Thursday, December 16, 2010

Kedekut

Salam...
Waaa..ngeri je kan dengar topic entry tu kan? Bila dah sebut banyak2 kali macam pelik pun ada perkataan tu hihi..kedekut kedekut kedekut :). Kalau si baby kata.. 'Mummy ni kelekut laaaa' hihihi. Nak terbarai mummy dengar nak haha. Lama2 baru dapat sebut elok2.

Senang untuk kita judge seseorang tu kedekut kan...tapi adakah kita tahu kenapa dia jadi macam tu?
Kekadang memang sifat semulajadi seseorang tu dah memang macam tu. Dari awal kita kenal dengan dia pun dah nampak dah sifat K nya jelas depan mata dan tak kira mana tempat dan situasi pun.. Itu bermakna dia memang bersifat K.

Adakalanya kita kenal seseorang tu hanya muncul sifat K nya di situasi dan masa2 tertentu saja. Mungkin pada waktu hujung2 bulan.. hanya beli benda2 yg memang tentu2 nak guna (time terdesak jer).. Dia tak akan beli sesuatu walaupun barang tu benda yg dia nak sesangat.. tiap kali singgah kedai tu, barang tu lah yg dia jengok dulu. Meleleh2 air liur kempunan..

Alasan yg biasa diberi;
~ mahal sangat laa..
~ masih elok lagi yg ada sekarang
~ tunggulah bag tu koyak dulu baru beli
~ tunggulah kasut tu koyak/hilang baru beli baru
~ yang lama tu boleh guna lagii...
Huhu..jawapan macam ni kita perlu pandai menilainya....

Bukannya dia bersifat KEDEKUT.. cuma dia memang xnak membazir & dia memang xcukup duit. Bukan nak kata dia xada duit.. most probably ada duit tapi mungkin nak simpan dan guna untuk benda2 lain di kemudian hari. Mungkin untuk benda2 lain yang lebih penting dari sekarang.

Sue tak cakap orang lain tau. Tauladan dan cerita untuk diri sue jugak sebab sue pun macam ni. Menabung untuk diri sendiri & anak. Bukan xnak berbelanja sekarang.. Masa depan masih jauh..takut2 memerlukan tabungan yang ada sekarang ni untuk hari muka yg kita masih tak tahu cerah atau gelap.

Mungkin pandangan orang nampak kita senang.. tapi orang diluar sana xtahu kepayahan & keperitan kita untuk rezeki hari ini. Semoga sahabat2 Sue juga setiap makhluk Allah di muka bumi ini sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa di rahmati Nya. Diberikan juga rezeki yang halal untuk kehidupan akan datang..InsyaAllah.

2 comments:

  1. betul kata Sue..
    saya pun macam Sue jugak..
    kadang2 teringin sangat nak beli sesuatu tapi ada yg lebih penting nak diutamakan.. so susah2 dulu..
    insyaallah ada rezeki kita tak kemana..
    Orang kat luar nampak kita senang tapi hakikatnya hanya kita dan tuhan ja yang tahu..

    ReplyDelete
  2. Hmmm..betul sangat tu Sofya..

    Suka tang ni "Orang kat luar nampak kita senang tapi hakikatnya hanya kita dan tuhan ja yang tahu.. "

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking