Saturday, July 9, 2011

Sayangilah Negara Kita

Assalamualaikum..

Ya Allah...apa lah nak jadi dengan anak bangsa kita ni? Sue ni bukan minat sangat dengan politik.. apa lagi nak mengikuti perkembangan politik yang suka bercakar sesama sendiri.. lepas tu kau kata aku.. aku pulak burukkan kau.. Lepas tu apa lagi? cetuskan kontroversi itu.. keluar pulak cerita ini.. kalau follow politik ni boleh naik darah tinggi.... aissshh.

Please lah.. para pemimpin masyarakat dan negara sekalian. Memimpinlah secara Islam.. pernah ada seorang ustaz berkata. Memimpinlah berpandukan "Tali Allah".. yang pastinya banyak amanat di dalam Al-Quran iaitu tali Allah untuk dijadikan panduan dan jalan yang terang untuk kita. Kenapa kita sesama Islam tidak bersatu untuk membina Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam?

Yang peliknya kenapa melayu sama melayu dan bersaudara sesama Islam yang bertelagah? Malunya dengan bangsa2 lain di sekitar kita.. Kenapa mereka hanya satu dan kita berpecah berpuak2?? err macam orang politik pulak.. takmo takmo.. sekadar nak meluahkan rasa hati saja.

Serius sue cakap kadang2 takut bile melihat macam-macam kisah yang amat dasyat yang berlaku di negara2 jiran kita.. betapa banyak kematian.. berapa ramai yang terbunuh.. kekejaman.. pembunuhan.. rakyat terbiar.. MasyaAllah...

"Ya allah..jauhilah kami semua dan seluruh Negara Malaysia dari kemusnahan dunia ini. Sesungguh kami sendiri takut akan kemusnahan Mu jua. Peliharalah kami..pelihara lah negara kami Ya Allah.."

1 comment:

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...