Tuesday, December 22, 2009

Buai Laju-Laju











Assalamualaikum...

Dah jadi rutin sekarang ni bila tiba hari minggu je kena bawa anak & adik pergi jogging.. Bukan jogging sangat pun..melayan si kecik ni jer.. mmm follow je la. Lagipun seronok tengok dia main..macam happy sangat. Hati ibu mana tak senang tengok anak happy kan..! Tengok la muka ceria dia tu.. Bila dia dah boring main buai, dia cari gelongsor pulak, sampai tetonggeng-tonggeng dia kat dalam gelongsor tu..hihi. Sempat lak aku snap gambar dia masa tengah menggelongsor nak turun.
Masa pergi taman pagi tu, cuaca sejuk sangat.. angin pun kuat. Itu yang semua pakai baju tebal macam kat Genting plak rasanya haha. Satu hari nanti nak bawak gak dia g Genting Highland, mesti dia seronok sangat..InsyaAllah, tunggu dia besar sikit. Dia suka sangat pakai sweater ni, dapat tutup kepala dia. Hmmp..tapi kejap je rr, lepas tu bila dah nampak buai semua dah lupa. Bukan dia je naik buai, dengan mumy nya pun 'di paksa rela' naik buai sekali. Risau gak aku dibuatnya runtuh tiang buai tu..naya aku..hahaha. Demi anak, turut kan jer la..
Yang penting aku akan cuba bahagiakan dia sedaya mana yang aku mampu. Memang aku ibu yang agak tegas dalam mendidik anak. Tapi aku masih tau batas dan naluri keibuan masih tebal.. dalam aku garang-garang tu kadang aku kesian gak bila dia start nangis..hehe. Selalunya mak & abah akan tegur kalau dia tengok aku garang sangat ngan anak. Last-last aku gak yang kena marah..sungguh tak patut. Takpa lah.. doa aku semoga dia menjadi anak yang solehah & sentiasa ingat aku.. ibu yang membesarkan dia. InsyaAllah..
Amin.

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking