Wednesday, December 1, 2010

Buat Duit

Salam..
Dua tiga hari ni banyak bercerita pasal duit je..

Kata orang duit buleh dicari..kasih sayang tak leh di beli. Ada duit boleh bahagia..xda duit boleh merana.. Ada duit orang pandang..xda duit orang hina. Hmmm..betapa pentingnya duit dalam hidup kita sekarang kan?
Duit EnGoogle....

Kalau zaman mak abah kita dulu 5sen pun dah cukup besar untuk buat belanja sekolah. Tapi anak2 kita sekarang RM1 pun tak cukup nak makan di kantin. Ya la..zaman berubah, segala benda pun berubah..macam entry Sue Serba Salah dulu maknanya kita perlu bersedia untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan kita.

Tapi kalau bercakap pasal duit ni..kata orang2 tua.. adik beradik pun boleh berbalah, bercakar sesama sendiri. Betul..semua orang akan jadi buta hati, buta rasa & buta segala-gala kalau bercakap soal duit. Nau'zubillah..Mohon jauhkan lah kami adik beradik dari jadi macam tu.

Sue pun tak suka nak berkira sangat kalau pasal duit ni cumanya biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Jangan anggap semua orang terbeliak biji mata bila tengok duit..ada jugak orang yang sentiasa berwaspada dengan duit dan sumber dari mana datangnya duit tu walaupun orang tu sangat2 memerlukan.

Kita sendiri yang mencorak siapa kita..

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking