Wednesday, May 26, 2010

Jawab Soklan TAG Cik Hida

Salam..
Aha..tajuk entry ni direct to the point.. xda signal kiri atau kanan.. straight jerrrr. Terima kasih Hida sebab TAG ksu.. panjang tol TAG nya hehe. Apa pun..Meh kwn2 blogger kita tengok apa la jawapan terkeluar dari kapala otak aku yang sengal ni.. ;p

10 fakta tentang aku??
1- Nama penuh aku rahsia... (nanti ramai yang nak kutip utang..)
2- Nama glamour suesephia (idea tercetus bila aku gabungkan nama aku ngan putri tcinta)
3- Aku anak no 2 dari 4 org adik beradik
4- Aku ada seorang anak pompuan yang tersangatlah nakal & aktif
5- Aku suka menulis..dari kecik2 dulu sampai sekarang
(ingat tak majalah Gila2 dulu?baca Gila2 pun aku pegang pensel ngan kertas..nak tulis pe ntah)
6- Aku minat segala benda berkaitan ngan oven, tepung, marjerin, telur..huh pe lagi baking la..
7- Aku suka bawa keta laju2 (tapi klu mood aku xbtul kdg2 ada gak layan blues macam siput..)
8- Aku suka g jalan (tak kira lah kat mana2..asal dapat bejalan..shopping complex ke, pantai ke..mana2 lah)
9- Aku ni pemalu..eh tak kot.. Kaki bising ya jugak.
10- Aku ni jiwang.. (huh..yg ni xdapat nak nafikan..)


10 perkara menakutkan aku??
1- Allah Tuhan Yang Esa
2- Mati
3- Aku takut kalau2 aku tak sempat nak didik anak aku jadi anak yg solehah
4- Aku takut tak sempat nak bahagiakan mak & abah
5- Aku takut kalau aku sakit
6- Aku takut ngan segala serangga yg bole terbang
(Korang bagi aku cacing..pacat..lintah aku tak geli. Tapi kalo korang campak
kan kumbang..aku plak boleh terbang hihi)
7- Aku takut bila dengar cerita pasal neraka
8- Aku takut kalau mak & abah pergi dulu sebelum aku
9- Aku takut aku tak mampu harungi hidup..(tapi Alhamdulillah..sekarang aku berjaya)
10- Aku takut kalau2 kena buang keje ( huhu..mana nak cari duit beb...)

10 perkara yg selalu aku sebut??
1- Ya Allah... (sambil jerit ni...selalunya kat anak la hehe)
2- Poyo (yang ni kalau nak mengutuk kawan2..hihi)
3- Sengal (nak marah ni..)
4- Huk allohhh..
5- Ok
6- oraaiit..
7- per??
8- ish..ish..ish..
9- huh..
10- tak tau laaa..

10 perkara yang amat bernilai bagi aku??
1- Abah & mak
2- Adik beradik
3- Anak aku
4- Bapak sedara..mak sedara sepupu sepapat..selima & sebagainya hehe
5- Sahabat
6- Pengalaman pahit & manis aku
7- Ilmu
8- Tangan aku (sebab apa yang aku buat menjadi selalunya..hehe suka..suka..)
9- Tubuh badan aku
10- Kepala otak aku hehe

10 “pertama kali” dalam hidup aku?? (banyak yang dah tak ingat.. hehe)

1- Pertama kali aku dapat 5A masa UPSR
2- Pertama kali aku dapat Gred 2(SPM).Org dpt Gred 1 (24 agregat) aku dpt 25
terbabas 1 agregat.
3- Pertama kali dapat jejak kaki ke MRSM Pengkalan Chepa, KB.
4- Pertama kali dok asrama kat MRSM Pengkalan Chepa,KB.
5- Pertama kali jejak kaki ke UPM dok asrama d Kolej Ke-5
6- Pertama kali dok bersanding atas pelamin(masa kawen..)
7- Pertama kali kena tumbuk ngan x-husb (jeng..jeng..abah aku pun xpernah jentik aku)
8- Pertama kali ada anak..
9-
Pertama kali aku berdiri dalam kandang mahkamah (sewaktu proceeding perceraian aku..)
10- Pertama kali aku berjaya bangkit dari kekalahan & kelemahan diri sendiri

7 ahli yg terpilih tuk menjawab soklan TAG ni ialah:
1) Acap
2) Encek Fahmi
3) Uncle
4) PapaMeow
5) Cik Aina
6) LovelySuria
7) CuteKitty

Huhu..penat jawab TAG ni Hida..hehe anyway buleh mengimbau kenangan2 dolu2 tu ya.Yang manis dikenang..yang pahit tu campakkan kat dalam longkang..eh eh cam pantun plak bunyi nya ya..hehe. Kawan2 yang mana di TAG tu..kalau ada masa free jawab le..kalau belum bkesempatan biarkan jer la dulu. Sue free harini..jadi sempatlah mengetag.. Adios...

