Tuesday, November 30, 2010

Serba Salah

Salam...
Hmmm otak penat berfikir..serba salah.

Macam2 permasalahan yang timbul.. macam2 yang perlu kita tempuh yang mana setiap satunya tak sesuai untuk dikongsi dengan orang yang xsepatutnya. Adakala sesetengah masalah keluarga kita sendiri..xsesuai nak share ngan kengkawan. Dan adakalanya masalah tentang office, rakan sekerja atau sesiapa di sekeliling kita xsesuai untuk kita kongsikan bersama keluarga.

Begitu jugak dengan keputusan yang kita buat.
Walaupun kita dah buat sesuatu keputusan untuk sesuatu keadaan tu.. Adakala bila tiba saat kita menghadapi keadaan itu, situasinya tak seperti yang kita jangka.. jadi kita patut bersedia untuk sebarang kemungkinan atau perubahan yang perlu kita lakukan bagi menghadapinya. Bak kata orang mesti ada Plan A dan Plan B.. Yang pasti.. walau apa perubahan & permasalahan walaupun di saat-saat akhir harus kita dilalui jugak.

Kita sendiri xmampu nak puaskan hati semua orang. Kita pun bukannya manusia yang amat sempurna.. setiap dari kita ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Kekadang tak faham dengan sikap orang disekeliling kita dan ada kalanya kita tak faham dengan diri kita sendiri jugak.

Huhhh.. Kata org tua2 'tak baik mengeluh'. Tapi itu lah yang sering kita buat bilamana kita dah tak mampu nak menghadap masalah2 yang kita rasa remeh dan tak perlu kita fikir sebenarnya. Tapi menyemakkan kepala.. sebaik2nya buangkan saja. Adios.

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking