Saturday, August 19, 2017

Tragedi Ogos 2017

Assalamualaikum. 
Ya Allah..permudahkanlah urusan semua insan-insan tersayang yang sedang dalam kepayahan..janganlah Kau persulitkan..amin.

Pakya punya date untuk admit HRPZ KB memang dah set on 19/8, lepas tu 20/8 pagi operate. Because he is deaf mute (pekak dan bisu), maka operate utk buang katarak mata dan manik mata terpaksalah dia dibius penuh. Maka itu, kena warded. Akulah penunggu yang bertanggungjawab jadi jurubahasa nanti. Semoga Allah jaga Pakya. Mungkin Allah pertanggungjawabkan dia untuk aku supaya dapat mengajar aku erti bersyukur, dengan kesihatan yg Allah beri, kebahagiaan yang dirasai, keselesaan dan mungkin juga utk tanam rasa tanggungjawab yang lebih tinggi dalam diri aku. Alhamdulillah..



Dalam dok prepare utk pergi hospital esok. Sekitar jam 9malam Paksu pulak dapat serangan jantung. Aku dah tak boleh duduk diam dalam rumah..bagitau abah, capai kunci kereta terus keluar dengan abah. Nasib baik ambulan belum jalan lagi,sempat tengok paksu. Esok nanti, kak follow up paksu di KB. Malam tadi, paksu di wad ICU 😢


Walau siapa pun mereka, apa pun mereka..kami semua bersaudara. Mereka lebih tua, dan berhak dihormati..disayangi..dan dilayan dengan penuh kasih sayang. Aku pun bukan bagus sangat, tapi aku selalu cuba nak bahagiakan semua insan yang sayang aku setakat kemampuan aku..aku cuba. Semoga Allah berikan kesihatan dan kesabaran utk aku tempuh sepanjang hidup mendatang nanti. Salam sayang.

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...