Monday, May 24, 2010

Surat Untuk Abah

Salam..
Hmm baru jer bukak blog setelah sibuk sangat dengan urusan2 ofis.. Tengok2 kena tag plak ngan HIDA, nanti ksue jawab ye. Lepas2 ni pun nak kena update program yg dah selesai dengan salah sebuah kolej di KB. Hari program tu berlangsung sama ngan date birthday abah 22hb Mei, tapi aku dah siapkan kek comel untuk abah & kami semua malam sebelumnya. Cuma ada satu surat untuk abah yang aku nak tuliskan kat sini sempena birthday abah yang ke 61..

"Selamat Ulangtahun Abah...
Semoga abah sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah selalu hendaknya. Kak doakan abah selalu sihat walafiat dan sentiasa bahagia bersama kita sekeluarga.

Abah, kak tahu abah sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak abah. Tapi terlebih dahulu, kak nak minta maaf sebab barangkali kak ni tak cukup membanggakan abah. Memang masa sekolah dulu..kak cuba sedaya upaya kak belajar dan rasanya..keputusan peperiksaan kak agak membanggakan abah & keluarga. Terima kasih bersusah payah menyediakan kelengkapan untuk kak belajar bermula dari TADIKA hinggalah ke Universiti.

Cuma..bila kak dah meningkat dewasa, banyak masalah yang timbul dalam kehidupan kak. Dan juga mungkin kak yang tak pandai memilih kawan hinggalah hidup kak sendiri bermasalah. Kak cuai.. terlalu mempercayai orang lain dan kak anggap suami tu sebagai tempat bergantung, tapi akhirnya kak tersalah langkah. Kak tahu kak banyak menyusahkan abah & keluarga kita. Kak minta maaf dari hujung rambut ampai hujung kaki.

Abah, terima kasih sebab masih sudi terima kak. Terima kasih jugak sebab abah sudi menyayangi anak kak. Mungkin sebab kak anak perempuan.. jadi abah tak rasa sangat kasih sayang yang kak nak tunjukkan pada abah. Tapi yang sebenarnya..kak sayang sangat abah..& mak. Jasa abah & mak hingga sekarang memang kak tak mampu nak balas. Hanya kak mampu berdoa agar abah & mak sentiasa sihat dan dibawah rahmat Allah selalu.

Akhir kata, kak sayang abah & mak. Mohon ampun segala kekhilafan dan perbuatan yang tak menyenangkan abah. Semoga tahun ini Allah limpahkan rezeki dan kesihatan yang lebih lagi untuk abah dan jugak mak. Selamat ulangtahun abah...Wassalam."

Friday, May 14, 2010

Mencari BAHAGIA..

Salam..
Jap lagi aku ada kelas nak mengajar orang dewasa..kol 3 petang. Sempat lagi nak menulis. Bila bercerita tentang 'bahagia' ni..susah nak diperkatakan. Masing2 ada cara sendiri mencipta kebahagiaan, tak kira lah dalam berkeluarga.. dalam berkawan.. dalam bekerja dan sebagainya.

Kadang2 aku tengok, walaupun seseorang tu taklah mewah mana kehidupan dia, tapi dia mampu mencari bahagia untuk diri dia. Memang aku akui, duit tu memainkan peranan tersendiri dalam melengkapi kehidupan dalam menuju bahagia. Kurang duit pun takleh nak bergerak ke mana pun mendatangkan kepayahan jugak.. sama ada dalam keadaan semasa ataupun jangkamasa panjang. Jadi, dah takleh cakap duit tu tak penting ok.. duit tu penting jugak. Setiap satu tu ada peranan tersendiri..

Satu hari aku tengah drive..
Bila melihat seorang bapa ni tengah memandu kereta... Bercakap2 sambil ketawa sambil melayan anak pompuan dia, maybe umur anak tu dalam 3-4tahun. Terkekek2 anak tu ketawa, emaknya kat sebelah pun sama ketawa dalam kereta yang agak kecil.. bukannya keta mewah. Bukan Toyota Camry.. Mercedez.. BMW.. Honda atau apa saja kereta bernama besar tapi.. apa yang aku nak katakan adalah mereka bahagia dengan cara mereka.

