Tuesday, April 13, 2010

Tiupan Sangkakala

Salam...
Aku terpanggil untuk berkongsi rasa tentang cerekarama lakonan Rita Rudani & Eman Manan. Memang aku menghayati cerita tu sangat-sangat..aku sedih.

Bukannya apa.. Aku kagum dengan ketabahan & kesabaran seorang suami melayan karenah si isteri yang sebegitu rupa. Betapa besar kesabaran yang Allah berikan kepada dia untuk menghadapi segala kepayahan. Betapa besar juga pahala yang telah Allah berikan kepada orang orang yang bersabar.

Tapi..aku nak bercerita tentang sebaliknya, selalu kita dengar suami lah akan bersikap sedemikian.. memukul isteri tanpa belas kasihan. Sedangkan suami sendiri tahu isteri bukanlah lawan mereka. Tanpa fikirkan perasaan halus seorang isteri, diperlakukan dengan sebegitu kasar. Apa lah daya seorang perempuan untuk melawan tenaga seorang lelaki sebegitu rupa.

Wahai saudara di luar sana..peliharalah isterimu.
Dialah ibu yang akan melahirkan, mendidik & membesarkan zuriat kamu.
Wahai saudari di luar sana..hormatilah suamimu sepenuh hati. Taatlah dan sentiasa menyenangi hatinya.

Wahai isteri yang teraniaya..bangun lah dan tegakkan lah keadilan untuk dirimu..
Berdirilah dengan gagah..buktikan kebolehanmu
Jangan pernah mengaku kalah..
Hanya tiupan sangkakala yang akan memberhentikan
denyutan nadi mu...

Hayatilah lagu ni..





2 comments:

  1. tak berkesempatan nk tgk citer tu sbb keesokannya tu ada exam.. tpi ramai ckap citer tu best..

    ReplyDelete
  2. best sgt..memaparkan kisah isteri yg derhaka pd suami yg akhirnya diberi balasan oleh Allah setimpal dgn perbuatan dia pada suaminya.Ada masa cari kat you tube nanti hida.. :)

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking