Tuesday, June 15, 2010

Melayar Bahtera

Salam...
Wow..minggu ni tak putus-putus utusan raja sehari. Alhamdulillah..semuanya cantik molek & hensem bergaya. Majlisnya siap ada kugiran nyanyi2 lagi..pelamin dihias canteq..hantaran lagi lah meletop..hihi.

Aku ni sebenarnya pergi setakat memenuhi jemputan je tapi hakikatnya cuma jasad aku kat situ..hati & perasaan tidak. Bukan niat aku mencemburui kebahagiaan mereka, cuma aku terkilan bila apa yang aku impikan utk majlis perkahwinan aku tak terlaksana. Bukan nakkan kenduri yang mewah& besar.. aku percaya semua org punya impian kan...

Episod majlis perkahwinan aku..
~ teringat bila aku sendiri yg menyiapkan hantaran ke 2 belah pihak
~ tersentuh hati bila keluarga belah xhusb langsung xdtg.. sebab menunggu anaknya yg bakal bersalin
~ menitis air mata bila xhusb hanya beri aku gaji RM500(dulu aku keje ngan dia). Mana cukup nak cover pelamin, sewa baju..kenduri.. sengal!!
~ pedih hati bila aku terpaksa keluarkan simpanan tabung haji utk beli cincin kawin..sbb xcukup duit
~ hancur hati bila xhusb muncul sehari sebelum majlis katanya terlalu sibuk (sedangkan kami bekerja sendiri..bila2 pun buleh cuti)

Bila aku fikirkan balik.. sepatutnya pada detik tu aku dah tamatkan segala2. Tak payah nak teruskan.. cuma aku xnak abah, mak & keluarga aku malu dengan keputusan aku. Aku tahu mereka dah bantu aku sedaya upaya utk sempurnakan majlis tu..

Mujurlah aku punya keluarga yang sayang & faham akan diri aku. Merekalah membantu menghidupkan majlis. Dan...itulah kemeriahan perkahwinan aku..!

5 comments:

  1. i memahami kak su..i pun lebih kurang u gak situasi dia..pape pun i harap..i nye kekal..u doakan tuk i ye..

    ReplyDelete
  2. selalu doakan untuk u..kekal hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. tu semua pengalaman yang kita boleh jadikan pedoman masa akan dtg....=)

    ReplyDelete
  4. Betul tu syida..pengalaman memberi banyak pengajaran..

    ReplyDelete
  5. awak ni baik sangat..
    sanggup berkorban untuk yang tersayang..
    Sabar, ya Sue..
    sekurang2 awak masih ada mak& ayah, adik-beradik juga baby..
    Insyaallah semua tu adalah penyeri hidup awak..
    semoga awak juga kecap bahagia..

    ReplyDelete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...