Toleh sebelah kiri pulak.. seorang bapa membonceng isteri tercinta. Anak kecil berambut ikal duduk baik je dalam raga motor ayah dia. Mereka berborak2, gelak2 macam tak hiraukan panas matahari dok atas kepala. Takda apa yang buat mereka susah barangkali. Itulah bahagia mereka.

Ntah.. susah nak describe bahagia ni kan. Setiap orang punya bahagia sendiri. Aku pun bahagia jugak, tapi.... aku belum jumpa bahagia yang aku cari. Aku sendiri tak tau mana nak cari.. asal tercuit, salah. Asal terpegang, bukan. Mungkin aku tak kan jumpa bahagia tu sampai bila pun aku tak tahu..

Biarlah. Cuma aku akan pastikan bahagia milik semua orang disamping aku..

Wednesday, May 12, 2010

WetWorld in Memory

Salam..
Waaahh..cam best je title post ni kan..hehe. Memang aku suka sangat & masih terasa lagi percikan air di Wet World tu hehe. Dapat plak berkumpul ngan adik beradik..cuma adik aku xdapat pergi.. ngan abang sekeluarga pun jadik hiruk pikuk dibuatnya. Aku yg takda baju pun tetiba jer 'terbeli' baju sebab nak berendam.. Baby memang seronok sesangat.

Mula2 abang yang kontrol suma budak2.. aku dok tengok tapi xleh tahan la..haha. Tu yang g cari baju kat kedai depan tu.. hah..pe lagi. Dapat je baju..senyum sampai ke telinga.. best woo dapat berendam. Seronok..seronok!

Cakap banyak tak guna..jom tengok album ni. Aku create kan special nak share ngan kawan2 semua. Jom tengok!

Oh ya..lupa nak bagitau. Masa aku dah on da way nak balik kan..keta rosak!! Olala..berkampung la kami kat tepi Hiway Karak tu jap sementara tunggu abang datang dari Klang wahaha. Sempat shoot few pieces photo nak share sini. Hehe, sempat lagik tu.. Pepehal pun abang memang SUPERHERO kami.. Dia sampai cepat, pastu sekali tgk dia dapat detect problem.. tukar plug! Whaaa..keta dah ok, dah tak semput2 lagi. Abang follow kami sampai Bentong, sempat berkonvoi. Anyway, makasih Abang.. U are my superhero!

Click to play this Smilebox photo album: WetWorld in Memory
Create your own photo album - Powered by Smilebox
Create a photo album

Monday, May 10, 2010

Baru jer balik..

Salam..
Weehu..semalam kol 11.30malam baru sampai umah. Kepenatan & kehangatan berkumpul sama2 adik beradik masih terasa.. Waaahh..sangat seronok!! penat tak terkata.. Apa idaknya, planning tersasar sampai ke Wet World hahaha.. anyway seronok sangat. Nanti aku cetakan dalam entry baru sebab tak sempat nak upload gambar hehe. Esok upload..kalau sempat esok tulis entry terus.
Baju banyak nak mendobi.. air plak takde dah 4-5 hari dah. Hangin satu bandan betul la... Abah ngan mak pun dok menadah air tu, amik dari paip luar. Itu pun keciknya Ya Rabbi..berjanggut tunggu baru nak penuh hehe. Yang mana tak muat masuk mesin basuh tu aku amik bakul ngan sabun..bawa basuh kat luar rumah. Pergh..meleleh peluh jantan, hangat gila kat luar tu.. Aku rasa macam suasana dalam sauna jer. Mendobi lah aku di bawah sinaran matahari & angin sepoi2 bahasa tu. Pastu menjemur plak..macam orang dolu2 plak rasanya. Tak kesah..yang penting, baju semua habis di basuh sementara ada air walaupun aku rasa air kencing (oppssss.. terlebih sudah....) lagi laju pada air paip yang kuar tu. Mesen basuh pun dah siap bekerja..jemur plak kain tu. Pesal la mesen basuh ni takleh jemur sendiri hah? aku dah penat dah ni..
Tetiba badan rasa penat sangat.. Maklumlah dah lama tak 'sauna'.. pastu terus terlena sebelah anak.. Zzzzzzzz

Wednesday, May 5, 2010

Kita Berpisah..Noktah!

Salam...

