Monday, April 1, 2013

Anak..anak..

Salam...
Macam getik je kan..post kat fb kata nak aktifkan diri berblogging..update blog selalu. Tapi sekejap je..pastu longlai hihi!

Jiwa tak kental betul lah.. Tak macam abg2 pejuang negara yang menentang musuh menyelamatkan serta mendaulatkan negara Malaysia dalam Operasi Daulat di Sabah. Haaa amek kau..tetiba je emosi hehe. Sempena Hari Polis..maka semangat anak polis tetap ada!

Alkisah harini..ada 4ekor anak baru datang rumah. Disebabkan adanya kambing2 yg semakin membiak..maka sue sepakat dgn abah utk beli cik puan & tuan angsa bagi membantu mengawas kawasan. Mahal Ya Rabbi...RM160 utk 4 ekoq. Harapan mamy..4ekor dak angsa ni sihat walafiat supaya dpt mamy recruit jadi pak / mak guard utk pagar kambing ngeee ;-)

#sesuaii sangat amik degree dalam HRD okay..recruit je kerja nya..

Adab Sopan

Salam...
Phewww..tajuk post kali ni xleh blah betul hahah.. Sebut pasal adab sopan..memang ramai yg sangat ambil berat pasal ni. Tak kira lah antara kita sesama manusia atau kita dengan makhluk Allah yg lain.

Adab kita dgn manusia lain..tegur menegur..sapa menyapa & tolong menolong. Dalam perhubungan kita, dah tentu wujud salah & cela..sebab kita ni manusia, xboleh lari dari kesilapan. Namun..kita mampu merendahkan diri mohon maaf atau kita juga memaafkan.

Sama ada kita sedar atau tidak..kita berjalan tanpa membawa cermin disisi kita. Dah tentu kita xnampak apa kekurangan dan kesalahan diri kita melainkan..ada yang ikhlas memberitahu.

Penerimaan diri kita dengan cermin kedua juga perlulah diambilkira. Sepatutnya..kita memandang dari sudut positif dgn menerima teguran dan berusaha utk memperbetulkan keadaan bukannya menambah kekusutan.

#aku pun bukan baik sangat pun untuk menjadi cermin kedua..tapi aku suka kalau ada cermin besar yang boleh tampal kat dinding buat hiasan dinding muhahha..ok bai!

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...