Tuesday, October 8, 2013

Full Day

Salam..

Penuhnya hari mendatang..bagaikan tiada hentian.. Hmm ayat tu lah yang mampu menerangkan segalanya. Mana taknya..drive ke Kuantan untuk berkursus dari pukul 5.30pagi..selepas Subuh je terus gerak ambik member sehinggalah sampai ke Jerteh pukul 7.00pagi. Jumpa geng2 pulak ..breakfast dan kumpul kat situ konvoi 6buah kereta. Alhamdulillah..sampai ke MS Garden Hotel di tengah2 bandar Kuantan pukul 3ptg lebih kurang..huwaaa jalan jam kat tengah bandar ! 

Yang paling best...kursus kali ni memang meletopssss! syok..dan takda boring langsung. Kami berkursus dengan GEM-ASIA Seminars Sdn Bhd, majikan2 diluar sana yang nak kan yearly training yang bermakna dan meningkatkan tahap pickup..huoh macam kerete turbo tu..boleh lah kerjasama dengan Gem-Asia ni. Serious..strongly recommend this company..memang happening gila..dan tetap energetic dari 27-30hb Oktober 2013.


Tamat sudah kursus..nak drive balik waaa rasa macam nak nanges je. Harap2 xmengantuk..dan berupaya drive ahaha..macam la teruk sangat. Bukannya apa..biasa manja kannn..asal masuk je kereta..krooh krooh tidoq..mana taknya my abah punya drive macam kita di buai2 suruh tido..lentok tu. My dear hubby..walaupun dia suka speed semacam je..tapi rasa selamat bila my sayang ada di sisi..hah nak buat cemana?? cer jawab cer jawab...(baik punya alasan bagi..nak cover ang punya tidoq haha). 

On the way balik..kami singgah sana sini..mula2 rombongan cik kiah berenti memborong jagung. Jagung mentah ada..jagung rebus ada..jagung bakar pun ada. 7 ketoi sepuloh hinggit..okay la kan, bawak balik untuk mak abah  dan si kenit kakak tu. Ok..misi tercapai.. Mokcik kayo..kate makcik jual tu haha. Mesti makcik2 kat gerai2 sebelah tu jeles kan..mau taknya 4biji kereta berenti sekaligus haha..dah rezeki makcik harini. Kami beli ya ..jagung. Semoga rezeki makcik melimpahruah hendaknya..amin.



Selesai cerita jagung..kami drive lagi. Sehinggalah tiba di area Pantai Kelulut..memborong kerepok pulak.. Tak cukup dengan keropok mini lekor..lekor biasa..keropok kering..ikan masin..ikan kering..eh bagai2 lah ada. Keropok mini lekor tu dah siap goreng dan boleh dimakan terus..itu yg syoknya tu. Tadi dah pekena sebatang jagung bakar..sambil drive pun abis jugak..lepas tu keropok goreng pulak aiyyaahhhh..pingsan mak !


Selesai memborong keropok, kami melekat kat stereng lagi memandu. Sampai di Jabi lebih kurang Maghrib..kita berenti layan sate. Ya ampunnn..saya mengaku memang muka xmalu. Belum sampai oder kami punya..geng adik2 lelaki tu punya sate saya belasah dulu haha. Nak kata lapar..jagung sudah..keropok pun sudah..perut ni memang xmakan saman lah..makan sate je ahhaa. Eh lupa pulak nak komen..sate tu memang sedap okay..sapa sampai Jabi tu boleh singgah..kalau menghala balik ke Jerteh..kedai tu sebelah kiri.,depan dia ada masjid xsilap :)


Pemanduan diteruskan..hantar member di Pasir Putih..berhenti solat. Lepas tu terus memecut balik ke KOta Bharu..hah ambik kau..pukul 10malam baru dapat tengok muka anak yg tengah tidoq! si kenit kakak..mummy miss you..tapi kalau berjumpa kita orang ni sparring aje ahaha!

Ok babaiii..sekian cerita kali ni..bukan senang nak dapat mood bercerita macam mak nenek ni okkay. Nak kena cari cik mah mood yang jarang2 sekali muncul :p

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking