Saturday, January 16, 2010

Happy Birthday Sayang!!!




Hari ni 16hb Januari 2010..genap usia baby 3tahun..Happy Birthday sayang..!!
Bila dia bangun jer pagi tadi..aku ngan adik Umie nyanyikan dia lagu Happy Birthday..suka jer dia. Ada cup cake yang aku try buat tu saja aku letak kan candle bagi dia tiup..ngan muka tak mandi & baju tido dia hihi. Belum sempat nak snap photo lagi, dia dah tiup haha...

Aku plan nak celebrate birthday dia this coming 18th Jan & hajatnya nak bersedekah jugak utk anak2 kecik.. nak panggil jiran ngan kawan2 adik & kawan2 aku sekali. Biarlah..aku buat makan2 sikit, niat sedekah. Bukannya apa..aku sedar pahala pun tak berapa nak banyak, jadi sekali sekala tambah la pahala ikut saluran lain plak (sedar diri lagi..hihi).

Walau apa pun..aku tak nak dia rasa kekurangan. Samada dari segala segi terutama sekali dr segi kasih sayang.. Aku nak dia tahu yang aku sayang dia.. Dia lah sorang2 nya insan yg aku ada utk aku harapkan bila aku dah tua nanti. Aku harap dia akan menghargai kasih sayang & pengorbanan aku untuk dia bila dia dah besar nanti.
"Mummy doakan semoga Allah sentiasa merahmati & melindungi dirimu.. menjadikan dirimu seorang anak yang berguna suatu hari nanti. Biar kasih sayang itu sentiasa mekar di antara kita.."
Note: Tunggukan photo2 menarik for this coming 18th Jan event yea!!!

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking