Friday, August 3, 2012

Berumur..sensitif ?

Salam 14 Ramadhan..

Harini terasa nak menulis lagi. Ada sesuatu yang bermain dalam fikiran tentang sesuatu peristiwa pagi tadi..err sebenarnya semalam. Hmm..pernah dengar tak kata orang, orang yang dah berumur bila sampai satu tahap tu dia akan jadi more sensitif dan macam budak2 balik. Pernah dengar tak?

Faham sangat..bila kita dah berumur (tak leh sebut tua nanti kecik hati pulak huhu), kita akan jadi more sensitive dlam apa jua keadaan. Even sometimes, benda yang kecil pun akan kita perbesarkan..atau benda yang tak sepatutnya pun boleh jadi isu besar. Sebaliknya isu yang besar tu, kita tak ambil kisah pun atau pun laagi jadi besar. 

Sebenarnya, masa kita muda, kita dah aware dengan isu ni dan kalau boleh kita takmau benda ni mengganggu life masa tua kita dan kita akan cuba untuk tidak terlalu sensitif. Tapi kenapa bila umur kita dah meningkat..kita seakan-akan lupa dan realitinya perkara ni berlaku juga pada kita ?

Pendapat sue la, sebenarnya ia adalah fitrah kejadian manusia yang Allah kurniakan. Mungkin semasa kita bayi, orang dewasa akan beri sepenuh perhatian pada kita kan. So, bila di usia remaja, kita tak banyak fikirkan tentang perasaan orang lain..fokus kita hanya kepada kepentingan diri sendiri. Jadi apabila kita dah menganjak dewasa atau tua..maka kita cuba meraih  perhatian orang yang ada di sekitar kita dan pada masa ini lah tahap sensitiviti kita akan jadi lebih tinggi. 

Masa ini lah kita mudah terasa, mudah tersentuh atau kecil hati dengan apa saja orang-orang di sekitar kita lakukan atau perkatakan. kalau orang bangkang pendapat kita, lagilah kacau bilau. Mungkin pada masa ini juga, kita pun dah ada teman seiring sejalan huhu..penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, dan sebagainya..Nau'zubillah. Oleh itu, kita lebih perlukan perhatian, kasih sayang dan juga gurauan. Mungkin hanya untuk 'release' atau rasa lega dan selesakan diri kita.Itu pendapat sue :)

Apa-apa pun kita bakal melalui fasa yang sama jugak satu hari nanti. Sama-sama lah kita saling ingat mengingati, insya Allah. 

Tak semestinya sesuatu perkara yang kita anggap kecil tu nampak kecil pada orang lain.. mungkin kecil bagi kita, tapi besar pada anggapan orang lain.. Apa pun kekurangan kita sesama manusia, sebenarnya kita saling melengkapi :)

P/s : selamat berbuka puasa semua :)

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...