Friday, April 22, 2016

Melepaskanmu..Goku

Assalamualaikum..
Terus terang cakap..tiap kali melepaskan binatang peliharaan untuk jualan terutamnya kambing..akan ada satu perasaan yang tak boleh digambarkan.

Perasaan tu ada..tak tau nak bagi nama apa. Satu perasaan yang halus..dihujung hati yg dalam..nak kata sedih mungkin iya jugak..tapi ada lagi gabungan rasa dalam tu yang tak boleh dinilai dengan kata2. Sebab tu abah memang akan 'hilang' tiap kali adanya proses jual-beli..takda kat rumah..pergi kedai..pergi pasar..ada je lah kerja dia huhu...

Anak mu ni abah pandai menipu..pandai menipu perasaan sendiri. Cuba bertabah walau hakikatnya tidak..cuba keraskan hati walau hakikatnya luluh..cuba berlagak tenang walau hati di dalam bagai gendang dipalu dum dam..dum dam... Serius..memang menipu! Memang sedih wey..

Moga 'goku' hidup gembira bersama tuan baru..kalau dipilih untuk akikah pun beroleh barakah..alhamdulillah. Terima kasih Goku..mamy love u!

2 comments:


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking