Friday, December 25, 2009

Merry Christmas..!

Merry x-mas pada semua kawan-kawan yang merayakannya..
Dari semalam dok plan nak g mana harini ngan baby..last last keluar jugak..

~Baby
Bangun pagi je otak dah berputar befikir nak bawa anak g jalan mana cuti hari ni. Akhirnya g TESCO jer.. Tapi takpa lah, si baby tu memang minat sangat ngan TESCO,ntah apa yang dia berkenan sangat aku mumynya pun tak tau. Yang wajibnya kalau g TESCO mestilah kena masuk KFC..adatla budak2 kan..tapi yang harunya bukan dia makan ayam banyak2 macam budak2 lain yang masuk KFC, yang dia nak cuma Chezzy Wedges tu jer ngan air milo..itu jer la. Hanya itu menu yang dia berkenan di KFC..yang lain hmmp haram tak layan.

Lepas makan2 kat KFC..dia berjaya habiskan 1 kotak cheezy wedges tu, apalagi window shopping la kat atas. Mula2 plan window shopping, pastu dah jadi door shopping..haha. Terbang 60 hinggit duit mumy..itu la..ini la..semua nak. Macam ni la kalau keluar takda perancangan..apa je yang ada depan mata, semua sapu bersih. Tapi bukannya beli benda2 yang takda faedah, beli T-Shirt sehelai, adik aku nak Rexona, beli buah, wedges, ais krim, ayam sekor, Vitagen pastu tah apa2 ntah barang kecik2.

~Ms Oon
Dalam tengah syok2 shopping..nampak pulak kawan lama masa kat office dulu, Ms Oon. Rindu giler kat dia..lama dah tak jumpa since aku resign kat tempat lama nu. Sempat la berpeluk jejak kasih dalam TESCO tu haha. Dulu, dia la selalu teman aku outstation g KL ngan JB. Selalu aku turun ngan dia la..Dia memang the very understanding one la..memang best kawan ngan dia. Aku tak rasa kekok walaupun dia dah agak berusia, kita orang enjoy outstation sama..g makan sama..window shopping sama..dok pun sebilik gak..save budget boss haha. Apa yang penting aku ngan dia saling menghormati antara satu ngan lain..huhu she is one of my best friend !!
Anak dia yang keje kat JB tu dah nak kawen dah..ujung bulan ni. Dia nak g JB la tu, sebok nak ajak aku turun sekali haha. Macam tau2 jer aku ni gatal kaki nak turun JB, almaklumlah dah rindu ngan mat terap kat JB tu..hihi.

~Arni
Tiba2 paha aku begetar..hand phone vibrate laa... Arni plak sms katanya dia suspect denggi & warded kat HBKB. Laa baru hari ini aku tau, dia kata lupa nak bagitau aku. Lepas jer beli barang, aku angkut la adik aku ngan baby g spital. Terus g melawat dia.. teruk jugak lah tengok keadaan dia. Tangan masuk air, muka dia menggelupas..katanya ritu naik ruam. Kesian arni.. she's pregnant her 1st baby..pastu kena denggi plak. Nampak dia cam lemah sikit. Aku teman la dia jap, kupaskan dia apple yg aku bawak..tunggu dia makan jap..aku takleh nak dok lama, budak 2ekor tu takleh masuk hihi. Kena tunggu kat luar..sebab age below 12. Anyway aku puas hati jugak la sebab dapat pergi sebaik saja dapat tahu dia kat spital. Apa-apa pun, aku doa dia cepat sembuh dan semoga Allah selamatkan baby dia jugak. Amin...

~Sinopsis
Dalam sehari jer ada dua keadaan berbeza yang aku lalui.. satu dengan berita gembira & yang satu lagi ngan berita kurang gembira. Itu belum habis 1 hari lagi.. ni baru kul 4ptg, ntah apa lagi yang akan kita lalui selepas ni. Walau apa pun terjadi, hidup perlu diteruskan !!!

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...