Monday, June 27, 2016

Hati Mati

bila hati mati
segala rasa turut pergi
segala rindu terbang tinggi
segala cinta tiada lagi

jangan pernah salahkan aku
bila kedegilan aku terlalu
kerana kau mengajar aku
hingga diri celaru keliru

bila hati mati
tiada tangis lagi
yang ada cuma mimpi.


...
27/6/2016;12:28tgh

Tuesday, June 21, 2016

Tart Nenas..Tart Blueberry

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua sahabat maya. Eh ada ke yang mengikuti blog sue haha..perasan ja.

Takpalah..yang penting harini nak cerita..cerita penat yang memang penat. Rasanya kalau dulu, setakat buat biskut raya sikit-sikit macam ni takda masalah. Tapi kalini lain macam penatnya. Pinggang sakit..betis sakit..

Rasanya ni kes meneran kulit tart ni.. Addoiii..memang sangat terasa. Mungkinkah kerana faktor usia? ? Woohoo...makin meningkat usia..makin menjadi-jadi penat hehe.

Yang penting..tart-tart memang mabeles dari segi rupa alhamdulillah. Rasa..bukak puasa karang kita try. Jom skodeng rupa tart..

Kepada rakan..sahabat yang nakbbuat tart lepas ni..selamat mengetart ya hehe :)

Friday, June 3, 2016

Pulut Durian

Assalamualaikum...hmm baru2 ni abah bagitau nak makan pulut durian. Anak dia pun mulakan operasi..ngeh ngeh..maka taddaaaa alhamdulillah..

Ni nak bgtau..pulut tu kalau nak tanak, boh je dalam rice cooker. Air kena 1 ruas jari atas beras pulut ya..elok ja pulut masak..cantik. .tak lembik..tak pula kurang masak. Kalau masak atas dapur..kerak banyak benau.. Kalau kukus takda problem..memang mabeles.. Jom makan..tak leh tenung lama-lama..bismillahirrahmanirrahim..

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...