Saturday, August 19, 2017

Wad Melati 19082017

Katil 30
Seorang pakcik yang mampu berdikari. Makan..minum..pergi tandas..basuh bekas makanan sendiri. Nampak happy.. alhamdulillah. Cuma aku dengar-dengar darah tinggi dan kencing manis tak stabil,asyik turun naik. Moga pakcik cepat baik ya..boleh keluar dari wad dan bersama anak isteri di rumah.

Katil 29
Seorang pakcik yang aku dengar-dengar ada kanser hidung. Dah lama, dari berat 90 sekarang tinggal 50. Tak boleh makan dan minum..susu pun tak boleh nak telan, katanya berlendir dalam mulut dan tekak. Semoga Allah permudahkan urusan pakcik. Nasib baik, makcik ada dan sihat menguruskan pakcik. Kurang sikit rasa sakit dia bila ada orang yang dia sayang ada bersama dia kan..rasa selesa mungkin. Cepat baik ya pakcik,moga mudah pakcik makan dan minum, bertambah selera makan dan cepat sembuh.

Katil 25
Seorang anak muda yang terikat di katil hospital. Terikatnya bukan kerana dia tak sedar atau meracau, tapi kerana dia adalah seorang banduan. Sayangnya usia muda..banyak yang boleh dia capai dah raih. Tak tahu kenapa dan mengapa, ada kesan bengkak besar di mata..macam kena sengatan serangga. Dari pagi tadi dia minta nurse tolong call nombor HP yang diberi tapi tiada berjawab. Siapa pun dia, aku doakan cepat sembuh dan keluar dari masalah yang dia hadapi. 

Katil 26
Seorang anak muda yang masuk wad pagi tadi..kemalangan motor kata ibunya. Mulutnya ternganga tak bisa ditutup..kerana rahangnya retak dan pecah..Allahuakbar kesiannya. Makan minum pun semua keluar balik dari mulut..meleleh. Ibu yang bersusah payah menjaga..menguruskan anak yang sakit. Bahagia si ibu dapat mengurangkan beban kesakitan anak, bahagia si anak bila ada ibu disamping. Moga lekas sihat wahai si anak, dapat jaga ibu pula nanti.

Ya Allah baru aku tahu..apa erti kesetiaan dan kasih sayang. Kesihatan yang Kau kurniakan, dapat kita guna untuk membahagiakan insan lain. Setiap apa yang Kau cipta, pasti ada fungsi dan manfaatnya seperti rahang..baru aku tahu payahnya tanpa rahang. 

Sesungguhnya banyak menyedarkan aku bila banyak memerhati hari ini.
Aku yang kadang hilang jauh dari radar Mu ya Allah..lalai dengan suruhan Mu.. Ampunkan aku Ya Allah, jangan buang aku dari pelukan kasih sayang dan rahmat Mu. Amin.
Salam sayang 😔

Tragedi Ogos 2017

Assalamualaikum. 
Ya Allah..permudahkanlah urusan semua insan-insan tersayang yang sedang dalam kepayahan..janganlah Kau persulitkan..amin.

Pakya punya date untuk admit HRPZ KB memang dah set on 19/8, lepas tu 20/8 pagi operate. Because he is deaf mute (pekak dan bisu), maka operate utk buang katarak mata dan manik mata terpaksalah dia dibius penuh. Maka itu, kena warded. Akulah penunggu yang bertanggungjawab jadi jurubahasa nanti. Semoga Allah jaga Pakya. Mungkin Allah pertanggungjawabkan dia untuk aku supaya dapat mengajar aku erti bersyukur, dengan kesihatan yg Allah beri, kebahagiaan yang dirasai, keselesaan dan mungkin juga utk tanam rasa tanggungjawab yang lebih tinggi dalam diri aku. Alhamdulillah..



Dalam dok prepare utk pergi hospital esok. Sekitar jam 9malam Paksu pulak dapat serangan jantung. Aku dah tak boleh duduk diam dalam rumah..bagitau abah, capai kunci kereta terus keluar dengan abah. Nasib baik ambulan belum jalan lagi,sempat tengok paksu. Esok nanti, kak follow up paksu di KB. Malam tadi, paksu di wad ICU 😢


Walau siapa pun mereka, apa pun mereka..kami semua bersaudara. Mereka lebih tua, dan berhak dihormati..disayangi..dan dilayan dengan penuh kasih sayang. Aku pun bukan bagus sangat, tapi aku selalu cuba nak bahagiakan semua insan yang sayang aku setakat kemampuan aku..aku cuba. Semoga Allah berikan kesihatan dan kesabaran utk aku tempuh sepanjang hidup mendatang nanti. Salam sayang.

Sunday, August 13, 2017

Something Wrong Somewhere

Assalamualaikum..
Ogos 2017 will be the busiest and hopefully the productive month for me..insya Allah. Mana taknya..every date tu sentiasa ada event atau tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Kadang saja nak cari sibuk supaya boleh aktif dan lupakan perkara-perkara yang tak penting.

