Saturday, June 12, 2010

Anak..anak

Salam..

Memang kecoh betul lah kat rumah. Bila dah ramai time cuti sekolah.. si baby plak buat perangai. Asal tak dapat apa2 je.. dia akan meraung, menangis kuat2. Geram betul menengok nya..rasa macam nak piat jer telinga. Pastu kadang2 apa kita cakap ni xnak dia dengar plak tu.. nak soh dengar cakap dia je. Jeritan dia tu satu rumah boleh dengar .. telinga mamy ni dah nak pekak dah terkena frekuensi suara dia yang nyaring tu. Malu betul ngan mak & bapak sedara dia yg balik kanpung bercuti..eish baby.. baby.

Tadi.. sampai atok pun dah naik berang ngan perangai dia terpekik telolong. Hish..mumy ni dh abis tahap mendidih darah dah tapi try to be cool. Bila semua orng marah dia.. mamy plak yang jatuh kesian. Bila si baby dah dapat kontrol diri...baru lah dia nak peluk mamy sambil dokong. Aduhai...sedih plak menengok anak kena marah. Hmm..sampai mamy pun meleleh. Last2..dia tertidur sambil menangis..kesian plak.

Bukannya apa anak sayang... mamy nak anak jadi anak yg berguna satu hari nanti. Jadi, dari sekarang lah kena di bentuk supaya hormat org tua.. ada adab tata susila. Baby ni ada angin.. selalunya dia ok, tapi biasalah budak kan. Ada angin kus kus nya datang..hmm jadi lah macam tadi. Mamy marah tu sebab nak mengajar.. bukan marah sebab mamy benci. Mamy sayang sangat baby.. sebab mamy cuma ada baby !

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking