Monday, May 24, 2010

Surat Untuk Abah

Salam..
Hmm baru jer bukak blog setelah sibuk sangat dengan urusan2 ofis.. Tengok2 kena tag plak ngan HIDA, nanti ksue jawab ye. Lepas2 ni pun nak kena update program yg dah selesai dengan salah sebuah kolej di KB. Hari program tu berlangsung sama ngan date birthday abah 22hb Mei, tapi aku dah siapkan kek comel untuk abah & kami semua malam sebelumnya. Cuma ada satu surat untuk abah yang aku nak tuliskan kat sini sempena birthday abah yang ke 61..

"Selamat Ulangtahun Abah...
Semoga abah sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah selalu hendaknya. Kak doakan abah selalu sihat walafiat dan sentiasa bahagia bersama kita sekeluarga.

Abah, kak tahu abah sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak abah. Tapi terlebih dahulu, kak nak minta maaf sebab barangkali kak ni tak cukup membanggakan abah. Memang masa sekolah dulu..kak cuba sedaya upaya kak belajar dan rasanya..keputusan peperiksaan kak agak membanggakan abah & keluarga. Terima kasih bersusah payah menyediakan kelengkapan untuk kak belajar bermula dari TADIKA hinggalah ke Universiti.

Cuma..bila kak dah meningkat dewasa, banyak masalah yang timbul dalam kehidupan kak. Dan juga mungkin kak yang tak pandai memilih kawan hinggalah hidup kak sendiri bermasalah. Kak cuai.. terlalu mempercayai orang lain dan kak anggap suami tu sebagai tempat bergantung, tapi akhirnya kak tersalah langkah. Kak tahu kak banyak menyusahkan abah & keluarga kita. Kak minta maaf dari hujung rambut ampai hujung kaki.

Abah, terima kasih sebab masih sudi terima kak. Terima kasih jugak sebab abah sudi menyayangi anak kak. Mungkin sebab kak anak perempuan.. jadi abah tak rasa sangat kasih sayang yang kak nak tunjukkan pada abah. Tapi yang sebenarnya..kak sayang sangat abah..& mak. Jasa abah & mak hingga sekarang memang kak tak mampu nak balas. Hanya kak mampu berdoa agar abah & mak sentiasa sihat dan dibawah rahmat Allah selalu.

Akhir kata, kak sayang abah & mak. Mohon ampun segala kekhilafan dan perbuatan yang tak menyenangkan abah. Semoga tahun ini Allah limpahkan rezeki dan kesihatan yang lebih lagi untuk abah dan jugak mak. Selamat ulangtahun abah...Wassalam."

7 comments:

  1. Yezzaa... hargai mereka selagi mereka masih idup kak.. macam saya yang dah tak de abah ni, terasa sangat nak kena marah-marah macam dulu-dulu... huhuhu... ade lak aku nih wat adegan sedih.. interprem betul.. hihi...

    ReplyDelete
  2. Mesti amni..kena hargai..
    Terasa nak kena marah2 ke? meh sini akak tolong marahkan hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kak sue..
    pasal tag tu xper lah, nti ble dh kekeringan idea tuk update blog blh jer wat tag tu.. yg penting setelkan dulu keje2 tu ya.. jgn stress k..

    sedih la kak baca surat tu.. saya doakan akak bahgia sntiasa bersama kuarga..

    ReplyDelete
  4. sue..
    Sue bertuah kerana masih mempunyai abah.. Jangan malu untuk menyatakan sayang pada.. dan buatlah yang terbaik untuk membalas jasanya..
    Saya pulak sudah tidak mampu untuk melakukan semua itu kerana Tuhan lebih menyayanginya. Hanya doa yang mampu ku tujukan padanya bila terdetik rindu pada ayah.

    ReplyDelete
  5. Hida...
    Terima kasih sebab selalu menjengok ksue kat sini dan kat FB. Selalu share dan dapat rasa apa yg ksue rasa. Mungkin sebab kita lahir pada tarikh yg sama kot..jadi kita saling memahami..who knows kan..?

    Sofya..
    InsyaAllah..segala2nya sue akan lakukan untuk membahagiakan mereka. Sebab mereka telah memberikan kebahagiaan dalam kekecewaan hidup sue.Al-Fatihah & doa untuk ayah selalu..

    ReplyDelete
  6. selagi dia ada la kita nk hargai dia..ibu bapa xkan pernah mengecewakan kita dlm apa hal sekalipun..

    ReplyDelete
  7. ya betul tu Aina..ksu suka ayat tu..
    "ibu bapa xkan pernah mengecewakan kita dlm apa hal sekalipun.. " makasih!

    ReplyDelete

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...