Wednesday, July 6, 2011

Hening Pagi

As salam sahabat..
Maaf lah menulis tidak dengan hati baru2 ini..sekadar upload foto dan bercerita tanpa 'rasa'. Hmm lain rasanya update blog dengan cara macam tu. Tak tahu lah bloggerz lain macam tu jugak ke tak? Harini.. ~ diiringi lagu Dimana kan ku cari ganti nyayian Sheila Majid sue update blog weeha :) ambik mood ambik mood.. mood menulis dari hati.

Bukannya apa..minggu lepas rasa diri ini kurang sihat.. ada rasa sakit kepala yang amat sangat dan rasa tak semangat. Hmm rasa nak g jumpa doktor. Bila di check apa masalahnya..guess what? my bloos pressure 180/100.. 2kali encik doktor tu buat pemeriksaan. Last2 dia bagi ubat & nasihat sebakul.. sue tahan telinga mendengar dengan senyuman tawar :|

Antara nasihat berguna encik doktor:
~ Kena jaga waktu tidur
~ Jangan terlalu stress
~ Kena jaga makan
~ Sekarang umur still muda.. your body masih kuat untuk menangkis segala simptom2. Itu sebab kita tak rasa sebarang perubahan. Tapi bila lama kelamaan & umur jugak meningkat, badan kita mula lemah. Dengan Bp yang macam ni boleh kena 'STROK' !!

Ya Allah..mendengarkan nasihat encik doktor..langkah kaki rasa sangat lemah. Tetiba tersedar bilamana kita langsung tidak menjaga diri sendiri sebaik mungkin. Mentang2 Allah beri kesihatan, langsung kita tak jaga. Nak tunggu jatuh rebah terduduk baru nak jaga kesihatan NO NO.. takut ~


So, bermula dari hari itu. Sue dah mula jaga makan & makan ubat ikut arahan doktor. Cuma..Sue tak pergi klinik / hospital kerajaan. Sue ke Pusat Perubatan Homeopathy & Akupuntur. Sekali buat akupuntur..allergic lah pulak. Sue memang xleh kena besi ni..even brooch tudung atau belt hua hua..menggaru lah pulak seminggu tu..hmm alahai. Makan pun sue jaga setakat mana yang mampu.. kurangkan makan nasi.. banyak minum air.. vitC 100mg everyday mesti ambik & senaman sekali seminggu..err cukup ke??? Insyaallah ada duit nanti beli alat senaman letak kat rumah so senang nak keluarkan peluh huhu (tolong jangan gelak ok..ini seriuss huhu).

Sekarang tengah fikir2.. sama ada nak teruskan projek buat biskut raya untuk SUfe Home Recipe or not?? kalau buat..sure kurang tido, penat dan stress akan ada juga terlibat sedikit sebanyak. Errr..belum buat decision lagik..

Ya Allah..ampunkan dosa2 ku. Maafkan aku kerana tidak pernah menjaga kemudahan dan kesenangan serta kesihatan yang telah Kau berikan selama ini. Berilah peluang kepada aku untuk terus hidup membesarkan anak ku.. mencari rezeki yang halal dari kurniaan kesihatan tubuh badan milik Mu ini. Amin

2 comments:

  1. Minum celery juice every week. Daily makan guava. Don't worry sangat :-)

    ReplyDelete
  2. owhh celery juice and guava ya.. nice tips. akan sue usahakan. thanks Nasha :)

    ReplyDelete


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking