Monday, August 13, 2012

Bukan Bidadari Syurga

I'm not a superwoman..
To fly here and there
To make all things done..
To make all problems solved..
To clear all the mess..
To be whatever you want me to be..

Saya bukan bidadari syurga..
Yang cukup sempurna sifatnya..
Yang cantik dan bercahaya wajahnya..

Saya cuma seorang wanita biasa..
Yang punya hati dan naluri yang terkadang mudah tersentuh..
Yang tidak sempurna kecantikannya..
Yang juga sangat tidak sempurna sifat..

Mungkin tidur saya yang berdengkur mengusik telinga yang mendengar..
Mungkin kata2 saya menyucuk hati yang merasa..
Mungkin masakan saya tidak menepati tunas rasa.si lidah..
Mungkin tindakan saya tidak menepati harapan..
Apa jua kemungkinan ialah dari saya..
Hamba Allah yang kurang segala-galanya..

Terima lah saya seadanya saya...
Yang sememangnya dilahirkan sebagai...
Bukan bidadari syurga.

Sunday, August 5, 2012

AHAD yang panas..

Salam...

Pagi-pagi lagi dah ada plan nak dibuat harini. Nak pergi melawat sahabat yang lepas operate semalam..beli barang kek yg customer oder..service kereta..ambil kotak kek dengan member lama sebab dia nak tunang weewit! Harap2 semua dapat dilaksanakan hari ni..insya Allah.

Pertama sekali menuju ke KBMC..touching moment, serius! Tak dapat nak tahan air mata..sepatutnya kena tunjuk ketabahan supaya org yg sakit btambah kuat tapi sebaliknya sue yg berjurai2..ya Tuhan. Mengadu sahabat sue...derita sakit yang ditanggung.. Ya lah kan..kiya selalu gelak ketawa..sihat..tapi bila tengok sahabat kita dlm keadaan mcm tu..kita sedih.. Fullstop..nak.nanges! Lama jugak sue lat situ...melayan anak dia..si muaz. Semoga Allah memelihara mu sahabat..amin.

Keluar dari KBMC..mencari hala tuju ke kedai kek. Jalan jam sangat..kereta dah start buat hal. Bila berenti..jalan jam..aircond panas addehh. Dah la cuaca mmg panas..panas hati. Tak jadi ke kedai kek bila tgk meter temperature makin naik errrrr..kena kanselkan niat ni. Berenti kat Esso check air..makin kurang..aisshh. Tambah air..x on aircond then drive cari workshop.

Buka sana sini..kata itu tokey thermostat kereta bocor so air keluar sikit2. So nak cari thermostat tu yang payah addoii..ni dah pukul 4.10ptg ni. Nasib baik la mak ada & she will prepare everything..thanks mak! Entah pkl berapa la balik nih huhu.. Be good kakak kat rumah..mamy tengah baiki kereta..ok.


Doakan Dia

Salam Ramadhan 16...

Alhamdulillah dah 16 hari puasa ya. Dalam pada dok gembira ngan jualan biskut raya dan kek sue. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran sebenarnya.

Sahabat baik sue..harini sedang menahan sakit selepas mengalami 2 pembedahan Allahuakbar...

Kami berdua ditugaskan bersama untuk menguruskan satu pusat komputer..membuat program bersama orang kampung dan sebagainya bermula tahun 2010.. Baru 2tahun kami kenal..tapi banyak yg dah kami lalui bersama. Suka duka...selisih pendapat..berkongsi cerita peribadi..keluarga dan apa saja kesulitan dan kebahagiaan..kita kongsi.

Malangnya dalam seminggu puasa yang lalu..dia mengalami masalah di usus kecil yg mana menyebabkan ususnya perlu dipotong dan ada ketumbuhan juga disitu. Malam selepas operation tu jugak sue angkut mak & anak pergi melawat. Lepas tu, sue selalu bertanya khabar thru sms pada suami dia..alhamdulillah beransur sihat, cuma perlu pergi cuci atau buat dressing pada luka jahitan.

Tapi semalam tergerak hati nak call dia..rupa2 nya perlu dibedah kali kedua kerana ada cecair dalam badan dikhuatiri masuk ke bahagian atas badan..paru2 dan sebagainya. Ya Allah..terkejut sue..kat office jugak dah berlinang air mata..

Ya Allah..selamatkanlah sahabat ku. Kurangkanlah penderitaan yg dia tanggung..sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani..Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang..amiin

Harini sue akan pergi melawat dia..insya Allah sue update nanti...Doakan lah dia..!


Saturday, August 4, 2012

Terus Melangkah

Salam 15 Ramadhan...

