Monday, January 11, 2016

Usaha Dan Tawakal

Asaalamualaikum.. Bukan mudah untuk mengenali kebolehan diri. Ianya mengambil masa yg agak lama untuk diri seseorang. Mungkin dengan adanya tekanan atau masalah membuatkan kita lebih menonjolkan kebolehan diri atau mencari kemahiran baru, memaksa kita mencuba sesuatu yang baru.

Pada awalnya sue fikir, apa yang boleh buat/jual untuk menambah sumber kewangan tanpa menggunakan modal besar?..mungkin hanya gunakan kemahiran yang ada. Aruah mak mahir buat cookies dan kek, maka sue berusaha menggunakan kemahiran yg diperturunkan oleh aruah mak untuk menapak ke tahap baru dengan membuat cupcake, biskut raya & kek jugak. Alhamdulillah..maka terhasil lah www.sufehomerecipe.com.my. Walaupun tidak secara meluas,namun sedikit sebanyak dapat memberi side income..alhamdulillah.

Kita tak tahu setakat mana kemampuan diri kita kalau kita tak cuba kan? Percaya atau tidak..sue mampu hasilkan kek2 yang agak cantik..dan memuaskan hati pelanggan..alhamdulillah.

carrot cake

choc moist cake

fondant cake

blackforest cake

Banyak lagi hasil kerja tangan sue..boleh add ke Group FB Sufe Home Recipe kalau ada yang berminat. Yang penting usaha dan tawakal kepada yang Maha Esa. Ada usaha dan tawakal part 2 menyusul..insya Allah.

2 comments:

  1. wahhhh cantiknya kek2 tu sue. mmg berbakat ni. Yang fondatn cake tu my favourite lah. Anyway, kalau free2 jemputlah ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  2. terima kasih mai melawat Aisyah Ghazi..nanti sue p konar tang nu pulak :)

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking