Tuesday, August 27, 2013

Upsidedown Pizza

Salam..
Harini puasa Syawal yang kedua..alhamdulillah.

Petang tadi kan masa kat office...sementara tunggu jam bergerak tik tok..tik tok nak punch out..tiba2! Haaa..suspen je nih. Teragak nak tengok image pizza hah suddahh!

Apa lagi..calling & roger pakcik google. Pakcik google datang ala2 waiter menghadiahkan imej2 pizza yang amat mengiurkan..eh betul ke ayat tu! Memandangkan perut yang sedang menyanyi keroncong..imej pizza tu bagaikan penari cantik manis..melenggang lenggok depan mata..air liur pun meleleh dah.. Tak sanggup uuu.. (sambil lentikkan jari).

Berkejar balik rumah..lepas berbuka..mandi..solat..mulakan operasi lah. Cari kat gudang gerobok mak tu apa yg boleh pakai..maka terjadilah 'Upsidedown Pizza' hiiiyah! Disebabkan penyakit lembab..hah perut dah kenyang..pukul 10malam pun pizza xsiap bakaq lagi haha.

Pagi esoklah gamaknya kita kendurikan upsidedown pizza ni ya Abah..Mak..anakku! Eh..semua org dah tido..keh keh. Nite..mimpi yang indah2..

#jangan lupa baca doa tidor..Bismikallah humma ahya wa'amut :)

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking