yang baik untuk mamy dan tok ya.

Susah jugak nak dapatkan buyer dalam kampung jadi mami terus tolak pada pemborong,depa dah ada pasaran, depa tolong jualkan lah nanti. 

 Tapi kan..bila menternak ni,ada satu perasaan bila dah lepaskan anak-anak. Terutamanya,bila ada anak yang pandai ambik hati kita. 

Contohnya, kalau kita p dekat..dia tarik kain/seluar, kalau kita peluk atau usap2 kepala, dia sondol-sondol atau cium tangan kita. Ada jugak yang gelang mamy pun nak dimakannya, tak sudah ngan gelang kadang rambut pony tail mamy pun kena tarik.

Itulah bahagia bila menternak, kenangan tu ada..kenangan manis. Kenangan pahit, kalau adanya kehilangan..huhu beratnya kaki nak naik tangga kandang,Allah saja yang tahu.

Kalau berpindah tangan..jual takpa. Rasa teringat tu sekejap ja sebab tau bakal ada tuan yg lebih baik..insyaAllah. Kalau korang ada plan nak menternak,boleh cuba ternak kambing..seronok tau..walaupun ada bau haha. Selamat menternak wahai sahabat-sahabat..

Pasar Besar Tumpat

Assalamualaikum semua..
Wow..pasar besar Tumpat dah pindah. Dulu dalam bandar Tumpat, agak padat bila bangunannya di tengah-tengah bandar Tumpat yang kecik tu. Time cuti sekolah ke raya ke dia punya jem tu wallaahhh..meriah wey..
Pasar Lama Tumpat

Mula 1 Jan 2018, semua penjual dah mula pindahkan barang dan mula meniaga di bangunan baru di Bandar Baru Tumpat. 

Bila bangunan baru ni, dia punya meriah tu lain macam betul. Maklumlah orang jauh pun nak tengok perubahan pasar, termasuk lah aku sekali..orang yang dekat haha. Tambahan harini hari Jumaat..ramai betul yg ambik kesempatan nak melawat pasar baru. Ambik kauu..dia punya ramai tu..memang tak dapat digambarkan dengan kata2, oh poyonya ayat haha. Takmau lah gebang banyak,meh tengok ni ha..


Apa-apa pun, moga perubahan ini memberikan satu perkembangan yg amat positif bagi warga Tumpat khususnya..yeah!

Anak-anak perantau Tumpat, balik kampung nanti pakat serbu pasar Tumpat yang baru okay!


Wednesday, January 3, 2018

Kau Mampu Bahagia

Bila kau baca balik semua emel lama yang kau tulis..curahan hati tulus ikhlas dari dalam hati kau pada seseorang yang kau sayang. 

Bila kau dapat rasakan yang kau  mengharap pada sesuatu yang mungkin bukan ditakdirkan selamanya milik kau.

Bila kau rasa sangat hampa dengan semua kejadian-kejadian yang telah kau lalui dalam hidup kau..

Bila kau rasakan bahagia hanya milik mereka-mereka yang terpilih dan bukannya kau..dan terasa jauhnya kau dari bahagia seperti mereka.

Bila kau rasa rendah diri..berjauh hati..hiba dah luluh hati kau, berbaliklah pada Dia. Dia Maha Mengetahui apa yang telah Dia takdirkan untuk kau. Sujud dan mengadulah kepada Dia. 

Ciptalah bahagia dengan insan yang masih Dia berikan untuk sentiasa ada disamping kau hingga saat ini. Itulah bahagia yang kau cari..ciptalah bahagia itu..kau mampu..

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...