Friday, January 29, 2010

Malam ni aku menangis...

Baby dah tido..
Siang tak tido,hmm apa lagi cepat je cari botol dia 'nak nen..nak tido dah..baby penat' katanya..hihi. Peluang besar nak online chatting..yeeeha! Dah lama xonline ym malam2..isi masa lapang.

Tetiba nampak member masa kat PM dulu online gak. Kacau dia rr..apa lagi keje aku klau tak mengacau org. Dia tgh study, lusa nak g KL ada exam..rajin dia buat PJJ. Sekarang tgh pregnant 1st baby lagi..online ngan hubby dia sekali. Hmm..seronok kan? Dok sama2 lepak ngan hubby kat umah..share all problems & sweet moments..I miss that!

Setiap insan punya impian untuk hidup bahagia..begitu jugak aku. Berkongsi hidup dengan seseorang yang bernama suami tidak lah seindah yang disangka. Banyak pahit maung..suka duka yang perlu ditempuh sama ada rela atau tidak. Sesungguh nya aku tak pernah rasa keindahan seperti yang aku impikan. Bermula dari saat itu, aku tak pernah lagi impikan sesuatu yang indah..aku buang semua keindahan tu jauh2 sehingga aku langsung tak merasakan keindahan itu lagi.

Barangkali mata ini telah buta.. bibir ini telah bisu.. telinga ini telah tak mampu mendengar.. dan hati ini telah mati untuk merasa cinta itu!

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking