Friday, April 2, 2021

Pahitnya Sebuah Kenyataan

Bismillahirrahmanirrahim
Aku tak tahu dari mana nak mula.. Yang pasti kisah aku semakin ke penghujung. Setelah dihamparkan segunung impian, lalu kau ditinggalkan harapan. Untuk aku keluar dari fasa kekusutan ini bukan mudah. 


Sejujurnya, aku dah tamatkan fasa meratap menangis hiba..sayu dan diam seribu bahasa atas apa yang telah terjadi. Aku juga telah tamatkan fasa mengungkit dan berkira,kenapa aku begini..kenapa begitu, kenapa laluan aku begini, kenapa..kenapa dan kenapa? 

Hanya kerana aku ajarkan diriku erti REDHA. Aku ajarkan diri aku untuk kembali tenang setelah badai besar, terima semua takdir yg Allah dah tetapkan untuk aku. Walau aku tiada jalan pintas, aku ambil masa yang agak lama untuk kembali mengenal diri, bangkit mencari diri sendiri yang hilang, cinta yang tak kesampaian dan mengutip semua bintang yang berguguran..tetapi aku tetap bangkit..untuk keluar dari semua kekusutan dan kesakitan masa lalu.

 Jalan yang Dia telah lorongkan untuk aku memang berliku dan penuh duri, tapi Dia memberikan banyak ketabahan dan keberanian untuk aku melangkah walau  tempang. Walau tak segagah dan segah orang lain,tapi aku tetap berjalan dengan cara aku. Memang tidak mewah, tapi aku pastikan aku sentiasa bergerak maju tapak demi tapak, selangkah demi selangkah.. Dengan rahmat dan lindunganNya..aku masih tegak berdiri disini. Terima kasih Allah..kerana sentiasa bersama aku walau aku tak layak untuk semua itu. Walau aku hanya memberi sedikit, tapi sentiasa Kau hadirkan aku dengan banyaknya rahmatMu. Kerdilnya aku dan amalanku jika dibandingkan kasih sayang dan rahmatMu.

Ketahuilah, kepayahan aku untuk keluar dari semua perasaan, impian dan harapan itu. Janganlah paksa aku untuk kembali lagi ke sana,seperti dulu. Adakah hanya kerana aku boleh berdikari dan bergerak sendiri? Adakah hanya kerana aku ini sangat sempurna pada pandangan mata mu? atau apakah sebenarnya yang kau cari dari aku? setelah semua harapan dan impian itu kau runtuhkan.

Jutaan kemaafan aku pohon. Dikali ini.. hati ini telah patah, jiwa ini telah lohong. Katakanlah apa mahu mu, aku sudah menetapkan pendirian dan perjalananku sedari lama selepas aku bangkit dari tidur yang lena..ya, aku tidur dalam impian dan harapanmu. Setelah aku bangkit, aku teruskan semuanya tanpa ragu, tanpa air mata, tanpa keluh kesah...aku berjaya bangkit dengan izinNya.

Cukuplah. Belajarlah untuk terima dan redha. Terimalah kenyataan walau pahit, kerana aku telalh melaluinya dan aku berjaya laluinya. Kau pun pasti akan mampu laluinya..

(suesephia, 30.03.2021)

Klinik Gigi

Bismillahirrahmanirrahim

Mengisahkan pasal gigi anak ni, Ya Allah risaunya bukan main. Asalnya ke klinik kerajaan nak dapatkan rawatan untuk braces sebab gigi atas dia memang kedepan dalam 4mm gitu. So, ikutlah rawatan dan temujanji berbulan bulan,rasanya lebih setahun sebab dari masa cuti lepas anak UPSR sampai dia naik Tingkatan 2. 

Accidently pada satu hari sebelum temujanji pakar, doktor nak buat kemasan so dia baiki semua tampalan lama dan buat tampalan baru pada 4 tempat yang memang tak sakit termasuk gigi depan rabbit dia.

Esok ja,anak mengadu gigi depan dia sakit. Minta anak bertahan la sebab baru buat,sekali bengkak macam mulut ikan muncung sebab gusi dia bengkak. Pergi klinik balik, tiba² Doktor kata gigi tu dah goyang..gigi dah mati..dan kena buat rawatan akar. APA? sebelum ni tampalan tu ok ja..kenapa lepas dia buat jadi macam tu??? Doktor kata gigi tu dah lama rosak, padahal selama yang kami dok p rawatan di klinik  takda siapa sebut pun yg gigi depan tu dah rosak.

Korang bayangkan gigi depan, anak perempuan..boleh ke mak dia duduk relaks ja? Perasaan tu xpayah cerita la, nak marah pun ya..kecik hati pun ya walaupun xpatut rasa macam tu. Cuma kesian kat anak. Doktor boleh pulak cakap..gigi dah jadi gini,macamana la nak pakai braces depan muka anak lagi. So, apa perasaan budak umur 14tahun dengar ayat macam ni?? berair mata budak tu.

Sebagai mak yg sah perasaan huru hara dalam diri ni, p la survey cari klinik. Teringat yg p buat kat klinik swasta Dr veteran sikit. Harga ok dah 💸💸💸, tapi dok ulang alik beberapa kali..masih lagi tak selesai. Buat rawatan dengan dia tapi kena p xray di KB. Masya Allah, 4kali xray tapi besi yang masuk tu terlebih. 

Masa dah makin suntuk sebab 3minggu lagi dah kena balik asrama, alih² pi tanya kat klinik yg dok xray tu. Memang mahal la 💸💸💸💸💸, cuma perkara ni selesai dan anak boleh tumpu belajar bila di asrama dan kita pun tumpu cari rezeki. Oklah..buang duit sikit janji anak selesa dan rawatan selesai.

Moga selesai lah urusan rawatan kali pertama harini 5 Mac 2021. Dan rawatan seterusnya 14Mac 2021. Alhamdulillah, xda rasa sakit langsung dah. Selesai tapi duit banyak terbang.

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...