Ok..ni nak bebel yang tarikh bermain di kepala, terasa macam tak boleh nak catch up semua:

3/8 - Rehearsal Festival Citrawarna Siam Kelantan 2017. Kena pi ambik video ya untuk masukkan dalam antara aktiviti kesenian dan kebudayaan masyarakat siam Kelantan terutamanya.

4/8 - Festival Citrawarna Siam Kelantan 2017, 8mlm-12malam 😴. Jurugambar dan video juga untuk program Tribute untuk Mendiang Pak Siri Neng Buah (arahan SKMM)


7/8 - taklimat Klik Dengan Bijak dan Erezeki di KIAS.

11/8 - shooting video jugak di majlis perasmian kedai baru Maggi Sotong Dalam Rhu dan Nasi Kerabu Kambing Bakar wowweee..pukul 7.30-8.30pagi yaaa.
3ptg - taklimat Erezeki di PI1M Palekbang.

12/8 - Program Dashboard Day PI1m KgTerbok,dengan kehadiran 50peserta, 25download aplikasi baru, 20 pemeriksaan kesihatan. Dan juga taklimat Erezeki 😰.


18/8 - Pendaftaran peserta Erezeki. Program diterajui oleh MDEC dibawah naungan KKMM


19-20/8 - Pakya..pak saudaraku yang 'deaf mute' dalam bahasa perubatan. Tapi dalam bahasa kita..pekak dan bisu kena buang katarak dalam mata dia..sebab mata kiri almost tak nampak. So,akulah pewaris yang kena tandatangan dan berada di Hospital sepanjang dia dibius penuh dan operate. Apa-apa memang doktor akan refer aku sebab pakya tak boleh bercakap dan mendengar..eh berapa kali nak ulang 😂. Doa aku agar pakya sihat dan takda komplikasi ubat bius atau apa-apa nanti. Yang sebenarnya,aku banyak risau tambah-tambah sebab faktor umur..dah 72tahun. Semoga Allah menjaga mu pakya..amin 😢


26/8 - Adik bongsu aku grad di USIM, Nilai, aii ke nogori sembilan neh haaa nanti. Bayangkan nak kena travel ke Nilai dan seminggu lepas tu Raya Haji ya kawan-kawan. 

Doakan perjalanan semua program dan aktiviti ni semua ya. Moga-moga Allah beri kesihatan dan kelapangan untuk laksanakan semua tugas ni dengan niat ibadah. 

Tapi meh nak cerita, dalam sibuk-sibuk tadi tu, aku dapat emel yang mencairkan hati dan perasaanku..addoiih. Ni bukan emel putus cinta..ni emel dari Hq. Kisahnya masih menjadi tandatanya. Mana satu..ku jadi keliru..aku makin keliruuu ok boh selagu ehhh 😂😂. Tensi mak nakk dengan emel tu. Takpa lah..teruskan usaha..bersangka baik..tapi kan mencikkkkk sangat. Oklah,panjang pulak bebel..boleh dah nak berhenti ni. Salam sayang..😘


Tapi..as usual..
#marahakutaklama

Saturday, August 5, 2017

Sandwich oh sandwich

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat oder untuk buat sandwich 100set 4/8 haritu. 

Maka behempas pulas menyiapkan. Yoiu know what, start pukul 1tgh sampai pukul 5.45ptg..punya la lembab haha . Nasib baiklah,ada partner yang sudi meringankan beban..tengkiuuu sooo much ABAH. Yea..my jantung pisang kiki.. Abah mai ja, dia potong tepi roti..letak butter. Tinggal nak masuk ke proses seterusnya. Susun roti - letak tuna yg dah di masak elok - timun dan salad ,salad pun nak kena susun ikut seni salad okay supaya nampak cantik bila potong 😂 - bila dah boh salad - potong bentuk X-alaskan dengan doll paper ke apa nama dia - susun sandwich hokay nanti jadi macam neh haaa 👇



Alhamdulillah..selesai 100set sandwich. Letih tapi bersyukur. Rezeki Allah beri..


Friday, August 4, 2017

Citrawarna Siam Kelantan 2017 Rehearsal

Assalamualaikum..
Wow..kali ni mengenal erti kecewa dengan berharap pada manusia kesekian kalinya. Terima kasih pada insan-insan yang hadir dan mengajar aku erti persahabatan, kasih sayang, pengorbanan masa dan tenaga.

Betul-betul belajar dari kesilapan kali ni. Ok, don't try me..if you pull me down, i'll get up more motivated than before. Takpa lah..you all tak ada, Allah ada. I will try my level best to achieve what i want..and complete it by myself.

Layan rehearsal untuk program esok 4 Ogos 2017 dan semoga program berjalan lancar. Wish all the best for Persatuan Wanita Siam Kelantan.




Wednesday, August 2, 2017

Lamanyaaaa..

Assalamualaikum..Lama sangat tak kembali ke sini. Banyak yang ingin dicerita tapi ada saja kekangan dan alasan. Dah lama tak meluahkan segala isi perut eh..isi hati dan perasaan. Salam sayang 😘


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking