Thursday, September 30, 2010

Siapa ni?

Salam...
Walllaaa.. dari pagi sampai ke petang ada Program luar bersama Pusat Dalam Komuniti dan KEMAS. Lepas tu petang pulak ada emergency bergegas ke satu tempat lain.. Tengah2 dok syok memandu ada call dari nombor yang tak dikenali. Suara dihujung talian tu lembut jerrr didengar. Sue namakan pemanggil di talian tu ABC.

ABC : Hello Assalamualaikum...siapa ni?

Sue : Waalaikumussalam...errr ini siapa yea? (Sue ni memang cukup rasa tak besh kalau ada org call then tanya pulak kita sapa?.. mmm u should know who you called right???. Tapi jawab dengan sopan jugak kekeke..)

ABC : Takda la...akak nampak nombor adik ni dalam HP suami akak.
(at this moment..berderau darah aku..SIAPA NI?????)
Tu yang akak nak tanya kalau2 suami akak ni ada call @ sms adik sebab dia ni memang suka main2 ngan sms ni. Dah berapa kali akak nasihat tapi memang dah perangai dia macam tuuu...

Sue : Errrr...siapa nama suami akak yea?
Mungkin ada call saya tanya tentang kerja atau pun ada urusan rasmi.. sebab saya pun isteri orang jadi saya pun takda lah terima call atau sms daripada orang lain..

ABC : Errr..no dia 019934####.
Sebab dia ada save nombor adik ni tapi 'tak bernama'.

Sue : OOoo iya ke. Minta maaf lah kak.. Saya pun tak pernah ingat nombor tu siapa yang punya. Mungkin suami akak tu call saya sebab ada urusan kot.. setakat tu je lah. Sebab saya pun tak ada save nombor yang akak sebut tadi..
(Demi Allah..Sue tak pernah pulak dengar nombor yang akak tu sebut tu.. Balik pejabat tadi, dah geledah semua contact number dalam HP..xda nombor yang seiras dengan nombor laki akak tu..huhu.


ABC : Takpe lah dik.. kalau macam tu. Terima kasih je lah. Akak pun minta maaf..saja je nak tau sapa empunya nombor ni, itu je. Terima kasih ya..Assalamualaikum....

Sue : Mmmm..xpe kak. Waalaikumussalam..

Adduhai..menggelabah tak ingat dah Sue ni bila kena terjah macam ni. Bukannya apa... dah memang tak tahu sapa laki akak tu nak buat camana. Lagipun dah check dah dalam contact list..memang xda..& tak tahu sapa..nak buat camana.

Cumaaaa....sue minta maaf sebab terpaksa tipu sue ni bini orang..hehe.
Ada sebabnya...bukan sengaja nak menipu. Kalau2 bagitau sue ni 'J'.. rasanya akak ni akan naik hangin satu badan huhuhu. Tak semua wanita yang berstatus 'J' tu jahat kak.....
Minta maaf... :)

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...