Sunday, March 21, 2010

Blogwalking di tengah malam...

Tengah 2 blogwalking hampir jam 12 mlm... aku tersinggah jap kat blog tuan umah nie..http://zai6973.blogspot.com/.

Korang ingat lagi tak sorang artis A to Z.. nama nya Lan. Sesungguhnya aku tak tahu kesah dia. Dulu aku suka gak follow ceta2 artis ni dan aku suka bila dia berkahwin dengan seorang yg pada pandangan wanita aku..saaangat cantik! Of course sebab dia mix kannn.. Bila di kurniakan cahaya mata yang comel2 so..aku andai kan mereka masih bahagia sampai sekarang. Tak sangka aku terjumpa entry dari Kak Zai ni membuatkan hati aku tersentuh.. makasih.

Diantara petikan dalam entry tu..
" Tetapi dalam masa yang sama, dia akur seandainya sekian lama tidak bertemu, barangkali cinta hati isterinya itu sudah pudar. Ketika Marcella dan anak-anak tinggal di kota besar dan mewah, kudus cinta Lan barangkali sudah menjadi sejarah. “Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialah seorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sediakala” katanya.".

Mungkin tak ramai lelaki yang ada perasaan macam ni.. dan aku rasa tersentuh. Mungkin kalau si isteri tahu kesetiaan suami, dia akan berlembut suatu hari nanti. Dan sebenar2nya hati isteri tidaklah sekeras itu... Kita pun tak mampu nak judge apa2..hanya mereka yang tahu segala2nya.

Apa pun aku doakan Lan tabah hadapi dugaan berjauhan dengan isteri tercinta & anak2 tersayang. Semoga Allah kembalikan kebahagiaan keluarga mereka..amin.

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking