Tuesday, April 26, 2022

Bukan Penagih Cinta

Kadang kita cerita bukan untuk minta simpati,
Kita cerita kerana ingin meluahkan apa yang terbuku di hati,
Agar tidak menjadi beban terpikul sepanjang menjalani hari.
Walau cuma cerita kecil luka di jari, walau hanya sekecil² cerita tentang diri.

Terima kasih menjadi pendengar,
Terima kasih sentiasa ada, 
Terima kasih untuk setiap masa
Terima kasih segala-galanya.

Walau aku bukan siapa-siapa.
25042022

Tuesday, April 12, 2022

Miela

Cerita ini tentang Miela. Hari ni baru mamy nak menulis tentang Miela. Air mata ? masih ada sehingga hari ini.

Selepas Mama Jia asyik bunting ja, Miela lah yg manja dengan mamy. Teman mamy tidur.. berpeluk dengan bantal tecik tu. Miela yg gebu, yang manja, yg suara nyaring. Selalu tunggu mamy bagi makanan atas kabinet dapur. Selalu kacau mommy makan, berdiri atas kerusi meminta²..

Mamy dah pesan jangan gatai. Dalam pada dok jaga tu, hang bunting jugak 😥. Nak beranak pulak di pagi Jumaat yg mulia. Tiba²..baby pulak songsang,keluar ekor dulu. Kami semua dah cuba tolong, tapi tak boleh. Hari Jumaat Miela,xda klinik buka..mamy pujuk tunggu pagi Sabtu. Malam tu mamy xleh nak tido, kejap² keluar tgk Miela sbb dah tak nak tido dengan mamy dah. 

Pukul 3pagi, mamy p ambik Miela, dokong letak atas riba mamy sampai Subuh. Mamy bgtau, Miela tunggu dalam kotak dulu ya, mamy nak solat tahajud dan subuh. Masa tu Miela dah start mengiau..nyaring mungkin sakit. Mamy ni dah nangis nak..sedih sbb xdapat tolong Miela. Lepas solat subuh, lambatnya masa berlalu nak ke pkl 9pg tunggu klinik buka.

Mamy doa..moga Allah ringankan sakit Miela. Permudahkan urusan Miela dan mamy juga. 8.30pg mamy duduk tepi Miela, Miela dah tak bising, diam..Mamy panggil pun Miela xjawab. Adakah Miela tinggal mamy dah? Ya..Miela dah pergi..Allahurabbi tak terbayang kesesihan mamy bila tengok anak sakit semalaman tapi tak boleh bantu apa². Mamy tetap  menyalahkan diri sendiri sampai ke hari ini. 

Mamy bagitau ciksu, Miela dah takda. Mamy dukung Miela..cium..minta maaf pd Miela, pada Allah sebab tak dapat bantu. Maaf ya sayang. Mamy kejut kakak, bagitau..dia pun sedih, pegang ja Miela. mamy dokong Miela sampai belakang. Air mata jangan dikata. Hanya Allah ja yg tahu apa bersarang dalam jiwa dan hati mamy. 
Bye Miela..mamy tetap ingat dan sayang Miela. Bantu mamy disana nanti..😪


Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...