Wednesday, June 9, 2010

Salam..
Hmm..terpanggil nak bercerita kemeriahan dan kekecohan kami sekeluarga. Cuti sekolah kali ni, aku dan adik beradik plan nak sama2 balik dan bersuka ria di rumah dengan abah & mak. Hehe..my deary uncle pun tumpang sekaki menceriakan keadaan.

Bayangkan lah bila lima keluarga dalam satu rumah..kekecohan terasa sangat. Ya la..bila aku je ada kat rumah dengar suara si baby je. Tapi bila abang dah balik dengan hero & heroinnya, adik pun balik dengan heronya..gamat rumah atok & mak tok dibuatnya. 3 orang tu pun dah cukup kecoh dan bising dengan suara jeritan.. nyanyian.. ketawa..menangis.. terjerit sana sini. Eiiii..aku pun tak larat nak layan. Bila yang tu diam..yg ni plak mengacau. Bila dah tido tiga2 tu rasa macam sunyi sangat plak... sampai kita yg tua ni pun nak tetido hehe (dah memang kaki tido puun...).

Aku ngan adik aku memang rapat.. Bila dapat peluang bersama ni banyak perkara suka duka yang dikongsi. Ada seperkara hingga mengalirkan air mata.. Bila aku kenang balik harini macam malu pulak menangis depan dia.. but she is da best person i ever have to share my feelings. Ntah kenapa senang sangat air mata mengalir depan dia. Tutup kisah menangis..

Kami buat makan2 macam raya plak rasanya.. Aku pun sponsor jugak cupcake untuk family.. special dedicated untuk Abah & Ikhmal (hero adik pompuan aku) yang sambut Bday bulan May. Nanti aku sharekan sikit gambar kat sini..hmmm mana best entry kalo xda gambar kan.

Jom tengok sini..
^
^
|
|
|
|

nak bergambar pun tak sempat nak kira 1.. 2 3 dah..


tengok si kecik tu dah ceduk krim kek hehe...

2 comments:

  1. waahh!meriahnye! selamat bercuti yea ;)

    ReplyDelete
  2. makasih cikbelog singgah...bertambah meriah gitu !!

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking