Saturday, August 19, 2017

Wad Melati 19082017

Katil 30
Seorang pakcik yang mampu berdikari. Makan..minum..pergi tandas..basuh bekas makanan sendiri. Nampak happy.. alhamdulillah. Cuma aku dengar-dengar darah tinggi dan kencing manis tak stabil,asyik turun naik. Moga pakcik cepat baik ya..boleh keluar dari wad dan bersama anak isteri di rumah.

Katil 29
Seorang pakcik yang aku dengar-dengar ada kanser hidung. Dah lama, dari berat 90 sekarang tinggal 50. Tak boleh makan dan minum..susu pun tak boleh nak telan, katanya berlendir dalam mulut dan tekak. Semoga Allah permudahkan urusan pakcik. Nasib baik, makcik ada dan sihat menguruskan pakcik. Kurang sikit rasa sakit dia bila ada orang yang dia sayang ada bersama dia kan..rasa selesa mungkin. Cepat baik ya pakcik,moga mudah pakcik makan dan minum, bertambah selera makan dan cepat sembuh.

Katil 28
Seorang pakcik yang sebelah pipinya dah berubah kerana dimakan kanser juga. Mata yang semakin kabur. Tiap hari mengikuti kemotrapi dan radioterapi. Allahuakbar..tabahnya dia melawan penyakit. Setianya isteri sentiasa bersama. Lepas mandi, disiapkan pakaian,selesai menyarung baju..air susu siap terhidang di meja.

Katil 25
Seorang anak muda yang terikat di katil hospital. Terikatnya bukan kerana dia tak sedar atau meracau, tapi kerana dia adalah seorang banduan. Sayangnya usia muda..banyak yang boleh dia capai dah raih. Tak tahu kenapa dan mengapa, ada kesan bengkak besar di mata..macam kena sengatan serangga. Dari pagi tadi dia minta nurse tolong call nombor HP yang diberi tapi tiada berjawab. Siapa pun dia, aku doakan cepat sembuh dan keluar dari masalah yang dia hadapi. 

Katil 26
Seorang anak muda yang masuk wad pagi tadi..kemalangan motor kata ibunya. Mulutnya ternganga tak bisa ditutup..kerana rahangnya retak dan pecah..Allahuakbar kesiannya. Makan minum pun semua keluar balik dari mulut..meleleh. Ibu yang bersusah payah menjaga..menguruskan anak yang sakit. Bahagia si ibu dapat mengurangkan beban kesakitan anak, bahagia si anak bila ada ibu disamping. Moga lekas sihat wahai si anak, dapat jaga ibu pula nanti.

Ya Allah baru aku tahu..apa erti kesetiaan dan kasih sayang. Kesihatan yang Kau kurniakan, dapat kita guna untuk membahagiakan insan lain. Setiap apa yang Kau cipta, pasti ada fungsi dan manfaatnya seperti rahang..baru aku tahu payahnya tanpa rahang. 

Sesungguhnya banyak menyedarkan aku bila banyak memerhati hari ini.
Aku yang kadang hilang jauh dari radar Mu ya Allah..lalai dengan suruhan Mu.. Ampunkan aku Ya Allah, jangan buang aku dari pelukan kasih sayang dan rahmat Mu. Amin.
Salam sayang 😔

4 comments:

  1. ya Allah.semoga dimudahkan segalanya..amin

    ReplyDelete
  2. Memang menginsafkan bila diperati org2 yg Ada Di wad

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rasa sangat bersyukur dengan semua pemberian Allah.

      Delete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...