Friday, June 11, 2010

Arwah Timie

Salam..
Macam sedih je baca topic entry tu kan.. Memang sedih pun.

Aku belikan dia banglow mewah..aku belikan dia makanan yg sedap2 supaya dia selesa. Pastu tiap2 malam aku pekak kan telinga je kalao dia dah start buat bising. Dia paling suka kalau aku lalu sebelah dia.. tak senang duduk dia. Lompat sana..lompat sini.. panjat sana..panjat sini..guling2 sana.. guling2 sini. Release tension aku tengok gelagat dia.

Kalau aku masak, dia pun xsenang duduk. Hidung dia kemut2 jer cium bau apa yg aku masak. Dia cukup suka kalau aku goreng kentang..nak mintak sampai tgn dia kuar2. Bila tengok muka cian dia tu..aku bagi sebatang..abis. Dia dah kenyang...tido tekangkang keh keh.

Dia pernah buat jantung aku nak tercabot. Satu hari aku tengok dia ilang..xda. Aku cari kat tempat2 yg dia selalu pergi..tapi xda. Aku dah nerves... Bila aku bukak pintu jengah keluar, aku tengok ada sekor kucing menjilat bibir,kaki semua dia jilat.. pastu kucing tu tengok aku macam bagi mesej 'aku dah makan hamster ko!!'.. air mata aku dah nak kuar..

Tetiba kaki aku rasa geli..macam kena jilat. Waaaaa..Timie ada lagi.. Aku ingatkan Timie dah sesat masuk mulut kucing tu. Aku cium2 dia..rasa macam nak picit jerk budak kecik nih. Geram tahap hamster dah aku (erk camana tu ya?). Kasik hadih kentang rebus sikit..soh dia tido.

Alkesahnya Timie tu hamster aku suatu masa dulu.. Dia la tempat aku cerita masalah.. aku nangis dia tau tau.. kelip2 mata dia tgk aku, diia dok diam2.. Kalo aku cakap ngan dia kekadang tu dia buat xtau gak hehehe. Dia yg teman aku masa x-husb aku selalu tinggalkan aku. Tapi dia dah xda.. dia mati sebab sakit mulut. Aku bawa dia g klinik.. Dr Vet kata xleh nak buat apa sebab nanti kemungkinan mati after operate tu lagi tinggi sbb organ2 dia kecik je. Hmmm..tapi masa dia mati tu aku xda. Ralat jugak rasanya. Tapi xpa..dia tahu aku sayang dia.

Jadi...aku dah gantikan ngan Timie baru. Kat sebelah ni..kalau member2 singgah sini, tolong lah bagi makan.. main2 ngan dia sekali sekali ngan klik nuff tu ya..hehe. Sempat lagi mengempen tuh..keh keh.

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking