Friday, February 19, 2010

KL menjerit..Intro

Aku ngan family g KL masa CNY..ada banyak nak di ceritakan.. Tapi aku xsempat nak upload gambar lagi. Nanti aku dah upload gambar baru aku ceta lah.. Karang bersempang seur susah nak faham lak hehe..

Aku suka g sana..mengabih kan duit hauhuahauahhaha...!

aku..aku..aku..!!!

Aku bukannya jahat sangat..
cuma kadang2 aku ingin tunjukkan ketidakpuasan hati aku,
Aku bukannya bengis..
cuma kadang2 aku nak meluahkan kebencian aku,
Aku bukannya sombong..
cuma kadang2 aku perlu masa untuk bersendiri,
Aku bukannya manja..
cuma kadang2 aku tak mampu menahan kesedihan yang bersarang,
Aku bukan nya degil..
cuma kadang2 hati kecil aku sukar menerima sesuatu.
Aku cuma wanita biasa..
Yang perlukan pandangan mata hati itu..
selalu ada untuk aku
Jadi penawar kegusaran aku
Tak lebih dari itu.....!!!

Bosan

Susah nak lelap mata..kalau aku kat umah memang aku dah balun main game kat pc umah..ni kat umah abang aku, xtau nak buat apa. Astro..boring. Abah dah tido, mak dah berdengkur.. baby..kesian gusi dia bengkak. Tadi dah bawa g klinik..terbang RM50 mummy, tak apa lah asal anak sihat & happy.

Kenapa aku xleh lelap? Barangkali penyakit angau aku dah datang. Biasalah.. melayan kebodohan aku merindu pada orang yang tak ingat aku.Orang tengah bahagia dengan hidup dia..aku macam tunggul kayu mati..tak sedar diri mengharap!

Aku sedar..aku buta menilai kasih sayang. Sikap aku terlalu cepat menabur kasih sayang mencerminkan kebodohan diri aku sendiri. Ntah..speechless! salah aku..kaki dah jauh melangkah, hati aku kat situ.. bukan mudah.

Aku bukan jenis pasang sparepart. Sekali aku sayang, selama2 nya aku kenang. Tapi kenapa kasih aku tumpah pada dia? sakit hati aku..!Apa yang aku rasa..aku dah bosan. Bosan dengan masalah ni semua..BOSAN !

Sue
14-02-2010_0215am

14-02-2010_Klang

Aku dah sampai kat sini lagi.. Jalan ni pernah menjadi laluan aku dulu. Waktu tu aku masih bersama dia. Bandar ni jugak dulu menjadi kenangan yang masih bersarang dalam kepala aku..
Sesungguhnya aku pun taknak semua berakhir begini..aku dah cuba pertahankan tapi akhirnya aku mengalah.

Pada mak, ayah, along, manja dan istimewa buat amy..Sue tak pernah lupa jasa baik semua pada Sue. Selagi ada hayat dikandung badan, memori itu akan Sue simpan walaupun sue bukan sebahagian dari keluarga lagi. Walau tak ada kata sayang tapi takada setitik pun kebencian buat kalian. Hanya Allah yang tahu segala-galanya. Semoga berbahagia dan selamat dunia akhirat buat seluruh keluarga itu.
Amin

Thursday, February 11, 2010

sampai bila?

sampai bila aku akan mampu menanti
aku sendiri pun tak pasti..
sampai bila aku akan terus menerus
menyakiti hati aku sendiri
mengiyakan pada yang tidak
memalsukan pada yang benar..
sampai bila aku mampu membohongi
yang aku mampu sendiri untuk kesekian kali
hati aku tercari cari
perasaan yang terlalu indah itu
fahamilah aku.. simpati lah aku
aku tak berdaya melawan perasaan itu..
ntah sampai bila pun aku tak tahu
hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya
~ Sue 11feb2010_01:34am ~
Ini lah cara aku melepaskan apa yang terbuku di hati aku..
Aku perlu menulis, luahkan segala-galanya.
Agar semua tu tak terbuku dalam hati
Menjadi satu beban yang perlu aku galas untuk melangkah
Biarlah hari esok ku akan lebih berwarna dari hari ini..

Saturday, February 6, 2010

Itu lah aku

Kalau aku mula dekat ngan dia
Dia menjauhi aku..
Kalau aku cuba menjauhi dia
Dia mendekati aku..

Malas kepala aku pikir
Biar kan je lah..
Kalau dah ditentukan hak aku
Dia ada kat situ
Kalau tak..biarkan je lah
Bosan dah menunggu..
Letih dah berharap...

Dia ada segala2 nya
tapi aku...
aku tetap macam ni..
di sini..begini..
sampai mati !!

Thursday, February 4, 2010

rasa aku..

kadang kadang rasanya
aku dah penat melangkah..

kadang kadang rasanya
kosong..

kadang kadang rasanya
sunyi..

kadang kadang rasanya
hilang arah..

kadang kadang rasanya
sakit..

Selalunya Dia ada untuk aku...

Wednesday, February 3, 2010

cerita nya..

Inilah uniformnya..
sempat lagi bergaya dalam kete...
cute je !
Jom g school..!
Ceeewah..skirt terangkat..hihiHappy day baby....!!!!


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking