Saturday, September 24, 2011

High Temperature

As salam..

2-3 hari ni.. kadar stress yang amat malampau rasanya. Kepala asyik berdenyut.. badan rasa macam tak sihat, asyik nak mengeluh je, susah nak tumpukan perhatian pada sesuatu yang dibuat. Kalau ukur tekanan darah, sure naik melambung. Saja je buat tak tahu.. sebenarnya tak boleh macam tu, tapi buat jugak..aiiishhhh.



Datang kerja tapi tak buleh nak concentrate much n work. No planning have been done for the 1 Malaysia Training which will be held on this coming October 2011..October in really near..OMG!

Apa yang datang pulak ni?
Semoga segala keputusan yang dibuat ini adalah berlandaskan fikiran yang waras yang dianugerahkan oleh Allah. Kita hanya merancang dan terus merancang.. Allah menentukan segalanya.

Setiap apa keputusan kita, pasti ada yang berpandangan positif.. dan pasti ada jugak yang berpandangan negatif. Ini adalah kerana Allah mengurniakan kita otak untuk berfikir, dan sesudahnya setiap apa yang terlintas di fikiran kita adalah tidak sama dengan fikiran individu yang lain. Setiap individu akan berbeza pendapat dan pandangannya. Kalau kita menilai dari segi A.. mungkin orang lain menilai dari segi B, C atau D. Jadi, pandai-pandailah kita mencorakkan atau menyatukan atau pelbagaikan penilaian dan pendapat itu untuk mendpatkan sesuatu keputusan.

Bila jalan yang kita pilih itu tiba-tiba menuju ke jalan buntu.. sabar adalah penyudahnya. Jangan cepat melenting.. duduk & berfikir terus berfikir sama ada nak U-turn atau pun tungu keadaan kembali tenang dan kemudian baru membuat keputusan terakhir.

Entah lah.. nampak sangat kepala ku dalam keadaan yang tidak baik. Mungkin bukan terletak di paksinya yang betul pada hari ini. Mungkin sesuatu yang amat mengganggu hari ni.. atau apa saja lah..yang membuat kan kepala jadi sedikit 'senget'.

Namun Alhamdulillah.. aku masih bernyawa Ya Allah..
Berikankanlah aku kekuatan.. ketabahan & kesabaran :|

Saksikan pemandangan indah ciptaan Allah untuk clearkan & istirehatkan minda.









No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...