Saturday, December 19, 2009

Itulah kehidupan

Assalamualaikum..

Pagi ni aku bawa kete abah g check tayar sebab slalu sangat takda angin..pastu alang-alang dah dok kat situ basuh la sekali. Dah kotor sangat, berapa lama dah tak kena air..air ujan kena la..hihi.

Ni first time aku cuci keta kat situ. Aku dok perati la sorang pakcik yang keje kat situ, orangnya agak berumur, dah ada uban, dia pakai kopiah..terselit rokok kat bibir dia. Rasanya umur dia dah lebih kurang umur abah kot. Pelahan je dia buat keje tapi sangat teliti.dia lap air kat body kete..pastu dia vakum. Sangat teliti orangnya walaupun perlahan. Rasa kesian terdetik kat hati aku tengok dia wat keje.
Aku tengah bayangkan kalau abah yang buat keje tu..mesti aku sedih sangat. Mesti aku marah ngan dia kalau dia nak buat keje-keje macam tu.

Bila tekenangkan kisah macam ni la yang buatkan aku susah hati. Macam abah ngan mak takpa lah dah dapat pencen bulan-bulan. Mesti mereka rasa senang sebab tak menyusahkan anak. Cuma aku sebagai anak ni..dah la dok sekali ngan depa plak so, dah tanggungjawab aku nak bagi duit tiap-tiap bulan utk diaorang.

Cuma apa yang aku bimbangkan klau esok-esok aku dah tak boleh keje macamana? dah la takda pencen..sekarang ni pun keje tapi tak sempat nak menabung.. esok2 bila anak dah sekolah nak pakai duit lagi. Kalau selagi aku masih mampu keje tak per la,bila dah tak mampu keje lagimacamanaya? Tak tercapai akal ku nak memikirkannya. Bila dah tua nanti nak harapkan duit jatuh dari mana plak..mungkin kena cari keje yang ada pencen kot...WAJIB difikirkan...

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking