Thursday, July 8, 2010

Maaf kan Mumy Sayang

Salam..
Kita dah dewasa, at least kita tahu nak kontrol & jaga perasaan kita kan? Sekurang-kurangnya kalau agak2 dah menyimpang atau nak tergelincir tu kita tau nak back on the track. Tapi bila budak2 bercakap pasal hati & perasaan, tetiba aku jadi bodoh kelu..Dah jadi kebiasaan aku dok bergurau & bercakap dengan anak sebelum tido..tapi malam tadi dia lain sikit..

'Saya takda ayah kan mumy, tapi saya ada baba. Baba tak sayang saya ke?Baba taknak balik tengok saya pun..'

Aaaargh..tersentap aku! Macam nak menitik air mata aku, tapi aku tahan je lah. Sedih tu memang bersarang tapi aku dah dapat terima hakikat.. tapi untuk anak yang umur 3tahun, faham2 je lah kan.. Ya lah, salah aku jugak...

"Maafkan mumy sayang. Dah ditakdirkan jodoh mumy dengan ayah tak panjang. Ayah pun tak pernah jengok kita sejak umur sayang 1tahun setengah, jauh sekali nak beri nafkah pada kita. Telefon pun tidak. Mumytak tahu layakkah dia bergelar ayah, mungkin hanya dalam sekeping kertas buat sayang...

Mumy mengaku salah mumy perkenalkan seseorang sebagai 'Baba'. Nama panggilan tu kehendak baba sendiri, mumy tak pernah mintak. Cuma baba ni orangnya penyayang, dia mampu tunjukkan kasih sayang untuk kita walaupun hanya telefon sebagai penghubung. Baba selalu ingat sayang di setiap panggilan. malah, adakala baba call semata2 nak bercakap dengan sayang. Baba hantar wang untuk beli persiapan Hari Raya sayang yang lalu, katanya nak sayang berhari raya macam anak2 yang lain...mumy tak pernah mintak itu semua. Bukan niat mumy memuji dia & mengangkat dia lebih dari ayah .. tapi itu lah hakikatnya. Itulah cara dia melayan sayang walaupun sayang bukanlah dari darah daging dia sendiri. InsyaAllah, kalau ada ruang kelapangan, baba akan datang jumpa sayang suatu hari nanti.. Itu janji baba.. Mumy tak mampu mengiyakan atau menidakkannya.

Cuma...
Ada satu kesilapan diantara mumy dan baba. Kesilapan inilah yang membuatkan kami tergantung. Mumy & baba silap percaturan.. Berat untuk mumy luahkan tapi mumy nak sayang tahu. Baba sebenarnya milik orang lain, baba sebenarnya baba orang lain.. sayang. Itu membuatkan langkah mumy terhenti. Bukan salah sesiapa sayang, kami bertemu di satu titik yang kami sendiri tak tahu kesudahannya. masih tertanya2 sama ada kami masih boleh bersama atau tidak.. masih tercari2 jalan penghujung.

Mumy tak pernah berharap sayang.. Andai kata ada jodoh antara kami, mumy sedia terima pahit maungnya. Andai kata bertemu noktahnya..mumy redha. Cuma, biarlah kita menumpang kasih sayang baba sementara waktu ini.

Maafkan Mumy sayang.."

9 comments:

  1. i know ur feeling kak su..sekurang2nya dia ade ayah..walaupun xmerasa kasih sayang ayah..kalau ada jodoh..xkan ke mana kak su..tapi 1 je..moga kak su dapat jodoh lagi baik..yang akan sentiasa ada bersama & bukan milik org lain..hanya milik u & bby..amin..

    ReplyDelete
  2. owh sungguh tersentuh...redho dengan ketentuannya...moga tabah menghadapi hari2 mendatang.

    ReplyDelete
  3. NamaKu Munira~InsyaAllah..moga ada ruang menanti.

    ReplyDelete
  4. dayna~terima kasih dayna..

    ReplyDelete
  5. tabahkan hati dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. Jodoh pertemuan di tanganNya..

    ReplyDelete
  6. kadang tu kita patut berdoa je..entah lah ssekuat mana pun usaha kita law bukan takdur ketentuan kita patut redha je..

    sampai satu masa baru kita sedar semua yg kita lalui ada hikmah dan pengajaran... pilih yang terbaik untuk anak anak dan kehidupan.. semoga Tuhan mencucuri rahmat wat familly kak sue..

    ReplyDelete
  7. Wan_hazel~Amin, terima kasih....

    ReplyDelete
  8. salam kak sue..
    maaf la baru berkesempatan baca entry baru kak su ni.. kak sue byk2 sabar ya.. mgkin ni semua ada hikmahnya.. saya doakan akak sntiasa bahgia ngan anak tercinta..

    ReplyDelete
  9. Hida~Terima kasih Hida... Amin.

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking