Sunday, August 5, 2012

Doakan Dia

Salam Ramadhan 16...

Alhamdulillah dah 16 hari puasa ya. Dalam pada dok gembira ngan jualan biskut raya dan kek sue. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran sebenarnya.

Sahabat baik sue..harini sedang menahan sakit selepas mengalami 2 pembedahan Allahuakbar...

Kami berdua ditugaskan bersama untuk menguruskan satu pusat komputer..membuat program bersama orang kampung dan sebagainya bermula tahun 2010.. Baru 2tahun kami kenal..tapi banyak yg dah kami lalui bersama. Suka duka...selisih pendapat..berkongsi cerita peribadi..keluarga dan apa saja kesulitan dan kebahagiaan..kita kongsi.

Malangnya dalam seminggu puasa yang lalu..dia mengalami masalah di usus kecil yg mana menyebabkan ususnya perlu dipotong dan ada ketumbuhan juga disitu. Malam selepas operation tu jugak sue angkut mak & anak pergi melawat. Lepas tu, sue selalu bertanya khabar thru sms pada suami dia..alhamdulillah beransur sihat, cuma perlu pergi cuci atau buat dressing pada luka jahitan.

Tapi semalam tergerak hati nak call dia..rupa2 nya perlu dibedah kali kedua kerana ada cecair dalam badan dikhuatiri masuk ke bahagian atas badan..paru2 dan sebagainya. Ya Allah..terkejut sue..kat office jugak dah berlinang air mata..

Ya Allah..selamatkanlah sahabat ku. Kurangkanlah penderitaan yg dia tanggung..sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani..Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang..amiin

Harini sue akan pergi melawat dia..insya Allah sue update nanti...Doakan lah dia..!


No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...