Mesti semua orang suka menunggu waktu buka puasa kan. Yang ke bazar ramadhannya.. Yg masak sendirinya hehe..tak kira apa saja juadah kita pada hari ini..itu lah rezeki yang Allah hantarkan untuk kita..alhamdulillah.

Walau apa jua rintangan dan halangan yang kita perlu tempuh pada hari ini..bersyukurlah kerana Allah masih mahu melihat kita sebagai hambanya dari Dia terus melupakan kita..insya Allah.

Semoga Allah memberi peluang untuk melangkah ke hari esok..amin.


Friday, August 3, 2012

Berumur..sensitif ?

Salam 14 Ramadhan..

Harini terasa nak menulis lagi. Ada sesuatu yang bermain dalam fikiran tentang sesuatu peristiwa pagi tadi..err sebenarnya semalam. Hmm..pernah dengar tak kata orang, orang yang dah berumur bila sampai satu tahap tu dia akan jadi more sensitif dan macam budak2 balik. Pernah dengar tak?

Faham sangat..bila kita dah berumur (tak leh sebut tua nanti kecik hati pulak huhu), kita akan jadi more sensitive dlam apa jua keadaan. Even sometimes, benda yang kecil pun akan kita perbesarkan..atau benda yang tak sepatutnya pun boleh jadi isu besar. Sebaliknya isu yang besar tu, kita tak ambil kisah pun atau pun laagi jadi besar. 

Sebenarnya, masa kita muda, kita dah aware dengan isu ni dan kalau boleh kita takmau benda ni mengganggu life masa tua kita dan kita akan cuba untuk tidak terlalu sensitif. Tapi kenapa bila umur kita dah meningkat..kita seakan-akan lupa dan realitinya perkara ni berlaku juga pada kita ?

Pendapat sue la, sebenarnya ia adalah fitrah kejadian manusia yang Allah kurniakan. Mungkin semasa kita bayi, orang dewasa akan beri sepenuh perhatian pada kita kan. So, bila di usia remaja, kita tak banyak fikirkan tentang perasaan orang lain..fokus kita hanya kepada kepentingan diri sendiri. Jadi apabila kita dah menganjak dewasa atau tua..maka kita cuba meraih  perhatian orang yang ada di sekitar kita dan pada masa ini lah tahap sensitiviti kita akan jadi lebih tinggi. 

Masa ini lah kita mudah terasa, mudah tersentuh atau kecil hati dengan apa saja orang-orang di sekitar kita lakukan atau perkatakan. kalau orang bangkang pendapat kita, lagilah kacau bilau. Mungkin pada masa ini juga, kita pun dah ada teman seiring sejalan huhu..penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, dan sebagainya..Nau'zubillah. Oleh itu, kita lebih perlukan perhatian, kasih sayang dan juga gurauan. Mungkin hanya untuk 'release' atau rasa lega dan selesakan diri kita.Itu pendapat sue :)

Apa-apa pun kita bakal melalui fasa yang sama jugak satu hari nanti. Sama-sama lah kita saling ingat mengingati, insya Allah. 

Tak semestinya sesuatu perkara yang kita anggap kecil tu nampak kecil pada orang lain.. mungkin kecil bagi kita, tapi besar pada anggapan orang lain.. Apa pun kekurangan kita sesama manusia, sebenarnya kita saling melengkapi :)

P/s : selamat berbuka puasa semua :)

Iftar

Salam Ramadhan..
Semalam ada iftar bersama rakan sekerja area Tumpat & Bachok. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Sempat jugak siapkan sedikit buah tangan untuk share dgn kawan2, alhamdulillah. Dah reti baking je kann..sambil2 siapkan oder..lebihkan adunan untuk malam ni.

Alhamdulillah..ada juga kawan2 yg beli raya cookies dengan sue. Terima kasih buat sahabat2..selalu support. Thanks..mmuahh (ala2 gedik hihi).


Thursday, August 2, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.6

Eh eh..datang balik. Bukan apa..teruja sangat nih bila ternampak kat post yang abang besar kita yang pemes tu encek Ben Ashaari. Rupaya ada aplikasi dalam droid ya..jakun betul sue ni kan..hahaha. Nasib baik nampak perkataan 'Published with Blogger-droid v2.0.6' last sekali dalam post encen Ben..haaa terus install di hening subuh sunyi ni ahahaha.. senang ler nanti kan. Orang lain mesti dah lama tau kan... lambat campur lembab betul sue ni keh keh. Maapkan lah saya ehehe...



Eh nak dekat pukui 7pagi dah ni.. nak g dapur minum susu ehhhh..posa! Nak g dapuq buat susu anak jap ekeke.. Bangun oiiii, semayang subuh. Mandi siap2 nak p keja..ok babaiiiii !

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...