Sunday, August 13, 2017

Something Wrong Somewhere

Assalamualaikum..
Ogos 2017 will be the busiest and hopefully the productive month for me..insya Allah. Mana taknya..every date tu sentiasa ada event atau tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Kadang saja nak cari sibuk supaya boleh aktif dan lupakan perkara-perkara yang tak penting.

Ok..ni nak bebel yang tarikh bermain di kepala, terasa macam tak boleh nak catch up semua:

3/8 - Rehearsal Festival Citrawarna Siam Kelantan 2017. Kena pi ambik video ya untuk masukkan dalam antara aktiviti kesenian dan kebudayaan masyarakat siam Kelantan terutamanya.

4/8 - Festival Citrawarna Siam Kelantan 2017, 8mlm-12malam 😴. Jurugambar dan video juga untuk program Tribute untuk Mendiang Pak Siri Neng Buah (arahan SKMM)


7/8 - taklimat Klik Dengan Bijak dan Erezeki di KIAS.

11/8 - shooting video jugak di majlis perasmian kedai baru Maggi Sotong Dalam Rhu dan Nasi Kerabu Kambing Bakar wowweee..pukul 7.30-8.30pagi yaaa.
3ptg - taklimat Erezeki di PI1M Palekbang.

12/8 - Program Dashboard Day PI1m KgTerbok,dengan kehadiran 50peserta, 25download aplikasi baru, 20 pemeriksaan kesihatan. Dan juga taklimat Erezeki 😰.


18/8 - Pendaftaran peserta Erezeki. Program diterajui oleh MDEC dibawah naungan KKMM


19-20/8 - Pakya..pak saudaraku yang 'deaf mute' dalam bahasa perubatan. Tapi dalam bahasa kita..pekak dan bisu kena buang katarak dalam mata dia..sebab mata kiri almost tak nampak. So,akulah pewaris yang kena tandatangan dan berada di Hospital sepanjang dia dibius penuh dan operate. Apa-apa memang doktor akan refer aku sebab pakya tak boleh bercakap dan mendengar..eh berapa kali nak ulang 😂. Doa aku agar pakya sihat dan takda komplikasi ubat bius atau apa-apa nanti. Yang sebenarnya,aku banyak risau tambah-tambah sebab faktor umur..dah 72tahun. Semoga Allah menjaga mu pakya..amin 😢


26/8 - Adik bongsu aku grad di USIM, Nilai, aii ke nogori sembilan neh haaa nanti. Bayangkan nak kena travel ke Nilai dan seminggu lepas tu Raya Haji ya kawan-kawan. 

Doakan perjalanan semua program dan aktiviti ni semua ya. Moga-moga Allah beri kesihatan dan kelapangan untuk laksanakan semua tugas ni dengan niat ibadah. 

Tapi meh nak cerita, dalam sibuk-sibuk tadi tu, aku dapat emel yang mencairkan hati dan perasaanku..addoiih. Ni bukan emel putus cinta..ni emel dari Hq. Kisahnya masih menjadi tandatanya. Mana satu..ku jadi keliru..aku makin keliruuu ok boh selagu ehhh 😂😂. Tensi mak nakk dengan emel tu. Takpa lah..teruskan usaha..bersangka baik..tapi kan mencikkkkk sangat. Oklah,panjang pulak bebel..boleh dah nak berhenti ni. Salam sayang..😘


Tapi..as usual..
#marahakutaklama

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...