Thursday, September 30, 2010

Siapa ni?

Salam...
Walllaaa.. dari pagi sampai ke petang ada Program luar bersama Pusat Dalam Komuniti dan KEMAS. Lepas tu petang pulak ada emergency bergegas ke satu tempat lain.. Tengah2 dok syok memandu ada call dari nombor yang tak dikenali. Suara dihujung talian tu lembut jerrr didengar. Sue namakan pemanggil di talian tu ABC.

ABC : Hello Assalamualaikum...siapa ni?

Sue : Waalaikumussalam...errr ini siapa yea? (Sue ni memang cukup rasa tak besh kalau ada org call then tanya pulak kita sapa?.. mmm u should know who you called right???. Tapi jawab dengan sopan jugak kekeke..)

ABC : Takda la...akak nampak nombor adik ni dalam HP suami akak.
(at this moment..berderau darah aku..SIAPA NI?????)
Tu yang akak nak tanya kalau2 suami akak ni ada call @ sms adik sebab dia ni memang suka main2 ngan sms ni. Dah berapa kali akak nasihat tapi memang dah perangai dia macam tuuu...

Sue : Errrr...siapa nama suami akak yea?
Mungkin ada call saya tanya tentang kerja atau pun ada urusan rasmi.. sebab saya pun isteri orang jadi saya pun takda lah terima call atau sms daripada orang lain..

ABC : Errr..no dia 019934####.
Sebab dia ada save nombor adik ni tapi 'tak bernama'.

Sue : OOoo iya ke. Minta maaf lah kak.. Saya pun tak pernah ingat nombor tu siapa yang punya. Mungkin suami akak tu call saya sebab ada urusan kot.. setakat tu je lah. Sebab saya pun tak ada save nombor yang akak sebut tadi..
(Demi Allah..Sue tak pernah pulak dengar nombor yang akak tu sebut tu.. Balik pejabat tadi, dah geledah semua contact number dalam HP..xda nombor yang seiras dengan nombor laki akak tu..huhu.


ABC : Takpe lah dik.. kalau macam tu. Terima kasih je lah. Akak pun minta maaf..saja je nak tau sapa empunya nombor ni, itu je. Terima kasih ya..Assalamualaikum....

Sue : Mmmm..xpe kak. Waalaikumussalam..

Adduhai..menggelabah tak ingat dah Sue ni bila kena terjah macam ni. Bukannya apa... dah memang tak tahu sapa laki akak tu nak buat camana. Lagipun dah check dah dalam contact list..memang xda..& tak tahu sapa..nak buat camana.

Cumaaaa....sue minta maaf sebab terpaksa tipu sue ni bini orang..hehe.
Ada sebabnya...bukan sengaja nak menipu. Kalau2 bagitau sue ni 'J'.. rasanya akak ni akan naik hangin satu badan huhuhu. Tak semua wanita yang berstatus 'J' tu jahat kak.....
Minta maaf... :)

Saturday, September 25, 2010

Maaf Vs Sorry

Salam..
Hmm..bila sebut 'sorry'.. nampak sesuatu benda tu macam remeh je kan? Tapi kenapa bila sebut maaf..kita nampak sesuatu perkara seolah-olah macam besar.. that's the magic of word. Tapi itu apa yang sue rasa lah.. kalau org putih tu lain la..hahaha. Anyway..setiap org ada pendapat masing2.. Ada maaf yang tak terucap buat seseorang.. meronta2 dalam jiwa yang perlu diluahkan supaya tak menjadi beban..

(gambar dari en Google)



'Maafkan aku
Bila mana aku tak berjaya..

membuang jauh ingatan itu..
Melempar pergi bayang senyum itu..
Menghanyutkan kenangan istimewa itu..
Seolah semua baru aku temui..
Seolah semuanya baru aku lalui...

Bukan mengungkit kisah lama..
Cuma mahu menutup luka..
Luka yang aku sendiri bina..
Diatas kebodohan aku..

Maafkan aku..
Zahirnya aku telah lama menyisihkan mu
Kebenarannya aku tidak pernah membuang jauh dirimu..

Maafkan aku..
Aku menyimpan dirimu jauh tersudut hati aku..
Takkan siapa tahu dimana tempat itu
Takkan siapa tahu dirimu disitu..
Takkan siapa dapat melihat dirimu..

Sehingga saat itu..
Tak akan siapa jua pernah merasakan tulus cinta aku..
Sepertimana aku mencintai diri mu dulu..
Maafkan aku... '

Sunday, September 19, 2010

Sufe Boutique

Salam sahabat2...
Dah menjadi impian dari dulu nak buka sebuah butik.

Namun impian tinggal kenangan... Biarlah, mungkin ada rahmat disebalik segala pemberian Allah kan...terima je dengan hati terbuka. Kebelakangan ni..rasanya impian tu semakin bersinar. Macam ada harapan yang semakin menjengah..InsyaAllah dengan izinNya. Semoga segalanya berjalan lancar. Munculnya blog Sufe Boutique merubah segala-galanya.


Sue dah lengkapi dengan pelbagai product dalam blog ni dengan hasil dari kerjatangan sue sendiri dan juga produk2 pilihan sue (harap2 tak syok sendiri) ehehe. Alhamdulillah..ada sambutan sebelum ni.. jadi tak salah kalau sue luaskan sikit apa yang ada dengan harapan ia akan lebih diketahui umum nanti kan...

Hmmm.. pada sahabat2 yang ber FB..tu lawatlah Sufe Boutique Fans nanti ya.. terima kasih di atas support kawan2 yang telah menjadi customer sue sebelum ni.

Thanks for everything...!

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk semua sahabat2 alam maya....

Minta maaf lama menyepi..Sue sibuk menyiapkan tempahan biskut raya hehe.. Tak sempat nak menulis entry baru.. banyak cerita yang sue nak share tapi tak berkesempatan. InsyaAllah.. lepas ni akan kembali aktif berblogging macam dulu.. Banyak cerita2 lama & cerita2 raya yang nak di post dalam blog..hmmm nantikan kemunculannya. Jangan jemu nak membaca sudah la.. hehe.

Oklah..apa apa pun, sue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & batin.


Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...