Aku dah buat keputusan. Walau apa pun terjadi itu lah keputusan yang aku dah buat setelah aku perah kepala otak aku yang dah tak berapa nak betul ni. Baru je pagi tadi angin aku sikit punya baik.. tukar itu.. tukar ini.. masuk itu.. keluar ini.. tapi akhirnya aku terpaksa buat keputusan ni. Memang dah muktamad.. takda sapa dapat menukar keputusan aku (Kecuali Allah laaa...korang nih!). Bukan aku takder hati perut atau xda perikemanusiaan, tapi... titik dan noktah!!
|
|
|
|
|
|
|
|
^
Aku nak ikut mak & abah pergi KL sebab my dearest sis nak grad KPLI..hahaha. Suspen jer!! Terpaksalah aku berpisah ngan Cik Blog aku yang dah cun ni (bagi aku la...). Baru jer tadi angin aku membuak2 menukar background.. alihkan cboc tu kat tepi dinding, tampalkan ngan en3 terbaru..dan akhirnya aku terpaksa meninggalkan Cik Blog dalam jangkamasa 3hari..whaaaaaa. Lama tu weyy..

Dah la tu, sure malam aku takleh nak tido sebab selalunya aku dok mengadap pc mlm2.. wallaweyyy. Aku ni kan, bukannya apa.. kalau masa aku tak terisi nanti kepala aku banyak berfikir.. pastu mula la melencong sana.. bagi signal kiri jap, bagi signal kanan jap pastu sesat hihi. Sebab tu lah, aku selalu buatkan masa aku tu betul2 padat supaya takda masa terluang yang membolehkan aku mengelamun.

Esok petang me & my family bertolak.. KL here we come hehe! Kawan2..doakan perjalan aku ke sana. Mesti banyak coretan @ nota2 akan masuk untuk en3 next week memandangkan aku banyak masa mengelamun dalam perjalanan 7-8jam ke KL.. huhuhu (tak dapek nak nolong..)..

Sadap Sotong !

Salam..
Di satu petang nan syahdu.. masa ni baru balik kerja. Tengah2 drive tu perut berkeriuk..aduhai. Baru plan nak makan ngan baby..dinner awal sikit la konon. Tup2 sampai je depan pagar..si baby belari2 datang cakap 'mummy..jom g jalan!'. Alahai..xnak g kesian plak tapi perut dah lapar. Hmm..anak ni susah nak tolak permintaan mereka kan. Pe lagi..masuk balik dlm keta ngan mak& adik sekali vrooommmm...

Pegi jalan2 kat pantai..tetiba aku terpandang sekor sotong ni.. dengan lemah gemalainya sotong tu mengejek2 aku.. ish aku geram jugak tengok kan. Pastu tiba2 dia semburkan dakwat itam tu kat muka aku..Sadap u sotong! Aku amik dia baling kat dalam tepung.. pastu aku campakkan dalam minyak.. goreng!

Hahaha..jadilah dia sotong celup tepung. Sedap betul untuk org2 yg macam aku yang memang kebulur dari tengahari tadi tak makan..kih kih. Mak, adik & baby pun boleh tahan jugak makan hehe.
Tambahkan sikit ngan kawan2 bebola.. haaa sodap! Huh..meleleh air liur..

Akhirnya aku buat magik bila pinggan yg tadi penuh..
:
:
:
:
:
:
:
:Burp.. Alhamdulillah!


Tuesday, May 4, 2010

Dapat Award !!

Salam..
Aku dapat award! Tekejut akaak..

Bukannya apa..dulu pun dapat gak satu tapi masa tu kebetulan aku sibuk sesangat ngan exam..exam KPLI.. exam Gred41 dan macam2 lagik la yang mana telah menyebabkan award tu bersawang sampai sekarang xamik2. Kesian tuan yang bagi tu kan..tak baik aku buat cenggitu. Betul kata pepatah 'orang yg memberi tu lebih baik dari yg menerima'.. ehh betol ke aku ni..hahaha. Takpa, nanti aku amik balik award bersawang tu.

Yang ni datangnya dari HIDA.. rajin dia menjengok ke blog aku selalu. Bagi komen..share apa yg patut..sampai ke FB kami berkawan. Bagus dak HIDA ni hehe..buleh le buat menantu ye sapa2 yg tengah carik menantu tu...hehhe. Free Promo ni HIDA hehehe. Lagi satu..lupa nak share..birthday kami sama tao 24hb Ogos tahunnya rahsia (tak mo orang kata tua keh keh).

Award yg cukup comei.. ada kilat (silau...hehe) ngan rerama oren lagik tu.. Makasih le HIDA. Len kali bagi le lagi.. :)




Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking