Saturday, December 19, 2009

Kenapa Aku??

Mungkinkan keadaan cuba memisahkan untuk yang berhak?
Aku sendiri tak tahu di mana silap aku sehingga aku kembali dalam kepayahan ini. Meminta pada yang bukan hak..menagih kasih yang bukan empunya. Bukan aku mencari semua ini..bukan salah aku! Kasih sayang itu yang menutup kekhilafan dia..

Kadang-kadang aku benci ngan diri aku sendiri. Tak habis-habis ditimpa malang, tersepit dalam keadaan sulit ni membuatkan aku benci dengan kehidupan aku, benci dengan diri aku sendiri.

Aku sendiri tak mampu melepaskan dia setelah aku tahu segala-galanya;
Hanya kerana aku tak mampu luputkan segala kenangan aku dengan dia, Hanya kerana telah tumbuh rasa kasih dan sayang yang dalam pada dia, Hanya kerana dia telah membuka kembali pintu hati ku setelah hampir 2tahun terbiar rapat tertutup, Hanya kerana dia telah memberi harapan untuk menyayangi aku seumur hidup, Hanya kerana dia memberikan kasih sayang yang aku rasakan amat sempurna untuk aku..

Hanya kerana diri dia adalah dia..
Yang berjaya menambat kemas hati aku di hatinya..
Dengan sedar dia lupa siapa dirinya.
Tapi kenapa aku yang dia pilih untuk menjadi pelakon dalam pentas itu?
Nyatanya aku telah terjebak walau tanpa kerelaan aku..
Kini aku kembali mewarnai pentas duka milik dua hati gembira.

4 comments:

  1. Cinta kdgkala singgah hanya seketika sebagai ujian-Nya , yg penting kita jgn terleka hingga terlupa berpijak dibumi yg nyata... fikir2 kan lah...

    ReplyDelete
  2. Doakanlah..
    agar saya berjaya melupakan dia..
    begitu juga dgn dirinya..

    ReplyDelete
  3. maaf jika komen diatas ksr berbunyi...
    Bercakap ats pengalaman sendiri...
    Bila dah jauh melangkah, kesal sendiri..
    bhgia dihrp rupanye hanya pelangi..
    apakan daya ,itu pilihan dihati..
    maka dihrp fikir dgn teliti....

    ReplyDelete
  4. Adakala kita rasa kita mampu mengharunginya sendiri..adakala kita perlukan seseorang utk berkongsi..

    Terima kasih kerana sudi berkongsi. Tidak salah memberi pendapat..sue terima dgn hati terbuka.

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking